Kedai konsep pertama seumpamanya Maxis di Malaysia merangkumi visi baru dan strategi pertumbuhan konvergens

schedule 15 May 2019

 

Maxis hari ini merasmikan kedai konsep yang baru, di Gardens Mid Valley, menjadikannya destinasi yang unik untuk pelanggan yang semakin celik digital. Dengan reka bentukyang baru dan teknologi canggih untuk tahap pengalaman digital peribadi yang baru, kedai tersebut menawarkan interaksi yang menarik, relevan dan bermanfaat untuk pelanggan. 

Skrin digital berteknologi tinggi, kaunter khidmat pelanggan yang kelihatan seperti kafe, demo peribadi, robot dan aplikasi layan diri, pelanggan-pelanggan dapat menikmati pengalaman runcit yang mendalam sepenuhnya. Inovasi jelas terserlah di kedai ini, dengan reka bentuk modular yang berskala dan boleh ditukar ganti, memenuhi keperluan pembeli yang giat berkembang.

Berikut adalah enam ciri-ciri hebat kedai konsep Maxis yang baru:

  1. Maxis Interactive Retail Assistant (M.I.R.A.) – Aplikasi web yang pertama seumpamanya yang memberikan pandangan pertama promosi dan tawaran peribadi Maxis dan banyak lagi kepada pelanggan. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR pada skrin digital untuk memulakan perjalanan mereka.
  2. Aplikasi penemuan untuk peranti demo – Suatu lagi yang pertama di negara, di mana aplikasi ini membolehkan pelanggan untuk membandingkan peranti, harga, pelan dan aksesori melalui skrin gergasi yang diaktifkan suara untuk pengalaman yang mendalam sepenuhnya.
  3. Skrin digital yang mendalam sepenuhnya – Kedai runcit yang pertama di dunia mempunyai gabungan skrin LED gergasi dan 11 unit skrin 98 inci dalam satu tetapan. Salah satu ciri termasuk skrin pengiktirafan suara, yang membolehkan kakitangan Maxis berkongsi perbandingan pelbagai peranti yang terdapat di kedai.
  4. Analisis runcit – Membolehkan Maxis lebih memahami pelanggan dengan lebih dekat lagi, termasuk demografi pelanggan dan sentimen, masa yang pelanggan berada di kedai, perjalanan pelanggan dan penglibatan zon.
  5. RFID – Melalui teknologi ini, sekuriti tanpa wayar membolehkan para pelanggan berasa benar-benar bebas dengan aksesori pelayaran pilihan sendiri, tanpa terkandas oleh kabel.
  6. MPOS (Mobile Point-of-Sale) dan biometrik tanpa wayar – Teknologi ini membolehkan kakitangan Maxis untuk berkhidmat kepada pelanggan di mana sahaja di dalam kedai.

“Kedai konsep baru kami adalah sebahagian penting dalam cita-cita jangka panjang kami, yang dibina di sekitar tiga fokus utama - iaitu keupayaan kami untuk memenuhi gaya hidup digital setiap orang yang giat berkembang, memberikan pengalaman peribadi yang berbeza dan tidak dapat ditandingi, dan mengembangkan budaya kami ke arah inovasi dan kecekapan yang bertahap tinggi. Dengan inovasi berterusan dan pemahaman yang mendalam tentang keperluan dan tingkah laku pelanggan kami, kedai ini bukan sahaja menetapkan tanda aras bagi industri telekomunikasi, tetapi juga untuk industri runcit secara keseluruhannya di Malaysia. Ini membawa perubahan, dan kami berbangga untuk membina sesuatu yang bernilai untuk semua pelanggan kami. Kami sangat teruja untuk membuka peluang dan potensi kehidupan yang diupayakan oleh Internet dengan pengalaman baru yang melengkapi pelanggan yang berkuasa digital,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Kedai ini juga menunjukkan keupayaan dan penawaran baru untuk pelanggan Perusahaan Runcit, didorong oleh fokus Maxis dalam membantu peruncit-peruncit Malaysia memodenkan pengalaman atas talian dan luar talian mereka menerusi penyelesaian e-dagang dan runcit fizikal yang didorong digital. Ini akan membolehkan para peruncit memberi pengalaman digital dan peribadi kepada pelanggan mereka sendiri, akhirnya mereka kekal berdaya saing dan mampu memenuhi perniagaan yang berkembang.

Maxis akan kerap berkolaborasi dengan jenama yang menarik untuk melengkapkan pengalaman pelanggan keseluruhannya melalui acara dan aktiviti khusus. Pada bulan ini, kedai akan menampilkan zon permainan Razer, pemimpin dunia dalam perkakasan, perisian dan sistem gaming berprestasi tinggi. Di sini, pelanggan boleh menyertai pertandingan mobile gaming terkini dan memenangi hadiah yang menarik.

Categories

Corporate

Popular Posts

brochures Maxis Logo

In continuing to prioritise the health, safety and wellbeing of its employees, customers and members of the public, Maxis has stepped up its precautionary measures to mitigate the impact of COVID-19. Based on the Restriction Movement Order announced by the Government effective 18-31 March, Maxis will continue full operations as it is listed under the essential services category.

Corporate
access_time 18 Mar 2020
brochures Kevin Lee, Head of SME, Maxis

How often have you heard the age-old saying “If it ain’t broke, don’t fix it?” Essentially, what it means is that when a person recognises that something is in a satisfactory state, there is no reason to try to change it. But while I can appreciate that there is some truth to this saying, it certainly isn’t universally true all the time.

Enterprise
Thought Leadership Article
access_time 28 Jan 2020
brochures Gökhan Ogut, CEO, Maxis

Maxis Berhad (Maxis) delivered solid operational performance in the fourth quarter ended 31 December 2019, driven by strong postpaid growth, high and stable mobile ARPU as well as consistent growth in fibre subscriptions in both Consumer and Enterprise. The Company reported strong EBITDA, industry-leading EBITDA margin and healthy Profit After Tax (PAT). Backed by strong operating free cash flow, Maxis declared a fourth interim dividend of 5 cents net per share to bring the annual dividend to 20 cents.

Corporate
access_time 20 Feb 2020
Archives
Tags