maxis

Kerjasama Maxis dan AWS mempercepatkan adaptasi awan bagi perniagaan di Malaysia

schedule 07 Nov 2019
  • Maxis menyertai Amazon Partner Network (APN) untuk menyampaikan penyelesaian awan kepada perniagaan di Malaysia.
  • Maxis bertujuan untuk mempercepatkan penerimaan AWS Cloud sebagai platform transformasi digital.
  • Kerjasama memperkukuh kedudukan Maxis untuk menjadi penyedia penyelesaian ICT terkemuka di Malaysia bagi Perusahaan, Kerajaan dan PKS.

Bagi menunjuk momentum yang kukuh, Maxis telah mengumumkan hasratnya untuk membantu mempercepatkan adaptasi awan bagi perniagaan di Malaysia dengan menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Amazon Web Services (AWS), platform awan paling komprehensif dan meluas di dunia. Melalui kerjasama ini, Maxis akan menyampaikan pelbagai teknologi awan terkemuka industri melalui rangkaian konvergen mudah alih dan tetap 4G no 1 di Malaysia, untuk memudahkan dan mempercepat perjalanan transformasi digital perniagaan dan merealisasikan faedah penting dalam meningkatkan produktiviti, prestasi dan pecutan masa ke pasaran. Kerjasama strategik ini terus memperkukuh cita-cita Maxis untuk mejadi penyedia penyelesaian ICT terkemuka di Malaysia untuk Perusahaan, Kerajaan dan PKS.

Maxis kini menjadi AWS Partner, sebahagian daripada Amazon Network Partner (APN) yang bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan awan untuk perniagaan di Malaysia dengan memanfaatkan teknologi canggih AWS untuk menyampaikan Maxis Professional Services, Security and Managed Services dalam AWS. Maxis akan membina kemahiran mendalam mengenai AWS menerusi program latihan, akreditasi dan pensijilan AWS yang komprehensif. Ini akan meningkatkan keupayaan dan kepekaan terhadap agenda transformasi digital pelanggan. Sehingga kini, Maxis mempunyai kumpulan pekerja AWS terlatih terbesar di Malaysia.

“Teknologi awan menjadi sebahagian daripada strategi perniagaan yang semakin penting dengan faedah yang luar biasa – dari penurunan kos, fleksibiliti yang meningkat sehinggalah boleh-skala yang lebih baik – semuanya merupakan faktor utama untuk transformasi digital dan ketangkasan perniagaan. Kami percaya, terdapat banyak peluang untuk memanfaatkan kuasa awan dengan kerjasama kami dengan AWS. Perniagaan akan mempunyai akses dan bantuan kepada penyelesaian awan terbaik dengan kumpulan pakar terbesar di negara ini. Kami juga bersemangat untuk membantu mempercepatkan penggunaan awan di Malaysia dan memperkasakan perniagaan agar lebih bersedia untuk Industri 4.0 dan ekonomi digital,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

“Maxis terbukti mempunyai rekod prestasi kepuasan pelanggan serta telah berjaya menyampaikan aplikasi produk perusahaan, migrasi dan perkhidmatan terurus. Mereka juga mempamerkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kemahiran dalam memastikan mereka mendapat pengiktirafan AWS. Kami teruja mempunyai Maxis sebagai Rakan AWS APN. Melalui kerjasama ini, kami yakin bahawa sama-sama, kita boleh menjadi penggerak utama bagi perniagaan di Malaysia untuk meraih faedah teknologi awan,” kata Conor McNamara, Pengarah Urusan, ASEAN di AWS.

Maxis bakal menubuhkan Pusat Perniagaan Awan (CBC) yang menawarkan pelanggan Profesional dan Perkhidmatan Terurus dengan kakitangan yang dilatih oleh AWS untuk membantu pelanggan memanfaatkan AWS untuk meningkatkan ketangkasan perniagaan dan memacu hasil perniagaan yang lebih baik. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua syarikat akan menggembeling usaha dalam mempercepat penggunaan awan dan membangunkan keupayaan penyelesaian industri untuk kepentingan perniagaan di Malaysia.

Tawaran konvergen Maxis yang dibina sekitar pengalaman “Always On”, memanfaatkan rangkaian Tetap dan Mudah Alih yang unik. Maxis mempunyai visi untuk membantu perniagaan dari pelbagai segmen untuk berjaya dengan memudahkan dan memperbaiki cara mereka bekerja. Teknologi inovatif dan penyelesaian digital Maxis disokong oleh rangkaian peneraju industrinya yang memastikan pengalaman tanpa batas dan bebas boleh dinikmati sebagai “perkhidmatan”.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keupayaan awan Maxis, sila lawati https://business.maxis.com.my/cloud-n-hosting/cloud-connect/

Categories

Enterprise

Popular Posts

brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags