Maxis menggalakkan pelanggannya duduk di rumah dan terus terhubung

  • Perkhidmatan tersedia melalui pelbagai saluran atas talian untuk kemudahan pelanggan
  • Panggilan dan data tanpa caj bagi nombor hotline penting dan laman web terpilih
  • Percubaan penggunaan percuma bagi penyelesaian kerjasama dan mobiliti untuk membantu kesinambungan perniagaan

Apabila pergerakan dihadkan dan rakyat dipisahkan, Maxis sedar akan kepentingan rangkaian sambungannya dan bersedia untuk membantu pelanggan terus berhubung. Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan rangkaian tetap dan mudah alihnya kekal tidak terganggu bagi membolehkan kehidupan dan perniagaan berjalan seperti biasa bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

“Sememangnya, kita sekarang sedang mengalami keadaan yang luar biasa. Dalam masa yang sama, kita beruntung kerana berada di era di mana teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, dan kita boleh terus memanfaatkan kuasa teknologi dan kesambungan untuk membantu kita mengatasi banyak cabaran. Oleh itu, kami komited untuk memainkan peranan kami dalam membantu pelanggan kami kekal berhubung dan meneruskan kehidupan dan perniagaan tanpa gangguan, pada masa yang sukar ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Berkuatkuasa 19 Mac sehingga diberitahu oleh pihak berkuasa, kedai Maxis akan ditutup buat sementara, termasuk Maxis Centers dan Maxis Exclusive Partner. Pelanggan Maxis masih dapat mengakses perkhidmatan melalui kiosk layan diri 24-jam, pusat panggilan, laman web serta melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex yang telah dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan tambah nilai dan pembelian melalui perbankan dalam talian, e-wallet atau kad kredit.

Maxis terus meletakkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan dan masyarakat umum sebagai keutamaannya. Di samping berusaha untuk memenuhi lonjakan peningkatan hubungan dan keperluan premis kritikal di seluruh negara, Maxis juga menawarkan beberapa inisiatif untuk membantu para pelanggan mengakses maklumat terkini tentang keadaan, menghadkan pergerakan mereka dan meneruskan kehidupan dan bekerja dari rumah.
 

Akses percuma untuk maklumat terkini

Dari 21 – 31 Mac atau hingga diberitahu kelak, Maxis tidak akan meletakkan sebarang caj data untuk pelanggan yang melayari laman web terpilih untuk maklumat terkini. Antaranya termasuk:

  • Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC), yang berada di bawah Kementerian Kesihatan
  • Semua Jabatan Kesihatan Negeri di negara ini
  • Pejabat Perdana Menteri
  • Kementerian Kesihatan
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Sementara itu, pelanggan Maxis juga boleh menghubungi nombor hotline CRPC serta nombor telefon Jabatan Kesihatan Negeri tanpa sebarang caj sepanjang tempoh ini. Panggilan tanpa caj akan berkuat kuasa dari hari Selasa, 24 Mac.


Meneruskan perhubungan tanpa meninggalkan rumah

Maxis memahami bahawa pelanggannya perlu terus berhubung terutama dengan rakan dan keluarga melalui panggilan suara dan video, mesej atau media sosial. Duduk di rumah mungkin menjadi penghalang untuk tambah nilai dan terus menikmati perhubungan internet. Oleh itu, Maxis mengalakkan pelanggan untuk mengguna aplikasi MyMaxis dan Hotlink RED untuk kemudahan:

  • Percuma 3GB pas internet mudah alih untuk semua pelan Maxis, Maxis Business dan Hotlink Postpaid (mulai 27 Mac)
  • Tambah nilai digital yang mudah dengan pulangan tunai sehingga 30%
  • Mata ganjaran Hotlink Rewards yang boleh ditebus untuk internet percuma
  • Percuma 20GB data dengan pembelian HotlinkMU (mulai 23 Mac)
  • SOS Top Up untuk setiap pelanggan yang memerlukan


Membantu perniagaan di rumah dan terus berhubung

Tidak pernah ada masa yang lebih kritikal untuk memanfaatkan kuasa teknologi untuk perniagaan, yang membolehkan peningkatan produktiviti dan kesinambungan perniagaan. Untuk memenuhi keperluan majoriti yang bekerja dari rumah atau berkomunikasi merentasi sempadan dengan rakan niaga dan rakan sekerja dari jauh, Maxis memberikan beberapa ujian peggunaan untuk penyelesaian kerjasama dan mobiliti penting:

  • Langganan enam bulan percuma di Managed UC: Untuk membantu pelanggan duduk di rumah dan tetap terhubung, terdapat enam bulan langganan percuma yang tersedia untuk Komunikasi Bersepadu Terurus Maxis melalui Microsoft Team untuk pakej Teams Phone System dan Teams Calling. Microsoft Team, yang memanfaatkan perkongsian strategik Maxis dan Microsoft baru-baru ini, adalah alat kolaborasi semua-dalam-satu yang menyediakan kemudahan dan proses untuk berfungsi dari mana-mana sahaja dengan sambungan rangkaian, yang berfungsi untuk pekerja dan perniagaan, merentas pelbagai peranti. Kerjasama dipermudahkan melalui perbualan, perkongsian dan penyuntingan fail, persidangan video dan bahagian skrin dalam satu aplikasi dengan jaminan terjamin. Tawaran ini adalah pada asas pertama-datang-pertama mendapat khidmat, dan untuk bilangan pengguna yang terhad bagi setiap perniagaan.
  • Percubaan penggunaan percuma selama dua bulan untuk perkhidmatan konvergen mudah alih tetap melalui App Voice Connect: Percubaan percuma ciri panggilan Maxis ini melalui talian perniagaan tetap memudahkan syarikat untuk berkumpul dan berbincang melalui Voice Connect App, dan untuk n para pemimpin pasukan terlibat dengan pekerja dari jauh.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh Maxis, para pelanggan boleh melawat laman web www.maxis.com.my/stayhomestayconnected, www.hotlink.com.my atau menelefon 123 atau 1 800 82 1123.

Maxis menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menjaga kesihatan, keselamatan dan terus berhubung.

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE