Maxis melancarkan tiga biasiswa baru dalam membina pemimpin teknologi dan inovasi masa depan

  • Biasiswa memberi tumpuan kepada pembangunan bakat wanita, teknologi dan kepimpinan
  • Calon yang berminat boleh memohon biasiswa baru tersebut sehingga 14 September 2020
  • Peluang praktikal untuk melangkah ke arah kerjaya bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk kumpulan bakat dalam teknologi dan inovasi di sektor ICT dan perniagaan

Maxis telah melancarkan tiga biasiswa baru untuk menyokong aspirasi individu muda dan cemerlang dalam komitmennya untuk membangun pemimpin yang pintar dan berpandangan maju. Mulai hari ini hingga 31 Ogos, calon boleh memohon biasiswa Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 dan Maxis Young Leaders Undergraduate 2020. Oleh kerana sambutan hebat yang diterima daripada pemohon, tarikh akhir permohonan pada 31 Ogos kini telah dilanjutkan hingga 14 September untuk membolehkan lebih ramai pelajar membuat permohonan.

“Di Maxis, pekerja kami adalah aset yang paling berharga. Kami mendorong mereka untuk tidak berhenti menyerlahkan dan memajukan diri untuk terus berkembang dalam industri ini. Biasiswa yang baru kami lancarkan adalah lambang penting yang mewakili budaya ini dan tujuan jenama kami - untuk membawa teknologi secara terbaik bagi membantu rakyat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah. Kami gembira dapat membina kemampuan baru dalam dunia yang didorong oleh teknologi ini, dan kumpulan bakat yang merangkumi pemikiran ‘Kemungkinan Baru’ – selalu berdaya saing dan mencari jalan baru untuk terus maju,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Maxis.

Pemegang biasiswa Maxis yang berjaya akan mendapat akses menempa pengalaman belajar terbaik di universiti terkemuka yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  1. Biasiswa Maxis Women in Tech Undergraduate 2020: Ini adalah biasiswa Women in Tech Undergraduate 2020 pertama yang dilancarkan oleh Maxis, untuk meraikan dan menyokong wanita muda yangmahu membina kerjaya dalam bidang teknologi. Dengan biasiswa ini, wanita mempunyai peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam bidang sains komputer, kejuruteraan dan pengajian teknikal.
  2. Biasiswa Maxis Tech Undergraduate 2020: Dengan memanfaatkan teknologi canggih untuk menyokong cita-cita digital Maxis, biasiswa ini merujuk kepada komitmen Syarikat untuk membentuk bakat dalam bidang teknologi yang mengikuti pengajian dalam kursus kejuruteraan, sains komputer, sains data dan sains aktuari, matematik, statistik dan gunaan sains.
  3. Biasiswa Maxis Young Leaders Undergraduate 2020: Memberi platform kepada rakyat Malaysia yang pintar dan layak untuk mendorong mereka ke arena kepimpinan, sebagai penyokong dan peneraju perubahan untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan memberi inspirasi.

Calon yang berjaya juga akan mendapat peluang untuk membuat penempatan praktikal di Maxis untuk melonjakkan kerjaya mereka ke tahap seterusnya, yang akhirnya memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk kumpulan bakat teknologi dan inovasi di sektor ICT dan perniagaan.

Pada bulan Julai 2019, Maxis menganjurkan Pameran Kerjaya pertamanya dengan membawa kelainan. Direka untuk menggalakkan penyertaan dan pengalaman imersif, pameran kerjaya tersebut merangkumi wawancara secara "speed-dating" serta pelbagai pameran, seperti IoT, NB-IoT dan AI, untuk menunjukkan bagaimanakah Maxis sebagai sebuah syarikat. Pameran Kerjaya juga memberi peluang kepada pencari kerja muda untuk bertemu dengan telco sebagai bakal majikan.

Untuk maklumat lebih lanjut atau untuk memohon Biasiswa Maxis 2020, pergi ke https://www.maxis.com.my/about-maxis/career/early-careers/maxis-scholarship/

Archives
Tags

Popular
Posts

Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE
Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis, the leading converged solutions company in Malaysia, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Penang State Government to be the State’s trusted technology partner. The MoU, which was signed today by both parties, was witnessed by Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, the Chief Minister of Penang.

TELL ME MORE
Jendela

Telecommunications Operators Committed to JENDELA to Deliver Seamless Digital Connectivity for all Malaysians

Telecommunications operators Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad and TIME dotCom Berhad (collectively ‘the Industry’), are fully committed to partner with the Government and make connectivity a basic utility to fast-track Malaysia’s transition into a high-income digital society. The Jalinan Digital Negara (JENDELA) action plan announced recently by the Prime Minister of Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, will be the platform to achieve these aspirations by accelerating the country's digital connectivity through widespread deployment of mobile, fibre and fixed wireless access, and paving the way to 5G, under the 12th Malaysia Plan (2021–2025).

TELL ME MORE