Malaysia  Maxis bekerjasama dengan pasukan eSukan terkemuka untuk melahirkan generasi pemain bertaraf dunia di Malaysia

 

Asia Tenggara mempunyai komuniti eSukan yang paling pesat berkembang di dunia, dan di Malaysia sahaja, wujud sebuah komuniti eSukan yang mencecah sehingga berjuta-juta ahli. Tiada keraguan lagi  bahawa eSukan di negara ini berpotensi untuk berkembang menjadi satu kuasa yang tidak dapat ditandingi. Ini kerana di dalam Bajet 2019, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong perkembangan sektor ini. Selain itu, eSukan akan  diiktiraf sebagai sebuah sukan berpingat dalam Sukan SEA pada bulan November ini. Terdapat juga pemain yang telah menjadikan eSukan sebagai kerjaya utama mereka.

Hari ini, Maxis berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pemain aktif dalam perkembangan eSukan di Malaysia melalui sebuah kerjasama dengan Team Secret, sebuah pasukan profesional eSukan terkemuka di seluruh dunia dan pasukan Dota 2 No. 1 di seluruh dunia. Maxis telah mengumumkan bahawa mereka merupakan penaja Malaysia pertama untuk pasukan PUBG Mobile Team Secret, yang mana semua ahli pasukannya berasal dari Malaysia, untuk membantu memperkembangkan eSukan di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab eSukan yang terunggul di Asia. 

"Ini adalah sebuah inspirasi kepada semua apabila kita dapat melihat rakan-rakan senegara dapat mengambil bahagian di tahap tertinggi eSukan, selain tahap keterujaan dan semangat yang ditunjukkan oleh komuniti yang mempunyai minat yang mendalam dalam sukan ini adalah amat besar. Bagi Maxis, ianya adalah amat wajar untuk kami bekerjasama dengan Team Secret kerana ini memberi kami peluang untuk mengupayakan bakat tempatan dan membantu mereka meningkatkan taraf ke pentas global, di samping menggalakkan pertumbuhan sukan eSukan Malaysia bersama-sama. Kami juga berbangga dengan perkongsian ini kerana ia adalah gabungan dua kuasa besar - untuk Maxis sebagai rangkaian gaming No.1 di Malaysia dan Team Secret, pasukan pro gaming terkenal di dunia. Ini adalah sesuatu yang penting kepada Maxis – kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini kerana ia melambangkan kekuatan kita dalam merealisasikan potensi dan keupayaan manusia dan teknologi dengan cara yang sangat unik," kata Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Maxis.

Dengan kerjasama ini, para pemain dan peminat di Malaysia boleh menikmati beberapa tawaran menarik daripada Maxis untuk pengalaman gaming eSukan yang terunggul pada rangkaian No.1 4G dan fiber, termasuk telefon pintar gaming yang terbaik dengan Maxis Zerolution, serta pembelian dalam permainan melalui Bil Pengendali bagi pelanggan Hotlink, Maxis dan ookyo.

"Dengan semangat kami untuk memperkembangkan komuniti eSukan, kami sangat teruja untuk mengetengahkan Malaysia sebagai pasaran pertama di Asia Tenggara. Negara ini mempunyai tenaga dan semangat yang sungguh luar biasa, dan ia juga mewakili salah satu komuniti peminat Team Secret yang terkuat di dunia. Kami melihat potensi yang hebat di pasaran Malaysia, kerana itulah kami telah membina sebuah pasukan PUBG Mobile yang sangat berbakat, di mana semua pemain pasukan ini berasal dari Malaysia. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Maxis dan kami berharap untuk membangunkan PUBG Mobile Team Secret bersama-sama, seterusnya berusaha mencapai matlamat untuk memupuk budaya positif iaitu kunci utama kejayaan dalam eSukan yang berasaskan pasukan," kata John Yao, Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret.

Melalui kolaborasi ini, Maxis dan Team Secret juga akan membangunkan penciptaan kandungan permainan eksklusif bersama PUBG Mobile Team Secret sepanjang tahun untuk memberi inspirasi dan menaiktaraf pemain Malaysia sehingga ke pentas dunia.

Untuk merasmikan kerjasama ini, Maxis dan Team Secret telah menganjurkan majlis pelancaran bersama di Battle Arena @ Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya hari ini. Semasa pelancaran itu, pasukan PUBG Mobile Team Secret mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan bersama peminat mereka, yang juga disiarkan di Facebook Live supaya seluruh negara dapat menonton perlawanan tersebut.

Team Secret berusaha untuk menyatukan pemain terbaik untuk bersaing di peringkat terbesar di dunia dan menawarkan pengalaman yang paling menghiburkan untuk peminat eSukan.

Pasukan PUBG Mobile Team Secret merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke Kejohanan Global Spring Terbuka (PMCO) 2019 di Berlin, Jerman. Ikuti perjalanan mereka untuk menjadi juara dunia dan layari laman Facebook Maxis dan laman Facebook Secret Team untuk maklumat lanjut.

 

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Gokhan Ogut

Bringing out the best in us

It’s been nearly three months since Malaysia stepped into a new realm of life and business, and as the entire nation works together hand in hand to flatten the Covid-19 curve, I applaud the Government’s efforts in ensuring the safety and wellbeing of the people. The announcement of all the Economic Stimulus Packages very early on to cushion the impact on the livelihoods of Malaysians, were timely in the hope of bringing much relief to the people. We remember especially those who have lost their lives – our thoughts and prayers are with their loved ones.

TELL ME MORE