Nikmati 88GB PERCUMA Untuk Aplikasi YouTube Dengan Setiap Pembelian Daripada Jualan Tahun Baru Cina HotlinkMU

schedule 24 Jan 2019


Bermula hari ini sehingga 20 Februari, pelanggan Hotlink dapat menikmati 88 GB percuma untuk aplikasi YouTube, sepanjang hari, daripada Jualan CNY HotlinkMU. Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana tawaran jualan CNY HotlinkMU dalam aplikasi Hotlink RED untuk menikmati data berkelajuan tinggi percuma yang dikhaskan untuk aplikasi YouTube, dengan segera, pada bila-bila masa.

Data YouTube percuma ini adalah sebahagian daripada pelbagai tawaran yang pelanggan Hotlink sedang menikmati dengan HotlinkMU setiap hari. Dari streaming terunggul dan pas sosial, ke data Internet dan panggilan, pelanggan selalu menerima tawaran HotlinkMU baru setiap hari yang paling bersesuaian untuk keperluan mereka.

"Pada musim perayaan ini, pelanggan kami boleh stream dan muat turun video dalam HD sepuas hati dengan aplikasi YouTube, tanpa had waktu atau kelajuan. YouTube merupakan salah satu aplikasi streaming yang paling popular di Malaysia, menurut laporan pihak Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dari Kajian Pengguna Internet 2018, oleh itu kami fasih kegemaran rakyat Malaysia. Apatah lagi, Hotlink disahkan oleh YouTube Video Check Up sebagai Pengalaman Streaming YouTube No.1, jadi pelanggan boleh menikmati pengalaman penstriman video HD YouTube terunggul, bila-bila masa, di mana sahaja dengan rangkaian 4G No. 1 kami," kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Untuk membeli Tawaran Jualan CNY HotlinkMU, pelanggan hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED dari Google Play Store atau Apple Store
  2. Semak Tawaran Jualan CNY HotlinkMU di tab HOME & SHOP
  3. Sebaik sahaja pembelian pas berjaya, data YouTube PERCUMA 88GB akan diaktifkan secara automatik untuk mereka.
  4. Data YouTube PERCUMA 88GB mengikuti tempoh sah pas.


Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan HotlinkMU CNY sila layari:
https://www.hotlink.com.my/en/rewards/hotlinkmu.html atau layari www.hotlink.com.my

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Gamuda Land and Maxis Collaborate for Nation’s First Maxis-delivered 5G Township towards a Smart Sustainable City

Paving the way to future-proof its townships, renowned developer Gamuda Land and Maxis, Malaysia’s leading converged communications and digital services company, have formed a strategic partnership to appoint Maxis as the preferred connectivity and solutions provider to create Malaysia’s first Maxis-delivered 5G township for Gamuda Cove, Gamuda Land’s latest township development, when 5G is eventually launched in the country.

Enterprise
access_time 12 May 2018
Archives
Tags