Bersiap Sedia Untuk Pertumbuhan Masa Depan, Maxis Mengumumkan Strategi Baru

schedule 15 Feb 2019


Maxis Berhad (Maxis) hari ini mengumumkan keputusan kewangan tahun 2018, mencatatkan prestasi stabil dengan EBITDA yang sihat. Walaupun menghadapi keadaan pasaran yang mencabar, tahun ini Maxis menunjukkan pertumbuhan yang terus kukuh disamping menerajui pascabayar, prestasi prabayar yang terus stabil dan pertumbuhan fiber. Keuntungan Selepas Cukai dipengaruhi oleh kos satu-kali pada suku keempat, yang berkaitan dengan pelancaran strategi baru untuk menjadi syarikat komunikasi dan perkhidmatan menyeluruh dalam pasaran tetap dan mudah alih.

Strategi baru untuk pertumbuhan masa hadapan
Maxis membuat perubahan signifikan kepada strateginya, membina asas untuk menjadi pemain menyeluruh yang kuat di Malaysia. Syarikat telah mula memperluaskan perniagaannya untuk mendapat peluang-peluang penyelesaian Perusahaan dan perkhidmatan menyeluruh di semua segmen, bagi menetapkan halatuju perkembangan dalam tempoh lima tahun akan datang. Maxis mengumumkan perbelanjaan modal tambahan RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyokong strategi baru ini dan sasaran pendapatan perkhidmatan dalaman melebihi RM10 bilion jangka 5-tahun menjelang tahun 2023.


Sorotan kewangan Tahun-ke-tahun 2018 vs 2017

  • Terus bertumbuh dan memimpin pasaran dalam pascabayar, dengan pendapatan yang meningkat sebanyak 5.1% kepada RM4,072 juta daripada RM3,873 juta:
    -282,000 pelanggan baru ditambah tahun ini, membawa jumlah pelanggan kami melebihi 3.1 juta
    - Pertumbuhan dipacu oleh permintaan yang kuat untuk peranti menarik dan inovatif, serta proposisi perkongsian talian dengan nilai-bertambah yang tinggi
    - Hotlink Postpaid Flex menunjukkan pertumbuhan yang mantap dan dengan MaxisONE Share kami, telah menarik ramai pelanggan pasca bayar dan menggalakkan pemindahan pelanggan prabayar ke sektor pascabayar
  • Pendapatan perkhidmatan menurun sebanyak 2.5% kepada RM8,068 juta daripada RM8,271 juta. Walau bagaimanapun, ia adalah penamat yang kukuh untuk tahun ini disebabkan oleh pertumbuhan pascabayar dan fiber yang menahan impak pendapatan prabayar lebih rendah.
  • Pendapatan prabayar menurun sebanyak 11.4% kepada RM3,399 juta daripada RM3,838 juta, disebabkan oleh konsolidasi SIM dan pemindahan ke pascabayar. Akibat strategi-strategi yang bijak dilaksanakan serta penawaran peribadi, pendapatan prabayar kekal stabil.
  • Tawaran prabayar Hotlink RED menunjukkan sambutan positif dengan pertumbuhan dalam Internet Mudah Alih, yang kini adalah 57.1% daripada pendapatan prabayar, menyumbang kepada ARPU prabayar yang tinggi dan stabil sebanyak RM42 sebulan.
  •  Dengan perkenalan pelan yang menarik dan harga berpatutan, pendapatan fiber telah meningkat sebanyak 17% kepada RM359 juta daripada RM306 juta dan asas kami meningkat sebanyak 33% dan mencapai seramai 249,000 lebih pelanggan rumah dan perusahaan. Pelan-pelan baru yang berharga berpatutan ini telah memperkuatkan lagi proposisi menyeluruh dalam menyediakan penyelesaian sambungan menyeluruh untuk pelanggan.
  • Margin EBITDA yang dinormalkan pada pendapatan perkhidmatan kekal stabil pada 47.6%, didorong oleh fokus kepada segmen yang menguntungkan dan inisiatif pengoptimuman kos.
  • EBITDA dinormalkan turun 8.4% ke RM3,843 juta daripada RM4,195 juta, terutamanya sebab kos satu-kali pada suku keempat, yang berkaitan dengan mobilisasi strategi baru, termasuk pemindahan asas fiber yang sedia ada kepada pelan-pelan baru.
  • Akibat daripada kos satu-kali, PAT yang dinormalkan menurun sebanyak 14.7% kepada RM1,768 juta daripada RM2,073 juta, sejajar dengan penurunan EBITDA.
  • Mengisytiharkan dividen interim keempat 5 sen bersih sesaham. Ini membawa dividen penuh untuk tahun ini ke 20 sen sesaham.

    Rumusan Tahun-ke-tahun:
  Tahun kewangan 2018 (RM’m)
Tahun kewangan 2017 (RM’m)
Tahun-ke-tahun (%)
Pendapatan perkhidmatan 8,068
8,271
(2.5)
EBITDA dinormalkan
3,843 4,195
(8.4)
PAT dinormalkan
1,768 2,073 (14.7)


Inisiatif yang dilaksanakan pada suku keempat:

  • Pelancaran tawaran menyeluruh untuk pengguna: MaxisONE Prime – membolehkan pengguna keluarga menggabung mana-mana Pelan MaxisONE, bermula dari RM98 sebulan, dan mana-mana pelan fiber kediaman pilihan mereka, bermula daripada hanya RM89 sebulan.

  • Memperkenalkan Hotlink Postpaid Flex Plus - menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan berpindah ke pascabayar dan memiliki pelbagai peranti baru serendah RM1, serta menikmati Internet berkelajuan tinggi 10GB dengan panggilan tidak terhad kepada semua rangkaian.

  • Melancarkan Hotlink Rewards - memberi pelanggan prabayar akses kepada tawaran-tawaran dan diskaun mengujakan apabila mereka log masuk ke aplikasi Hotlink RED untuk memperolehi mata.

  • Zerolution360 - pelan pemilikan peranti inovatif kami yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor pascabayar.

  • Perjanjian perkhidmatan ditandatangani dengan Gamuda Land - melabur bersama dengan pemaju harta tanah, membawa tawaran menyeluruh kepada residen-residen melalui pelan fiber kediaman MaxisONE yang disesuaikan dengan penawaran tetap dan liputan mudah alih yang lebih unggul.

  • Perjanjian ditandatangani dengan Sacofa - untuk mendapat akses penuh kepada Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sacofa di Sarawak, bagi menyediakan jalur lebar gentian untuk lebih ramai para pengguna dan perniagaan di Sarawak, sebagai satu-satunya pencari akses di pasaran.

  • Pengambilan pelan Fiber Perniagaan yang kukuh - pendaftaran naik sebanyak enam kali selepas kempen Fibernation

    Komen dari Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:
    “Kami telah mengakhiri tahun 2018 dengan mengekalkan prestasi operasi teras yang kuat. Kami mengukuhkan kedudukan kompetitif kami di pasaran dengan beberapa langkah signifikan - kami menerajui pasaran dengan pelan fiber kediaman dan perniagaan yang baru dan harga berpatutan, dan kami telah meraih tempat sebagai penggerak pertama melalui kempen Fibrenation kami. Kini, kami adalah satu-satunya pengendali di Malaysia yang mampu menawarkan gabungan sepenuhnya untuk teknologi tetap dan mudah alih bagi para pengguna dan perusahaan. Kos satu-kali pada suku keempat adalah pelaburan yang diperlukan untuk kepentingan pelanggan serta strategi pertumbuhan jangka panjang kami. Secara keseluruhan, kami gembira dengan keputusan kami dan kemajuan besar yang telah kami capai pada tahun ini.”

    Komen dari Gökhan Ogut, Ketua Pegawai Operasi, Maxis Berhad:
    “Kami tahu bahawa cabaran akan berterusan kerana persaingan kekal sengit dan kami bertindak balas dengan baik terhadap perubahan pasaran pesat serta tabiat pelanggan. Kami hendak kekal menerajui pasaran, bersaing dalam perniagaan mudah alih teras secara efektif dan memperluaskan penawaran menyeluruh serta segmen Perusahaan. Rangkaian 4G LTE kami kekal menjadi asas pertumbuhan, di mana kami mengukuhkan kepimpinan kami di antara semua rangkaian di Malaysia dari segi kelajuan, prestasi dan pengalaman, seperti yang dibuktikan oleh Laporan Prestasi Rangkaian 2018 MCMC yang baharu ini. Sementara itu, kami akan memanfaatkan keupayaan digital kami yang telah diasaskan sejak tiga tahun yang lalu, untuk memberi pengalaman peribadi yang tidak ditandingi kepada semua pelanggan kami.”

    Untuk menonton siaran video kewangan tahun 2018 Maxis, sila layari https://youtu.be/RKf465Fhx3s

Categories

Corporate

Popular Posts

brochures Paul McManus, Head of Enterprise, Maxis

Software-defined networking isn’t new but has gained traction lately. Here’s why.

Enterprise
access_time 12 May 2018
brochures Maxis forges ahead in 5G race with landmark network agreement with Huawei

In a significant step towards superior connectivity for Malaysia, Maxis and Huawei Technologies Malaysia (Huawei) today signed an agreement for the provisioning of 5G network in the country. The signing ceremony was witnessed by Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia at Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Network
access_time 12 May 2018
Archives
Tags