maxis

Maxis IoT Challenge memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang inovatif dan berpandangan jauh

schedule 21 Aug 2019


Mengikuti jelajah-jelajah dan kerja gigih oleh bakat yang inovatif dan kreatif dari seluruh Malaysia sepanjang beberapa bulan lepas, seramai 20 orang finalis telah membentangkan prototaip mereka kepada panel hakim industri dalam acara Maxis IoT Challenge Pitch Day hari ini. Tiga kumpulan pemenang akan menerima hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM15,000, RM10,000 dan RM5,000, serta sokongan mentor bagi idea yang berpotensi.

Turut hadir di acara tersebut di Kuala Lumpur ialah YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut.

“Sebagai sebuah negara, kita perlu menyedari potensi besar teknologi IoT sambil menuju ke arah aspirasi kami bagi menempatkan Malaysia sebagai sebuah hab pembangunan IoT terulung di perantauan. Penggunaan teknologi seperti IoT adalah amat kritikal untuk sektor pertanian, iaitu dalam subsektor makanan dan industri komoditi pertanian yang terus menjadi penting kepada negara. Kami bernasib baik bahawa dalam era Internet ini dan dengan kekukuhan teknologi seperti IoT, kami berpeluang mengubah dan memodenkan sektor pertanian untuk menjadi sektor berpendapatan tinggi dan mapan. Saya dengan sukacita melihat Maxis mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan meluaskan lagi peluang untuk penerimaan IoT untuk semua perniagaan di negara Malaysia, dan untuk mengambil langkah yang penting dalam memperjuangkan inisiatif Industri 4.0 di negara ini,” kata YB Sim.

“Maxis IoT Challenge Pitch Day meraikan kreativiti dan inovasi, dan hari ini menandakan kemuncak semua kerja gigih oleh semua peserta. Bagi kami, ia adalah menarik untuk membuka potensi para  peserta serta potensi teknologi. Di Maxis, kami tetap komited untuk melonjakkan manfaat penerimaan IoT melalui inisiatif-inisiatif sebegini dan perkongsian yang mantap. Tahniah kepada semua finalis yang telah sampai tahap ini, dan kepada pemenang-pemenang IoT Challenge yang mana idea-idea inovatif mereka pada hari ini akan mencetuskan perubahan positif dan mengimpak komuniti-komuniti di Malaysia pada masa hadapan,” kata Gokhan Ogut.

Pemenang-pemenang Maxis IoT Challenge adalah:

  • Pemenang hadiah utama – Momoku
  • Kategori: Pertanian Pintar - Impak hasil dengan pertanian ketepatan
  • Penerangan: Penyelesaian pertanian pintar untuk memantau dan membolehkan persekitaran yang paling optimum untuk pertumbuhan tanaman cendawan.
  • Hadiah: RM15,000 & keahlian percuma selama 6 bulan di Co-labs, tempat kongsi ruang kerja 
  • Hadiah kedua – Vectolabs Technologies
  • Kategori:  Bandar Pintar - Pemantauan dan pengurusan trafik
  • Penerangan: Pengesanan pengguna jalan pintar untuk mengesan penunggang basikal dan motosikal untuk jalan yang lebih selamat, dan menghubungkannya dengan lampu jalan pintar untuk meningkatkan keselamatan jalan raya apabila pengguna hadir.
  • Hadiah: RM10,000 & keahlian percuma selama 3 bulan di Co-labs, tempat kongsi ruang kerja
  • Hadiah ketiga – DiTack
  • Kategori:  Pertanian Pintar - Impak hasil dengan pertanian ketepatan
  • Penerangan: Penyelesaian pertanian pintar untuk mengesan dan mengelakkan pertumbuhan rumpai yang merupakan ancaman kepada pertanian padi
  • Hadiah: RM5,000 & keahlian percuma selama 3 bulan di Co-labs, tempat kongsi ruang kerja
  • Best showcase booth – ξION
  • Kategori:  Perkilangan Pintar - Penyelenggaraan ramalan dan pemantauan keadaan
  • Penerangan: Penyelesaian perkilangan pintar untuk mengesan masalah mesin dan membolehkan penyelenggaraan ramalan
  • Hadiah: Powerbank edisi terhad

Acara sepanjang hari itu terdiri daripada sesi panel bertajuk ‘Mengimpak Industri dengan IoT’, di mana YB Sim telah mengambil bahagian, serta dua sesi ceramah teknologi tentang bandar pintar dan inovasi melalui IoT. Terdapat juga pameran-pameran penyelesaian IoT yang menarik oleh para peserta finalis, Maxis dan rakan-rakan kongsi penyelesaian, yang memaparkan kes-kes penggunaan di sekitar kategori Bandar Pintar, Pengilangan Pintar serta Pertanian Pintar.

Acara Maxis IoT Challenge adalah antara inisiatif perkongsian Maxis dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi menggalakkan pembangunan ekosistem penyelesaian IoT di kalangan syarikat-syarikat untuk memacu ekonomi digital Malaysia. Ia merupakan inisiatif yang pertama bersama yang Maxis memulakan untuk memupuk inovasi untuk semua rakyat Malaysia.

Pada acara tersebut, setiap finalis yang telah disenarai pendek pada bulan Julai diberi lima minit untuk membentangkan idea dan prototaip mereka kepada panel hakim industri dari Maxis, MDEC, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Microsoft, Cisco Systems dan IJM Corporation Berhad.

Categories

Enterprise

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags