Maxis Dan Huawei Tandatangani MoU Program Pemecutan 5G


[Barcelona, Feb 25, 2019] Maxis, syarikat perkhidmatan komunikasi dan digital menyeluruh yang terkemuka di Malaysia dan Huawei menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semasa majlis Mobile World Congress 2019. Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mempercepatkan 5G di Malaysia. MoU ini bertujuan untuk bekerjasama dalam percubaan 5G yang lengkap dengan sistem dan perkhidmatan hujung-ke-hujung.

Menandatangani bagi pihak Maxis ialah Gokhan Ogut, bakal Ketua Pegawai Eksekutif dan Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi. Sementara itu, Huawei diwakili oleh Pengerusi Rotasi, Guo Ping, Presiden Rantau Pasifik Selatan, Jeffery Liu dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Michael Yuan.

Maxis dan Huawei menandatangani MoU untuk bekerjasama dalam percubaan 5G yang lengkap dengan sistem dan perkhidmatan hujung-ke-hujung. untuk mempercepatkan 5G di Malaysia.


Gokhan Ogut berkata: “Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G, dan memberi tumpuan kepada percubaan, pelaburan serta pembangunan infrastruktur rangkaian kami untuk bersiap sedia bagi masa depan di mana penyelesaian pintar akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Kami gembira bekerjasama dengan Huawei, pemimpin teknologi bertaraf dunia dan rakan kongsi jangka panjang untuk percubaan 5G kami, dan menjadi perintis dalam membawa teknologi terkini ke Malaysia sekali lagi. Di Maxis, kami terus menerajui rangkaian dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi di Malaysia, dan kami berharap dapat memberikan inovasi 5G terbaik untuk pengguna dan perniagaan untuk masa depan.”

Michael Yuan berkata: “Kami berterima kasih kepada Maxis atas kepercayaan dan sokongan sejak dari dulu lagi. Perkembangan 5G memerlukan koperasi dari semua rakan kongsi, dan kita perlu bekerjasamaa untuk membawa innovasi terkini. Kami sangat gembira menandatangani MoU ini dengan Maxis, yang menunjukkan komitmen kedua-dua syarikat untuk masa depan 5G di Malaysia. Sebagai penyedia infrastruktur ICT yang terkemuka di dunia, Huawei komited untuk membantu Maxis mengembangkan sempadan perniagaan serta mencari jalan untuk pertumbuhan baru dengan produk-produk 5G yang lengkap dan mudah. Kami telah menandatangani lebih daripada 30 kontrak komersial setakat ini dan menghantar lebih 40,000 stesen pangkalan 5G ke seluruh Eropah, Asia dan Timur Tengah.”

MWC 2019 akan berlangsung dari 25 hingga 28 Februari di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai 1H50 dalam Dewan Fira Gran Via 1, gerai 3I30 dalam Dewan 3, zon Innovation City dalam Dewan 4, serta gerai 7C21 dan 7C31 dalam Dewan 7. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.huawei.com/mwc2019/

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Gokhan Ogut

Bringing out the best in us

It’s been nearly three months since Malaysia stepped into a new realm of life and business, and as the entire nation works together hand in hand to flatten the Covid-19 curve, I applaud the Government’s efforts in ensuring the safety and wellbeing of the people. The announcement of all the Economic Stimulus Packages very early on to cushion the impact on the livelihoods of Malaysians, were timely in the hope of bringing much relief to the people. We remember especially those who have lost their lives – our thoughts and prayers are with their loved ones.

TELL ME MORE