Maxis bekerjasama dengan Allo untuk meningkatkan liputan fiber di Malaysia

  • Maxis menandatangani perjanjian bersama Allo untuk mendapatkan akses sepenuhnya bagi Perkhidmatan Rangkaian HSBB
  • Perkongsian akan membolehkan Maxis untuk memperluaskan tawaran jalur gentiannya ke lebih banyak kediaman dan perniagaan di Cyberjaya, Bangsar South dan Jasin
  • Perkongsian selari dengan cita-cita NFCP kerajaan dan merupakan langkah penting untuk Maxis menjadi syarikat penyelesaian terkemuka di Malaysia

Maxis dan Allo Technology Sdn. Bhd (Allo), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan bekerjasama untuk menyediakan akses yang lebih besar kepada sambungan fiber untuk lebih ramai penduduk dan perniagaan di Cyberjaya, Bangsar South di Lembah Klang dan Jasin di Melaka. Maxis dan Allo hari ini menandatangani Perjanjian Akses bagi penyediaan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Menandatangani bagi pihak Maxis adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut, manakala Allo diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, En Rodzi Ahmad. Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda; Pengerusi TNB, Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Leo Moggie; dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, YBhg Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, turut hadir untuk menyaksikan penandatanganan dan pertukaran perjanjian tersebut.

Perjanjian dengan Allo adalah Perjanjian Akses HSBB keempat yang telah ditandatangani Maxis selepas TM, SACOFA dan CT Sabah.

Kandungan perkongsian ini

Di bawah perjanjian ini, Maxis akan memanfaatkan Perkhidmatan Rangkaian HSBB Allo yang membolehkan Maxis mengembangkan lagi jejak fibernya di Semenanjung Malaysia, dan memberi penawaran yang berbeza beserta perkhidmatan fiber untuk kediaman dan perniagaan di lokasi-lokasi ini. Allo akan menyediakan landasan asas bagi infrastruktur akses sehingga ke premis pelanggan, sementara Maxis akan menguruskan bahagian peruncitan dan perkhidmatan. Perjanjian ini  memperkukuhkan komitmen Maxis terhadap Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:

“Kami telah memperluaskan jejak perkhidmatan tetap dengan agresif sebagai platform untuk terus melancarkan penawaran dan penyelasaian baru kami. Dengan kerjasama ini, kami mengambil satu lagi langkah penting dalam menyampaikan penyelesaian konvergen kami yang disokong oleh pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi, kepada lebih banyak kediaman dan perniagaan di Malaysia. Kami mempunyai cita-cita yang jelas untuk menjadi syarikat penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, dan perkongsian ini memperkuatkan cita-cita tersebut. Kami akan terus memainkan peranan penting dalam memacu penggunaan jalur lebar yang lebih tinggi di Malaysia.”

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd:

“Selepas Perjanjian Akses ini ditandatangani, Maxis menjadi Penyedia Perkhidmatan Retail (RSP) TNB yang pertama untuk sambungan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi diseluruh Semenanjung Malaysia. Saya berasa gembira melalui kerjasama dengan Maxis ini yang menguntungkan semua pihak. Maxis telah memberikan komitmen mereka untuk menandatangani perjanjian balas yang menyaksikan ALLO, sebuah syarikat subsidiari milik penuh TNB, berupaya untuk menggunakan infrastruktur rangkaian milik Maxis untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Sepanjang 70 tahun kewujudan TNB, kami sentiasa berusaha untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih sejahtera. Maka, menerusi inisiatif NFCP kami, melalui ALLO, kami merancang untuk mengembangkan RSP kami ke seluruh pelosok Semenanjung Malaysia. Dengan demikian, kami akan mendapatkan sokongan beberapa kerajaan negeri dan kami telah pun bermula dengan negeri Melaka.”

Cerita jalur lebar Maxis

Ogos 2018 merupakan masa yang cukup bermakna untuk Maxis sebagai syarikat yang pertama menawarkan perkhidmatan fiber yang berpatutan dengan kempen Fibrenation. Penawaran pelan jalur lebar paling murah dan berpatutan sehingga 65% lebih murah daripada apa yang ditawarkan sebelum ini, telah membuka era baru jalur lebar fiber yang boleh diakses oleh lebih banyak kediaman dan perniagaan Malaysia. Maxis menerima sambutan yang memberangsangkan dan momentum mantap ini berterusan sehingga hari ini. Berikutan itu, Maxis telah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan pada bulan April lalu dengan tiga kelajuan Internet superfast baru – 300Mbps, 500 Mbps dan 800 Mbps – tersedia untuk para pengguna dan perniagaan.

Pada Disember 2018, Maxis telah menandatangani surat Persefahaman dengan SACOFA untuk Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Sarawak. Sejak itu, Maxis dan SACOFA telah menandatangani perjanjian akses dan Maxis telah melancarkan perkhidmatan fibernya yang sedia ada kepada lebih ramai penduduk di Sarawak. Perjanjian Maxis dengan CT Sabah pada bulan Oktober tahun ini merupakan Perjanjian Akses HSBB ketiga yang ditandatangani selepas TM dan SACOFA. Dengan perjanjian keempat dan terkini dengan Allo, beserta fiber Maxis sendiri, Maxis adalah pengendali dengan akses yang paling luas di negara melebihi 3.7 juta premis.

Untuk maklumat lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis, sila lawati www.maxis.com.my/fibrenation

Cerita Allo

ALLO, anak syarikat milik penuh TNB telah berjaya melaksanakan projek rintis untuk Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Jasin, Melaka yang menghubungkan 1,100 rumah dengan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Projek rintis ini juga mempamerkan konsep akses terbuka di mana pelanggan akan mempunyai lebih banyak pilihan mengenai produk jalur lebar dari pelbagai pembekal perkhidmatan runcit (RSP), selain mendapat manfaat daripada harga yang lebih kompetitif. ALLO dalam proses memperluaskan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi mereka dengan kawasan lain yang dirancang di Semenanjung Malaysia yang akan meliputi lebih daripada 135,000 buah rumah. Ini berpotensi meningkatkan bilangan pelanggan yang disambungkan dan dengan itu akan mempercepatkan penembusan jalur lebar di seluruh negara.

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE