Hotlink menawarkan peluang untuk memenangi telefon bimbit setiap hari

 

Hotlink memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan untuk memenangi telefon bimbit percuma apabila mereka log masuk ke aplikasi Hotlink RED setiap hari. Dengan kempen “Free Phones Every Day” yang akan berlangsung sehingga 31 Julai, pelanggan boleh menuntut mata ganjaran Hotlink Rewards percuma setiap hari dengan hanya log masuk ke aplikasi dan menggunakan mata ganjaran tersebut untuk menyertai tawaran “Free Phones Every Day”, yang akan memberikan mereka satu peluang untuk memenangi sebuah telefon Samsung S10+, Samsung A10, atau Samsung A30. 

 

“Telefon bimbit adalah salah satu keperluan hidup dan kita tidak pergi ke mana-mana pun tanpanya. Pada masa yang sama, kami di Maxis menyedari bahawa harga telefon bimbit semakin meningkat dan ini menyusahkah untuk sesetengah orang untuk membelinya. Hotlink ingin memberi tawaran menarik yang sangat bernilai setiap hari kepada pelanggan kami, oleh itu kami membuat promosi “Free Phones Every Day”. Ia memang semudah itu! Kami komited untuk memahami pelanggan secara peribadi – segala sukaan mereka, tawaran yang relevan kepada mereka dan sebagainya,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pelanggan.

Untuk mendapatkan peluang memenangi sebuah telefon bimbit percuma, pelanggan hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store, dan log masuk ke aplikasi tersebut.
  2. Buka aplikasi tersebut setiap hari dan menebus mata ganjaran Hotlink Rewards di laman Rewards. Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Shop dalam aplikasi.
  3. Selepas menuntut mata ganjaran percuma, masuk laman Deals and cari promosi “Free Phones Every Day” di bawah kategori “Hot Deals”. Klik tawaran tersebut dan pilih “Redeem With 5 Hotlink Rewards Points” bagi memuat turun satu peluang untuk memenangi sebuah telefon bimbit.
  4. Oleh kerana Hotlink memberi telefon bimbit percuma setiap hari semasa tempoh kempen ini, sila log masuk ke aplikasi setiap hari untuk menebus peluang anda!

Tawaran tersebut merupakan salah satu daripada promosi-promosi menarik yang boleh dinikmati di aplikasi Hotlink RED. Promosi-promosi menarik yang lain termasuk tawaran makanan dan minuman daripada jenama seperti Aunty Anne’s, Tealive, dan McDonald’s, dan juga diskaun untuk hotel di laman web pengembaraan seperti Expedia dan Traveloka, dan banyak lagi! Untuk senarai penuh jenama dan perniagaan dalam Hotlink Rewards, sila log masuk ke aplikasi Hotlink RED.


Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari www.hotlink.my/freephones. Tontoni video di sini.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis hosts its first fully virtual AGM as health and safety of all remain top priority

Maxis today reached a historic milestone when it hosted its 11th Annual General Meeting (AGM) in full virtual proceedings today for the first time, where the meeting was conducted via live streaming and online voting. Maxis thanks its shareholders for their positive reception as well as for their virtual attendance and participation. Shareholders approved all the ordinary resolutions proposed at the AGM. Maxis also records its appreciation to the Securities Commission for the Guidance and FAQs on the conduct of virtual general meetings.

TELL ME MORE