Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh nikmati Jualan Sehari Terbesar 11.11 melalui aplikasi mereka

  • Pengguna dapat melayari laman web khusus secara langsung dari aplikasi Maxis, Hotlink, dan Hotlink Postpaid mereka

  • Pelanggan Maxis dan Hotlink yang merupakan pembeli Lazada baru boleh menebus baucar RM12

  • Aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid terus berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pelanggan melalui pengalaman yang menyenangkan dan diperibadikan

Maxis telah bekerjasama dengan Lazada Malaysia (Lazada) untuk membina laman web khusus untuk penjualan 11.11 yang dinanti-nantikan bagi memberikan pelanggan sebuah pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Pengguna Maxis dan Hotlink akan menjadi satu-satunya pelanggan telko di Malaysia yang dapat merebut tawaran membeli-belah Lazada secara langsung dari aplikasi Maxis, Hotlink, dan Hotlink Postpaid mereka.

"Penjualan 11.11 menjadi salah satu acara membeli-belah dalam talian yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dan kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya untuk memberi penghargaan kepada pelanggan kami dengan nilai terbaik. Aplikasi kami terus menjadi platform menarik yang hebat, jadi perkongsian kami dengan Lazada akan menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik dan diperibadikan kepada pengguna kami,” kata Navin Manian, Ketua Pengguna Hotlink, Maxis.

“Kami dengan sukacitanya memulakan kerjasama ini dengan Maxis dan Hotlink sebagai platform e-dagang pilihan mereka. Menjelang Penjualan Sehari Terbesar 11.11, kami ingin menawarkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan kepada pelanggan, bersama dengan produk-produk pilihan untuk mereka. Kami menantikan festival membeli-belah yang menarik,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Berikut perlu dilakukan oleh pelanggan di aplikasi Maxis atau Hotlink untuk pengalaman membeli-belah yang hebat:

Tawaran 11.11 menarik dari Maxis dan Lazada

Selain membeli-belah di Lazada secara langsung melalui aplikasi Maxis dan Hotlink mereka, pelanggan prabayar Hotlink juga akan menikmati tawaran 11.11 HotlinkMU Internet khas dengan lebih banyak ganjaran dan nilai. Semua pembeli termasuk pengguna bukan Maxis dan Hotlink juga boleh membeli telefon pintar terkini tanpa kontrak dengan diskaun sehingga RM890, atau memilih potongan 30% dari pelan Prabayar, Pascabayar & Jalur Lebar dengan penghantaran percuma melalui Kedai Maxis di Lazada Malaysia.

Untuk menikmati jualan satu hari ini, lawati https://www.lazada.com.my/shop/maxis-broadband

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis, the leading converged solutions company in Malaysia, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Penang State Government to be the State’s trusted technology partner. The MoU, which was signed today by both parties, was witnessed by Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, the Chief Minister of Penang.

TELL ME MORE
Gokhan Ogut

Maxis records strong Q3 performance gains momentum towards convergence ambition

Maxis Berhad (Maxis) announced today that the Company delivered a strong performance for the third quarter ended 30 September 2020. Despite the unprecedented times, Maxis continued to register stable Service Revenue, strong Profit After Tax (PAT) with a healthy normalised EBITDA, while maintaining a high EBITDA margin.

TELL ME MORE
Maxis and MDEC collaborate

Maxis and MDEC collaborate to foster corporate innovation, empowering businesses in digital economy

Maxis and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) are collaborating to promote corporate innovation among businesses in Malaysia – from startups or large corporations – to stimulate the ecosystem and spur the country’s digital economy. The partnership was formalised with both parties signing a Memorandum of Understanding detailing the framework for its mutual cooperation.

TELL ME MORE