Matlamat konvergens Maxis meraih momentum kukuh dalam mudah-alih, fiber dan penyelesaian perniagaan suku kedua 2019 ini

schedule 02 Aug 2019



Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan prestasi mantap yang didorong oleh perniagaan mudah-alih teras yang berdaya tahan, dengan strategi konvergensnya bergerak lancar dan meraih momentum yang baik ke arah pertumbuhan fasa seterusnya. Bagi suku yang berakhir 30 Jun 2019, Syarikat melaporkan keuntungan selepas cukai yang sihat di sokong EBITDA dan margin EBITDA yang kukuh, dan berada pada landasan yang baik untuk mencapai panduan untuk tahun ini. 

Prestasi berdaya tahan dalam perniagaan terasnya mencerminkan fokus tanpa henti Maxis dalam menyampaikan pengalaman rangkaian dan pelanggan yang unggul untuk memacu pertumbuhan dan penglibatan pelanggan. Suku ini menyaksikan pertumbuhan yang konsisten dalam pelanggan pascabayar dan fiber, serta penstabilan berterusan dalam segmen prabayar. Pertumbuhan didorong terutamanya oleh permintaan yang kukuh untuk proposisi sambungan berkongsi yang menarik, serta rancangan pemilikan peranti inovatif  dari Maxis.

Sorotan kewangan suku-ke-suku – Suku Kedua 2019 vs Suku Pertama 2019

  • Disokong oleh prestasi teras berdaya tahan (tidak termasuk hasil jualan borong) pendapatan perkhidmatan naik 0.6% kepada RM1,887 juta daripada RM1,876 juta. Manakala hasil perkhidmatan secara keseluruhan termasuk borong, berjumlah RM1,918 juta, 1.5% sedikit rendah daripada RM1,947 juta dalam suku pertama.
  • Pascabayar terus memimpin pasaran, mencatatkan pertumbuhan konsisten dalam pelanggan dengan ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM91. Tawaran Hotlink Postpaid Flex dan MaxisONE kami terus menarik minat pelanggan pasca bayar yang baru bermula, serta mereka yang berpindah dari prabayar ke pasca bayar. Ini menyumbang kepada pertumbuhan pelanggan yang meningkat sebanyak 96k, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 3,104k. Dengan jumlah asas yang lebih besar, penggunaan aplikasi MyMaxis yang kukuh pada 43% dan penggunaan data bulanan 13.3GB, pendapatan pasca bayar, termasuk borong, kekal stabil pada RM972 juta, sedikit menurun daripada RM1,000 juta pada suku pertama 2019.
  • Prabayar terus menstabil dengan ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM41 dan pertumbuhan data yang kukuh. Pelanggan prabayar merosot sedikit kepada 6,417k suku ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh penyatuan SIM dan penghijrahan berterusan dari prabayar ke pasca bayar. Walau bagaimanapun, pek Prabayar Hotlink Red terus menunjukkan daya tarikan positif, menarik pengguna internet mudah alih yang tinggi. ARPU bulanan yang tinggi, penggunaan aplikasi Hotlink RED yang kukuh sebanyak 59% dan penggunaan data 13.7GB, membantu mengekalkan pendapatan pada tahap yang sama pada RM791 juta, sedikit menurun daripada RM797 juta pada suku pertama 2019.
  • Satu lagi suku dengan pertumbuhan kukuh pelanggan fiber, sambungan fiber baru menambah 30k dari suku pertama, menjadikan jumlah keseluruhannya 310k. Kediaman fiber dan pertumbuhan fiber perniagaan serta prestasi MaxisONE Prime terus kukuh. Dengan peningkatan berterusan dan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi dari Maxperts, Skor Promoter Bersih (NPS) untuk perkhidmatan kediaman fiber kami meningkat kepada +40 dari +15 pada awal tahun ini.
  • EBITDA yang dinormalisasi sihat pada RM947 juta, dengan sedikit penurunan sebanyak 0.6% daripada RM953 juta pada suku pertama 2019. Margin EBITDA yang dinormalisasi pada pendapatan perkhidmatan pula kekal tinggi pada 49.4% berbanding 48.9%. 
  • Keuntungan selepas cukai yang dinormalisasikan ialah RM391 juta, mengurang 3.2% daripada RM404 juta pada suku pertama.
  • Aliran tunai operasi bebas meningkat kepada RM1,021 juta daripada RM565 juta pada suku pertama 2019 berikutan pembayaran yang lebih rendah dalam suku semasa dan juga program produktiviti dan modal kerja yang membuahkan hasil.
  • Mengisytiharkan dividen interim kedua bersih 5 sen sesaham.
     

Sorotan utama dalam suku kedua 2019:

  • Meningkatkan perniagaan untuk mendapatkan peluang dalam penyelesaian konvergens di semua segmen:
    o   Pelancaran perkhidmatan NB-IoT komersil pertama di pusat-pusat pasaran utama IoT dan bekerjasama dengan MDEC untuk mempromosikan pembangunan ekosistem tempatan.
    o   Meningkatkan pengalaman jalur lebar fiber dengan tiga kelajuan terbaru - 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps, untuk pengguna dan perniagaan serta pengalaman WiFi yang lebih baik dengan peranti mesh WiFi yang terbaik.
  • Pelaburan berterusan dalam kapasiti rangkaian untuk menyokong pertumbuhan trafik data yang dijangkakan, termasuk pertumbuhan dari kediaman fiber dan Enterprise. Pelaburan modal bagi suku semasa ialah RM267 juta.
  • Memberikan pengalaman peribadi yang bernilai serta digital yang tidak dapat ditandingi:
    o   Pelancaran kedai konsep baru Maxis di The Gardens, Mid Valley. Kedai ini meningkatkan pengalaman pelanggan ke tahap baru, menetapkan tanda aras dalam peruncitan dan membantu peruncit Malaysia memodelkan pengalaman dalam talian dan luar talian mereka melalui penyelesaian runcit fizikal yang didorong oleh digital. Kedai konsep tersebut merupakan bukti kesungguhan cita-cita Maxis sebagai pemimpin penyelesaian.
    o   Secara keseluruhan, usaha untuk menyampaikan pengalaman yang berbeza dan tidak dapat ditandingi menghasilkan peningkatan kepuasan pelanggan dengan NPS bagi titik sentuhan menambahbaik lagi kepada +58 mata.
     

Komen oleh Gökhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:

"Kami mencapai kemajuan yang sangat baik dalam melaksanakan pelan pertumbuhan lima tahun ke arah menjadi syarikat perkhidmatan digital konvergens yang unggul di Malaysia disamping mengekalkan kepimpinan dalam perniagaan mudah alih teras kami. Suku ini menyaksikan kami bergerak ke hadapan dalam cita-cita konvergens kami dengan pelancaran kelajuan fiber terbaru yang memberikan penyelesaian pintar untuk perniagaan dan menyokong inisiatif Industri 4.0 sejajar dengan agenda ekonomi digital kerajaan. Potensi 5G pada masa depan penyelesaian pintar amat besar. Untuk tujuan ini, percubaan langsung 5G kami berjalan lancar. Kami terus berada di hadapan dalam membawa teknologi terbaru ke Malaysia. Keseluruhannya, kami akan terus fokus kepada keutamaan kami - menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, kediaman dan perniagaan dan mencapai pengalaman peribadi yang berbeza dan tidak dapat ditandingi melalui keupayaan digital dan inovasi teknologi kami.”

Untuk menonton siaran video Keputusan Kewangan Suku Kedua 2019 Maxis, sila layari https://youtu.be/Oa6WMKJn7LE

Categories

Corporate

Popular Posts

Archives
Tags