Maxis TV beri akses VIP percuma untuk iQIYI dan 10GB data untuk mengikuti drama, rancangan dan filem popular Asia

  • Maxis TV membawa penyedia kandungan VOD terkenal iQIYI, menawarkan akses VIP percuma dan data 10GB selama sebulan untuk penstriman kandung

  • Maxis TV, perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan premium berpatutan dan fleksibel untuk semua bagi memenuhi gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin digital

  • Maxis sebuah jenama yang memberi ganjaran terbaik kepada pelanggan dan lebih nilai melalui konvergen, untuk semua keperluan kesalinghubungan, kandungan dan perkhidmatan

Kehendak rakyat Malaysia untuk kandungan berkualiti semakin bertambah, terutamanya dalam situasi norma baharu di mana penggunaan strim video telah meningkat dengan ketara. Maxis
menawarkan kandungan hiburan asli terbaik di Maxis TV, kini dengan penyedia kandungan VOD berkualiti terbaru, iQIYI.

Sehingga 20 November, pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Prepaid dan Hotlink Postpaid yang mendaftar dengan iQIYI di Maxis TV untuk pertama kalinya, akan menikmati akses VIP percuma ke iQIYI dan data 10GB untuk strim drama, rancangan dan filem Asia yang popular di pelantar tersebut.

“Dengan selera rakyat yang semakin menginginkan kandungan hiburan, kami memberikan lebih banyak
pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan kami dengan kandungan yang mereka mahukan, dengan cara yang mereka mahukan. Membawa iQIYI ke Maxis TV adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk terus memberi ganjaran kepada pelanggan kami untuk gaya hidup digital mereka yang semakin meningkat, dan untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat ditandingi,” kata Navin Manian, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

Maxis TV adalah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem
hingga rancangan TV yang berpatutan dan fleksibel untuk semua orang. Platform ini mudah diakses melalui aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid, yang membolehkan pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja dengan cara yang diinginkan.

Pas VOD bermula dari RM3/hari yang digabungkan dengan data dan merangkumi pilihan kandungan kegemaran semua - Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan kandungan Melayu tempatan popular. Pembelian pas Maxis TV VOD dibuat dengan mudah – caj dikenakan ke atas bil Maxis atau kredit Hotlink.

Maxis TV menawarkan pas VOD yang fleksibel dengan data percuma untuk streaming pada harga yang berpatutan:

Pas 1-hari Pas 7-hari Pas 30-hari

RM3/pas

Langganan

+

3GB data percuma (1-hari)

RM7/pas

Langganan

+

5GB data percuma (7-hari)

From RM9.99/pas

Langganan

+

10GB data percuma (30-hari)

Untuk menyampaikan kandungan terbaik yang disukai semua di Malaysia, Maxis bekerjasama dengan penyedia kandungan VOD berkualiti, seperti iflix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV, iQIYI dan banyak lagi untuk menawarkan perkhidmatan ini. Pelanggan dapat melihat pilihan mereka dengan mudah melalui aplikasi mudah alih mereka.

Untuk membeli pas VOD dan segera nikmati kandungan terbaik atau untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi https://www.maxis.com.my/lifestyle/entertainment/maxis-tv atau https://www.hotlink.com.my/bm/lifestyle/entertainment/maxis-tv

1‘Malaysians Media Consumption Amidst Covid-19 MCO’, Survey conducted by Vase.ai

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis, the leading converged solutions company in Malaysia, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Penang State Government to be the State’s trusted technology partner. The MoU, which was signed today by both parties, was witnessed by Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, the Chief Minister of Penang.

TELL ME MORE
Gokhan Ogut

Maxis records strong Q3 performance gains momentum towards convergence ambition

Maxis Berhad (Maxis) announced today that the Company delivered a strong performance for the third quarter ended 30 September 2020. Despite the unprecedented times, Maxis continued to register stable Service Revenue, strong Profit After Tax (PAT) with a healthy normalised EBITDA, while maintaining a high EBITDA margin.

TELL ME MORE
Maxis and MDEC collaborate

Maxis and MDEC collaborate to foster corporate innovation, empowering businesses in digital economy

Maxis and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) are collaborating to promote corporate innovation among businesses in Malaysia – from startups or large corporations – to stimulate the ecosystem and spur the country’s digital economy. The partnership was formalised with both parties signing a Memorandum of Understanding detailing the framework for its mutual cooperation.

TELL ME MORE