Maxis catat prestasi suku ketiga yang mantap, momentum padu ke arah matlamat konvergen

schedule 25 Oct 2019
  • Prestasi teras dalam mudah alih yang berdaya tahan dengan momentum yang padu ke arah matlamat konvergen
  • Pertumbuhan konsisten dalam sambungan fiber, kini lebih dari 340 ribu dengan tambahan bersih sebanyak 34 ribu suku ini
  • Meningkatkan keupayaan Perusahaan, penyelesaian baru dan kerjasama strategik secara agresif
  • Mengekalkan rangkaian 4G LTE yang paling laju, terus mara ke hadapan dalam kesediaan 5G
  • Pertumbuhan aliran tunai bebas yang kukuh sehingga 10% sepanjang sembilan bulan ini menyokong dividen interim ketiga sebanyak 5 sen bersih sesaham pada suku ini

Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan prestasi operasi yang mantap pada suku yang berakhir 30 September 2019, dengan pertumbuhan hasil perkhidmatan yang didorong oleh perniagaan teras berdaya tahan, ARPU yang stabil dan momentum positif dalam penyelesaian konvergennya. Syarikat melaporkan EBITDA dan margin EBITDA yang sihat, dengan pertumbuhan aliran tunai operasi bebas yang kukuh yang menyokong dividen interim ketiga bersih 5 sen sesaham.

Pada suku ini, Maxis menyaksikan penggunaan fiber yang kukuh, peningkatan hasil prabayar serta terus meneraju pasca bayar dengan langganan kukuh untuk produk konvergen Hotlink Postpaid Flex dan MaxisONE Prime. Syarikat bukan sahaja menyediakan tawaran tanpa risau dan hujung-ke-hujung, tetapi juga penyelesaian konvergen dengan pengalaman peribadi yang tidak ditandingi. Bagi suku ini, Maxis telah mencatatkan skor kepuasan pelanggan yang tinggi iaitu mata TP NPS (Touchpoint Net Promoter Score) +58.

Secara keseluruhannya, prestasi Syarikat mencerminkan tumpuan berterusan dalam mencapai strategi pertumbuhan untuk mencecah lebih ramai individu, kediaman dan perniagaan melalui proposisi konvergennya.

Sementara itu, Maxis terus maju kehadapan dalam 5G. Bagi meneruskan cita-citanya sebagai syarikat penyelesaian terkemuka di Malaysia, Maxis terus unggul kehadapan dalam teknologi terbaru, khususnya persiapan sambungan perhubungan bagi generasi akan datang. Pada bulan Oktober ini, ia telah menandatangani satu perjanjian penting dengan rakan teknologi teknologi Huawei bagi peruntukan rangkaian 5G, satu pencapaian penting dalam komitmennya untuk menyampaikan inovasi 5G terbaik bagi memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia sebaik sahaja spektrum yang diperlukan disediakan.

Sorotan kewangan suku-ke-suku – Suku Ketiga 2019 vs Suku Kedua 2019

  • Hasil perkhidmatan meningkat sebanyak 1.1% kepada RM1,940 juta daripada RM1,918 juta, disokong oleh prestasi teras yang berdaya tahan.
  • Kepimpinan berterusan dalam pasca bayar, dengan ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM90 dan peningkatan pelanggan pasca bayar seramai 128 ribu orang, membawa jumlah keseluruhannya kepada 3.2 juta orang. Tawaran Hotlink Postpaid Flex dan MaxisONE Share terus menarik pelanggan pasca bayar baru serta pelanggan prabayar. Penggunaan aplikasi MyMaxis meningkat kepada 46%, dengan purata penggunaan data bulanan sebanyak 15.1 GB. Dengan asas yang lebih besar, penglibatan pelanggan yang kukuh dan penggunaan data yang tinggi, hasil pasca bayar termasuk hasil borong meningkat kepada RM979 juta daripada RM972 juta.
  • Prestasi prabayar yang lebih kukuh, dengan hasil prabayar menokok kepada RM794 juta daripada RM791 juta. ARPU bulanan kekal tinggi pada RM41, dengan penggunaan aplikasi Hotlink RED yang kukuh sebanyak 61% dan penggunaan data sebanyak 15.2 GB.
  • Pertumbuhan fiber yang kukuh, sambungan fiber baru bertambah sebanyak 34 ribu, membawa jumlahnya kepada 344 ribu. Fiber kediaman dan perniagaan terus meningkat dengan pengambilan produk MaxisONE Prime yang kukuh. Momentum positif dalam peningkatan pengambilan fiber disebabkan oleh inisiatif pemasaran bersama dengan Astro, pakej MaxisONE Prime mudah alih, fiber kediaman serta peranti, dan daya tarikan pakej fiber berkelajuan tinggi (300, 500 & 800 Mbps).
  • EBITDA dinormalisasi yang sihat, meningkat sebanyak 1.8% kepada RM964 juta daripada RM947 juta. Margin EBITDA yang dinormalisasi pada hasil perkhidmatan kekal tinggi pada 49.7% berbanding dengan 49.4% pada suku sebelumnya.
  • Aliran tunai operasi bebas terus kukuh, meningkat dari suku ke suku dan meningkat sebanyak 4.4% pada suku ketiga kepada RM1.1 bilion. Walaupun keuntungan normalisasi selepas cukai berkurang sebanyak 7.7% kepada RM361 juta berikutan terutamanya daripada penamatan perjanjian borong, aliran tunai operasi bebas yang kukuh telah membolehkan Syarikat untuk terus melabur semula bagi masa depan, termasuk menggerakkan peluang perniagaan Enterprise dan Fibrenation, dan mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 5 sen sesaham.

Sorotan utama dalam suku ketiga 2019:

  • Membina keupayaan Enterprise, menjalin kerjasama strategik untuk pertumbuhan
    • Kerjasama strategik dengan Gamuda Land untuk menjadi penyedia kesalinghubungan dan penyelesaian pilihan, serta mewujudkan bandar 5G Maxis yang pertama di Malaysia untuk Gamuda Cove, pembangunan perbandaran terbaru Gamuda Land.
    • Kerjasama dengan Lembaga Multimedia Sarawak untuk kolaborasi inisiatif IoT dan NB-IoT untuk membangunkan kepakaran, memupuk kerjasama dan membangunkan ekosistem IoT dan NB-IoT.
    • Kerjasama dengan AmBank untuk mereka peta penyelesaian digital untuk PKS yang akan membolehkan akses mudah kepada penyelesaian untuk keperluan kewangan dan teknologi mereka.
    • Kerjasama strategik dengan Cisco untuk menawarkan pelbagai teknologi peneraju pasaran bagi perusahaan untuk berkembang dan memenuhi keperluan mereka dalam dunia yang didorong oleh digital, awan dan data.
  • Menawarkan kandungan bundle yang menarik untuk gaya hidup digital para pengguna yang semakin berkembang
    • Kerjasama pemasaran strategik dengan Astro untuk menawarkan jalur lebar bundle bersama dengan kandungan.
    • Kolaborasi dengan Team Secret, sebuah pasukan pro-gaming eSukan profesional yang terkemuka di dunia untuk menawarkan bundle telefon pintar gaming yang terbaik dengan Maxis Zerolution, serta nilai hebat untuk pembelian dalam permainan.
  • Mengekalkan kepimpinan rangkaian untuk pengalaman peribadi digital tidak ditandingi yang berbeza
    • Melancarkan rangkaian Advanced dan Intelligent (A.I.) yang dibangunkan dengan keupayaan dalaman Maxis, dan dibina atas infrastruktur sedia 5G dengan jejak optik fiber ke stesen pangkalan mudah alih yang terluas di seluruh negara.
    • Pelaburan yang berterusan untuk mengekalkan kepimpinan rangkaian dan sedia masa depan rangkaian, termasuk memperbaiki kelewahan rangkaian fiber bagi kualiti dan perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan kapasiti rangkaian dan pelancaran 5G. Perbelanjaan modal bagi suku semasa ialah RM242 juta, membawa jumlahnya kepada RM636 juta dalam sembilan bulan yang pertama pada tahun ini, meningkat sebanyak 23.7% daripada satu tahun lepas.
  • Memperluas jejak fiber
    • Menandatangani Perjanjian Akses dengan CT Sabah untuk akses penuh ke perkhidmatan rangkaian fiber optik dan 52 ribu pas kediaman. Ini akan membolehkan pelaksanaan pelan jalur lebar yang mampu dimiliki untuk lebih banyak rumah dan perniagaan di Sabah.

Komen oleh Gökhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:

“Ini merupakan prestasi suku ketiga yang kukuh, dengan banyak unsur positif dalam segmen-segmen perniagaan kami. Matlamat konvergen kami berada di landasan yang baik dan kami telah maju dengan baik dalam strategi pertumbuhan perusahaan dengan menjalin kerjasama yang kukuh, dan terus membina asas fiber kediaman yang kukuh selaras dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Kami sudah melangkah ke hadapan dengan kesediaan 5G dan komited untuk melancarkannya sebaik sahaja spektrum disediakan. Kami akan terus memperdalam penglibatan dengan pelanggan-pelanggan – termasuk individu, kediaman dan perniagaan – dan dalam memberikan mereka pengalaman digital dan juga penyelesaian konvergen yang terunggul.”

Categories

Corporate

Popular Posts

brochures Paul McManus, Head of Enterprise, Maxis

Software-defined networking isn’t new but has gained traction lately. Here’s why.

Enterprise
access_time 12 May 2018
brochures Maxis forges ahead in 5G race with landmark network agreement with Huawei

In a significant step towards superior connectivity for Malaysia, Maxis and Huawei Technologies Malaysia (Huawei) today signed an agreement for the provisioning of 5G network in the country. The signing ceremony was witnessed by Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia at Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Network
access_time 12 May 2018
Archives
Tags