maxis

Maxis dan APU bekerjasama untuk membangunkan keupayaan teknologi dan digital bagi bakat muda

schedule 29 Nov 2019
  • Maxis dan APU bekerjasama bagi menyokong pembangunan industri dan akademik bakat muda Malaysia.
  • Program Siswazah Maxis memberi manfaat kepada para pelajar dengan peluang latihan dan keutamaan pekerjaan.
  • Ahli pakar Maxis akan bekerjasama dengan APU bagi ceramah industri dan mentor projek pelajar.
  • Kedua-dua pihak akan menyelia kerjasama penyelidikan untuk memenuhi keperluan teknologi dan inovasi yang semakin meningkat dalam sektor ICT dan perniagaan.

Anak muda merupakan penentu masa depan – dengan itu, Maxis dan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) telah bekerjasama bagi menyokong pembangunan industri dan akademik bakat muda di Malaysia, dan meningkatkan pakar teknologi dan digital akan datang.

Kerjasama tersebut bakal memberi peluang kepada Maxis untuk mencedok potensi bakat muda dari APU bagi Program Siswazah Maxis dan peluang latihan industri. Melalui program ini, pelajar APU akan mendapat peluang belajar dan mengasah pengetahuan di Maxis yang melengkapkan mereka dengan kemahiran yang tepat bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang kepakaran yang diminati. Di samping itu, keutamaan pekerjaan juga ditawarkan kepada pelajar cemerlang dalam bidang teknologi.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan APU dalam membuka peluang dan potensi pelajar muda dalam bidang teknologi. Kami ingin pelajar dan juga pencari kerja mengenali Maxis sebagai lebih daripada penyedia perkhidmatan mudah alih, sebaliknya kami adalah peneraju teknologi di Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada pemikiran yang inovatif di kalangan pekerja. Kami berharap kerjasama ini dapat membantu pelajar muda untuk mengembangkan diri mereka supaya dapat menyumbang bakat kepada Maxis dan Malaysia secara keseluruhan,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Maxis.

“Bagi melahirkan generasi pemimpin masa hadapan, amat penting bagi mereka mendapat sokongan yang terbaik dalam bidang akademik dan perindustrian. Kami yakin, dengan kerjasama kami dan Maxis, para pelajar akan diberikan pendedahan terhadap bidang teknologi dan aplikasinya di dunia sebenar. Perjanjian kami juga akan membuka laluan kepada prospek kerjaya hebat yang akan melancarkan perjalanan profesional pelajar ke peringkat seterusnya,” kata Profesor Ron Edwards, Naib Canselor APU.

APU juga akan memanfaatkan pakar bidang di Maxis untuk menyampaikan ceramah dan bimbingan bagi projek perindustrian pelajar. Di samping itu, kedua-dua pihak akan memudahkan peluang untuk kerjasama penyelidikan, serta pendidikan ICT dan pembangunan teknologi untuk memberi manfaat kepada keperluan teknologi dan inovasi yang semakin berkembang dalam sektor ICT dan perniagaan semasa.

Untuk memeterai perkongsian itu, Maxis dan APU telah menandatangani Memorandum Perjanjian di Menara Maxis baru-baru ini. Mewakili Maxis adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut, manakala Profesor Ron Edwards bagi pihak APU.

Pada masa sama, sesi ceramah industri dan soal jawab yang difasilitiasi oleh pakar teknologi Maxis telah diadakan untuk memberi inspirasi kepada pelajar tahun akhir APU yang melawat ibu pejabat Maxis. Semasa lawatan itu, para pelajar juga telah mengemukakan resume, bertemu perekrut dan pengurus untuk meneroka peluang pekerjaan di Maxis.

Maxis sentiasa mengangkat budaya dalamannya, MaxisWay, ke arah organisasi yang lebih efektif dan cekap dengan penerapan inovasi dalaman. Para pekerja digalakkan untuk terus maju dan berkembang bersama industri, dengan membina kebolehan baru untuk menyokong digital baru Maxis.

Pada bulan Julai tahun ini, Maxis telah menganjurkan pameran kerjaya pertama yang lain daripada lain. Direka dengan pengalaman penyertaan dan pengertian yang mendalam, peserta diuji dengan wawancara jenis “speed-dating” serta pameran teknologi baru seperti IoT, NB-IoT dan A.I. untuk menunjukkan kepakaran Maxis. Pameran tersebut juga telah memberi peluang kepada pencari kerja muda untuk mengenali syarikat Maxis sebagai majikan potensi mereka.

Temui prospek kerjaya yang menarik di Maxis di sini https://www.maxis.com.my/about-maxis/career/

Categories

People

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags