Maxis terus mendorong digitalisasi untuk lebih banyak komuniti Terus Menerajui melalui program Motivasi dan Keusahawanan Digital

  • Keusahawanan Digital dan inisiatif #MaxisMotivates untuk memperkasakan belia dan usahawan tempatan dengan kemahiran digital
  • Inisiatif tersebut telah membawa manfaat kepada masyarakat di seluruh negara selama beberapa tahun, dengan rancangan untuk dilancarkan ke lebih banyak lokasi sepanjang tahun
  • Maxis komited untuk membawa teknologi terbaik kepada rakyat, perniagaan dan komuniti agar sentiasa maju dalam dunia yang kian berubah

Komited untuk memperkasakan komuniti tempatan dengan kemampuan digital untuk Terus Menerajui dunia yang semakin berubah, Maxis bekerjasama dengan IMFutures untuk membawa Program Keusahawanan Digital dan inisiatif #MaxisMotivates bagi memberi manfaat kepada usahawan dan belia tempatan. Bermula dengan komuniti di Indera Mahkota, Kuantan, program kemasyarakatan ini akan dikendali dalam empat bulan akan datang, dengan rancangan untuk melaksanakan inisiatif ini ke lebih banyak lokasi di masa akan datang.

IMFutures ditubuhkan pada tahun 2019 dengan tujuan memberi peluang kepada pelajar dan belia untuk mempelajari pelbagai kemahiran asas teknologi, IoT dan keusahawanan bagi mengembangkan generasi teknopreneur.

Pada 15-16 Ogos, Maxis mengambil bahagian dalam Karnival Digital Indera Mahkota, yang dirasmikan oleh YB Dato ’Saifuddin bin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pada karnival tersebut, Maxis mempamerkan program keusahawanan dan program komuniti utamanya, eKelas, serta penyelesaian digital untuk PKS di bawah Geran Digitalisasi PKS Kerajaan.

"Keupayaan dan adaptasi teknologi di setiap lapisan masyarakat adalah kunci untuk memajukan aspirasi negara dan kearah ekonomi digital yang mampan. Adalah amat penting untuk menerapkan pemikiran digital ke dalam masyarakat dan saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Maxis kerana mempercepatkan inisiatif ini melalui program yang membina kedua-dua sektor belia dan ekonomi mikro,” kata YB Dato' Saifuddin bin Abdullah.

“Di Maxis, kami komited untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan lebih banyak individu, perniagaan dan negara maju kehadapan dalam dunia yang kian berubah. Dalam beberapa tahun ini, kami telah memberi kesan positif kepada pengusaha dan pelajar industri di pelbagai lokasi di seluruh negara melalui bengkel dan sesi motivasi kami. Kini, kami berharap dapat melancarkan inisiatif ini kepada lebih banyak komuniti untuk membantu mereka merealisasikan potensi penuh mereka,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis.

Program keusahawanan Maxis dirancang untuk melengkapkan perusahaan kecil tempatan dengan alat digital yang tepat untuk mengoptimumkan perniagaan mereka menggunakan media sosial, penciptaan kandungan dan fotografi, yang dilatih oleh sukarelawan Maxis, M Squad. Sebelum ini, Maxis telah memperkasakan usahawan tempatan di FELCRA Sungai Ara di Kota Tinggi, Johor dan Kg. Chengal di Ketereh, Kelantan dengan kemahiran pemasaran digital untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka diajar bagaimana membuat halaman Facebook perniagaan, mengambil foto layak Insta, menulis kapsyen yang menarik perhatian dan memanfaatkan alat pemetaan digital. Sementara itu, #MaxisMotivates adalah satu siri sesi motivasi khas yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar dan belia eKelas untuk menjadi yang terbaik melalui siri ceramah yang disampaikan oleh M Squad dan tokoh profesional industri yang lain.

Archives
Tags

Popular
Posts

Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE
Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis, the leading converged solutions company in Malaysia, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Penang State Government to be the State’s trusted technology partner. The MoU, which was signed today by both parties, was witnessed by Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, the Chief Minister of Penang.

TELL ME MORE
Jendela

Telecommunications Operators Committed to JENDELA to Deliver Seamless Digital Connectivity for all Malaysians

Telecommunications operators Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad and TIME dotCom Berhad (collectively ‘the Industry’), are fully committed to partner with the Government and make connectivity a basic utility to fast-track Malaysia’s transition into a high-income digital society. The Jalinan Digital Negara (JENDELA) action plan announced recently by the Prime Minister of Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, will be the platform to achieve these aspirations by accelerating the country's digital connectivity through widespread deployment of mobile, fibre and fixed wireless access, and paving the way to 5G, under the 12th Malaysia Plan (2021–2025).

TELL ME MORE