Celcom dan Maxis bersetuju menerokai perkongsian infrastruktur bagi mempercepatkan pelancaran 5G di Malaysia

schedule 25 Nov 2019
  • Celcom dan Maxis menandatangani MoU untuk menerokai perkongsian Rangkaian Akses Radio 5G aktif yang pertama di Malaysia.
  • Perkongsian akan memanfaatkan sumber kedua-dua Syarikat, untuk membolehkan penggunaan rangkaian 5G yang lebih luas dan lebih cekap bagi mempercepatkan akses kepada para pengguna dan perniagaan.
  • Kerjasama industri adalah penting untuk menyokong matlamat Malaysia dalam memacu ekonomi digital.

Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Maxis Berhad (Maxis) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menerokai potensi kerjasama bagi penggunaan infrastruktur 5G Malaysia yang cekap, seterusnya menyokong pembangunan ekosistem digital negara. Kerjasama tersebut juga akan membolehkan kedua-dua syarikat telekomunikasi tersebut menerokai peluang perniagaan dalam bidang strategik utama 5G, bagi menyampaikan inovasi 5G yang terbaik untuk memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia, sebaik sahaja spektrum yang diperlukan tersedia.

Menandatangani MoU bagi pihak Celcom ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Idham Nawawi, dan Ketua Strategi dan Pegawai Penciptaan Nilai, Muniff Kamaruddin. Sementara itu, Maxis diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut, dan Ketua Teknologi dan Pegawai Informasi Morten Bangsgaard.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom:

“Kami percaya bahawa kolaborasi adalah penting untuk industri melangkah ke hadapan, dan kerjasama dengan Maxis untuk menerokai pengunaan 5G yang lebih teratur di Malaysia adalah sesuatu yang mengujakan. 5G adalah evolusi seterusnya yang akan mengubah cara kita bekerja, hidup dan bermain. Ia akan membolehkan pengalaman pengguna yang lebih baik serta mewujudkan peluang-peluang baru untuk pengguna, pelajar, Kerajaan dan juga perniagaan. Potensi kerjasama kami akan membuka jalan bagi penyampaian rangkaian 5G bertaraf dunia di samping rangkaian 4G dan 3G/2G yang sedia ada, kepada setiap rakyat Malaysia, seterusnya menyerlahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar digital dalam era IR4.0."

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:

“Kami mengalu-alukan idea untuk bekerjasama dengan Celcom untuk perkongsian rangkaian 5G. Buat masa ini, kami sudahpun berkongsi menara, fiber dan bekerjasama dalam menyediakan kesalinghubungan untuk kawasan luar bandar dan projek USP. Ini membantu kami menjimatkan sumber dan mempercepatkan pelancaran. Manakala dengan perkongsian rangkaian 5G ini pula, ia memberi peluang kepada kami untuk memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan kami. Kerjasama industri seperti ini penting dalam menyokong cita-cita Malaysia dalam memacu ekonomi digital.”

Potensi kerjasama antara Maxis dan Celcom menyokong matlamat Malaysia dalam memacu ekonomi dan ekosistem digital, membawa penjimatan kos yang signifikan serta kecekapan keseluruhan bagi kedua-dua pihak, yang akan membolehkan pelancaran 5G yang lebih pantas dan pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna dan perniagaan pada masa depan yang terdekat ini.

Celcom dan Maxis telahpun memulakan perjalanan 5G mereka lebih daripada dua tahun lalu. Bermula dengan menilai teknologi dan menjalankan percubaan demo, kedua-dua syarikat kini telah meneruskan percubaan langsung 5G sepenuhnya, sambil terus menaik taraf rangkaian terasnya untuk menjadi lebih efisien untuk bertindak balas terhadap kemajuan teknologi. Pada tahun ini kedua-dua syarikat telah meningkatkan percubaan 5G secara langsung dengan rakan-rakan kongsi, mengambil bahagian dalam pameran 5G untuk meningkatkan kesedaran tentang rangkaian 5G kepada orang ramai, dan bekerjasama dengan rakan teknologi untuk mempercepatkan penggunaan 5G di Malaysia.

Categories

Network

Popular Posts

brochures Microsoft MOU

In line with its ambition to be the leading ICT and solutions provider for Enterprise customers, Maxis is proud to announce its collaboration with Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd (Microsoft) through a Memorandum of Understanding (MoU), committing to use their respective expertise, technology and capabilities to create innovative digital solutions for organisations in Malaysia. Concurrently, the collaboration makes Maxis the first telco in Malaysia to offer fixed line voice calls with Microsoft Teams unified communications, as part of Microsoft’s Modern Workplace solutions.

Enterprise
access_time 28 Jan 2020
brochures 5G eKelas Photo Group

Showcasing the potential of 5G in education, Maxis demonstrated its 5G use case, the virtual reality (VR) experience for Science learning in its eKelas programme to Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia at Pusat Internet IOCC today. The VR learning experience by Maxis is the only 5G use case in the education vertical being piloted under the 5G Demonstration Projects in Langkawi.

Community
access_time 20 Jan 2020
Archives
Tags