maxis

100 startup membentangkan idea di Maxis Market Access Day demi peluang seumur hidup

schedule 10 Dec 2019
  • Market Access Day menyediakan platform bagi peluang perhubungan dan perniagaan bersama startup dan korporat
  • Peserta dipilih antara enam sektor – Big Data & Analytics, FinTech, PropTech, E-Dagang & Runcit, Internet of Things dan Solusi Perusahaan
  • Maxis komited untuk memupuk inovasi dan memperceptkan transformasi digital dengan menghubungkan perniagaan untuk perkongsian strategik

Peserta diberi hanya lima minit untuk menjual dan membentangkan idea inovatif bisnes mereka, demi sebuah peluang seumur hidup. 100 startup telah menyertai Maxis Market Access Day, sesi pitching terbesar negara, dengan mempamerkan dan menyampaikan idea mereka kepada kira-kira 70 syarikat terkemuka Malaysia, kapitalis teroka dan pelabur di APW Bangsar hari ini. Ahli korporat yang hadir termasuk Air Asia, EY, Golden Gate Ventures dan Astro.

“Kami mempunyai matlamat yang tegar untuk Maxis Market Access Day, iatu untuk menghubungkan perniagaan yang ingin berkembang dan menerajui industri. Kami amat gembira dengan sambutan yang telah diperoleh, menunjukkan pemikiran bersama dalam mempercepatkan transformasi inovasi dan digital bersama-sama. Ini adalah platform yang membawa para innovator dalam teknologi yang semakin meluas dalam kehidupan kita – dari Big Data & Analytics, FinTech ke PropTech, e-Dagang dan Runcit dan Internet of Things. Kami berharap, hari ini mencetuskan perbualan baru dan perngkongsian masa demi untuk membentuk sesuatu yang hebat,” kata Rob Sewell, Ketua Pegawai Digital dan Transformasi, Maxis.

Maxis Market Access Day telah menyediakan platform bagi startup teknologi gangguan yang berminat untuk memasuki pasaran Malaysia dengan kroporat dengan harapan peluang perniagaan dan perhubungan. Antara 100 yang hadir termasuk startup Pre-Series A, RED ANGPOW, TIDE, BORONG dan Giftee. Mereka juga berpeluang untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka dalam pameran yang terbuka kepada orang ramai sepanjang acara hari ini.

 “Kami kagum dengan kebolehan Maxis untuk menarik ekosistem startup di bawah satu bumbung. Kami berharap lebih banyak kerjasama industri antara Dropee, rakan startup dan ahli korporat dapat didorang dengan acara sebigini. Kami juga berharap dengan inisiatif ini, pelabur akan dapat membantu dan merealisasikan impian kami untuk menggerakkan perdagangan B2B global,” kata Alia Alsagoff, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Pasaran, Dropee.

 “Acara ini menarik kerana mempamerkan banyak alternative digital untuk memodenkan produk dan perkhidmatan tradisional kami. Kami berharap startup akan dapat mewujudkan lebih banyak perkongsian untuk membuka pasaran baru, serta meningkatkan kesedaran korporat untuk kea rah digitalisasi,” kata Athirah Arshad dari Lapasar.com.

Maxis Market Access Day adalah perkongsian dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Malaysia Business Angel Network (MBAN) dan Startupmamak. Sesi latihan pitch eksklusif juga ditawarkan kepada startup yang telah disenarai pendek oleh Startupmamak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/events/maxis-market-access-day/.

Categories

Innovation

Popular Posts

brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags