Kesediaan 5G Maxis berjalan lancar dengan Rangkaian A.I.

schedule 13 Aug 2019


Menuju ke arah kesalinghubungan masa depan, Maxis telah membina rangkaian yang canggih dan pintar, yang digelar Rangkaian A.I., yang bersedia untuk menyokong kelajuan, daya tahan dan tuntutan latensi 5G. Dibangunkan dengan keupayaan Maxis sendiri, Rangkaian A.I. dibina di atas infrastruktur bersedia 5G dengan jejakan optik fiber terluas kepada stesen pangkalan mudah alih di seluruh negara. 

Dibentuk dengan seni bina rangkaian Next-Gen IP serta perisian rangkaian teknologi terkini, Rangkaian A.I. Maxis mengoptimumkan trafik data di sepanjang laluan yang paling efisien dan juga memperbaiki diri sendiri dengan jangkaan dan alihan trafik di sekitar kawasan yang berpotensi mempunyai masalah. Ini memastikan bahawa pengalaman Internet menjadi lebih lancar dan bebas lag, serta Sentiasa Terhubung untuk aplikasi-aplikasi perniagaan yang kritikal.


“Pada persimpangan yang amat mengujakan untuk Malaysia ini, di mana permintaan perkhidmatan, kandungan dan kesalinghubungan digital berada pada tahap yang belum pernah dilihat sebelum ini, kami sekali lagi berada di hadapan untuk memastikan bahawa kami telah bersedia untuk masa depan. Rangkaian yang berdaya tahan, tangkas, serta sedia berskala adalah amat penting untuk penyelesaian perusahaankami yang semakin berkembang, yang memenuhi keperluan kritikal pelanggan kami. Oleh kerana 5G dan fiber dijangka menjadi tumpuan gaya hidup digital yang giat berkembang, rangkaian yang pintar akan bekerja keras untuk kami supaya kami dapat berfokus kepada menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik. Rangkaian A.I. yang kami bina sendiri juga membuktikan fokus kami dalam membina keupayaan sendiri dan menggalakkan bakat-bakat kami untuk memainkan peranan dalam perjalanan yang menarik ini,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi di Maxis.

Berikut adalah contoh-contoh bagaimana Rangkaian A.I. Maxis telah pun berfungsi dengan lebih pintar:

  • Pengurusan trafik rangkaian yang pintar: Untuk berada di hadapan permintaan pelanggan untuk kandungan yang lebih kaya, rangkaian mudah alih dan fiber Maxis kini merupakan rangkaian Next-Gen IP superhighway yang bersepadu dan berkembang, dengan sistem kawalan trafik yang boleh menjangkakan peningkatan penggunaan (sama ada pada musim perayaan atau bola sepak) dan membuka lebih jalur lebar untuk bersiap sedia. Ini dicapai melalui keupayaan alihan data automatik pada rangkaian yang dibina dengan pelbagai laluan alternatif.  Kecerdasan rangkaian kini juga diedarkan pada titik-titik sambungan yang semakin meningkat di seluruh rangkaian, dan rangkaian Next-Gen IP serta perisian rangkaian teknologi memastikan latensi rangkaian terendah dan kesediaan optimum infratruktur 5G.
  • Sokongan untuk NB-IoT: Mengikuti kejayaan pelancaran perkhidmatan NB-IoT komersil yang pertama di Malaysia, rangkaian A.I. tersebut akan memberi sokongan yang kukuh untuk teknologi Kawasan Luas Kuasa Rendah (LPWA) yang dibina dengan keupayaan bagai 5G dan direka untuk penggunaan perindustrian berskala besar untuk pihak perusahaan dan kerajaan.
  • Penyelesaian panggilan pertama yang lebih cepat: Untuk menampung permintaan pengalaman Internet yang unggul, Rangkaian A.I. tersebut mampu menyediakan analisis yang lebih tepat sekiranya berlaku gangguan rangkaian untuk pelanggan-pelanggan individu, supaya dapat mencapai penyelesaian panggilan pertama yang lebih baik.
  • Kesinambungan perniagaan: Sistem pemberitahuan rangkaian A.I. yang proaktif dapat memberi amaran kepada pelanggan Perusahaan mengenai kemas kini prestasi dalam tempoh lima minit, bagi membolehkan perancangan kontinjensi perniagaan dengan lebih awal.
  • Menangani keperluan perniagaan yang kritikal: Melalui aplikasi dashboard kesihatan rangkaian, rangkaian A.I. dapat membantu pengurus perkhidmatan Maxis bekerja secara on-the-go untuk menangani masalah dan mengenal pasti penyelesaian untuk pelanggan Perusahaan.
  • Penyelenggaraan proaktif: Dalam sebahagian masa yang diperlukan oleh seorang manusia untuk bertindak secara manual, Projek SkyEye Maxis menggunakan dron gred industry yang berprestasi tinggi untuk menangkap imejan HD 360-darjah menara rangkaian kami. Rakaman ini kemudian disampaikan semula ke pelayan kami untuk pengimbasan diagnostik berkelajuan tinggi oleh A.I. Maxis, yang telah dilatih untuk pengesanan dan ramalan masalah struktur yang tepat dan cekap, serta mampu mencadangkan langkah penyelenggaraan proaktif yang sesuai.

Untuk melihat bagaimana rangkaian A.I. Maxis yang canggih menyesuaikan dirinya secara intuitif bagi semua jenis situasi, sila tontoni video di https://youtu.be/fqH3oueLocA

Untuk maklumat lanjut mengenai rankaian A.I. Maxis, sila layari https://www.maxis.com.my/about-maxis/maxis-network/ms/

Jurutera Maxis Network membuat demonstrasi penerbangan dron SkyEye. SkyEye adalah satu bahagian di dalam usaha Maxis Network untuk memperluaskan aplikasi pembelajaran mesin di dalam operasi harian, seperti penyelenggaraan pencegahan infrastruktur rangkaian.

Categories

Network

Popular Posts

Archives
Tags