maxis

Maxis Meraikan Tahun Baru Cina Bersama Penghuni Dua Buah Rumah Warga Emas Di Seremban Dengan Sesi Dandanan

schedule 31 Jan 2019


Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, seramai 30 sukarelawan Maxis menuju ke Seremban untuk memberi keceriaan kepada penghuni-penghuni di dua buah rumah warga emas - Pusat Penjagaan Warga Usia Emas Tong Sim dan Pusat Jagaan Parameswary Old Folks Home and Mother Care.


Dengan kerjasama peniaga tempatan termasuk salon rambut, studio fotografi, kedai perabot dan peniaga serantau Maxis, para sukarelawan telah menggantikan pintu-pintu lama, panel kaca tingkap, meja makan dan kerusi, serta membersihkan rumah dan memasang hiasan-hiasan Tahun Baru Cina.

Selain pembersihan rumah itu, setiap penghuni turut diberi dandanan rambut yang diikuti dengan sesi penggambaran. Sebuah studio mini sementara telah dibina untuk sesi penggambaran itu dan warga emas tersebut juga dihadiahkan gambar potret mereka untuk mengingati peristiwa tersebut.

“Setiap tahun, Maxis menganjurkan acara amal perayaan untuk menyumbang kepada masyarakat dan membawa perubahan dalam kehidupan orang ramai. Untuk perayaan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba, kami gembira dapat memainkan peranan kecil dalam membawa keceriaan kepada lebih daripada 50 penduduk di kedua-dua rumah warga emas ini dan bersyukur kerana mereka sudi menerima bantuan kami,” kata Mazlan Bin Mokhtar, Ketua Wilayah Selatan Maxis.

Tambahan lagi, beberapa peniaga Maxis dari rantau tersebut turut menyertai aktiviti hari itu dengan menyumbang masa dan tenaga mereka untuk membantu penghuni-penghuni rumah warga emas.


Penjaga Pusat Penjagaan Warga Usia Emas Tong Sim, David Chong, berkata, “Saya terharu melihat senyuman penghuni-penghuni, terutamanya selepas sesi dandanan dan penggambaran! Para sukarelawan hari ini sangat bermurah hati untuk meluangkan masa bersama kami dan menolong membersihkan rumah. Kami berterima kasih kepada Maxis kerana datang ke rumah kami dan melakukan semua ini.”

Maxis turut menganjurkan 16 sesi permainan Dooit Live dari 4 hingga 19 Februari, yang memaparkan 11 soalan bertemakan Tahun Baru Cina berasaskan perkara-perkara yang diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Untuk mengambil bahagian dalam permainan ini dan mendapat jawapan kepada beberapa soalan yang akan dipaparkan, sila tonton ‘Maxis Presents: Clash of Clans’.

 

Categories

Community

Popular Posts

brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags