Maxis melancarkan perkhidmatan NB-IoT komersial yang pertama di Malaysia

 

Maxis telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan Narrowband-Internet of Things (NB-IoT) komersial yang pertama di Malaysia. Mulai hari ini, Maxis akan mengaktifkan rangkaian NB-IoT di kawasan terpilih dalam pusat-pusat pasaran IoT yang utama, termasuk di Cyberjaya, Pulau Pinang, Kuching, Putrajaya, Johor Bahru, serta KLCC. Sebagai sebahagian daripada pelancaran itu, Maxis juga akan menawarkan penyelesaian NB-IoT dan mempromosikan pembangunan ekosistem tempatan melalui perkongsian amalan terbaik global serta pengurasan penyelesaian baka terbaik. Perniagaan kini dapat menggunakan aplikasi IoT perindustrian untuk membentuk aliran data yang baru, yang mengupayakan analisis berdaya-tindak dengan menyambungkan peranti mudah seperti sensor.

NB-IoT, rangkaian khusus untuk teknologi IoT, membawa keupayaan seperti 5G, hari ini, walaupun untuk aplikasi jalur lebar lebih rendah, dan mempunyai keupayaan untuk menyokong berjuta-juta benda tersambung yang menggunakan tenaga rendah dan oleh itu mempunyai jangka hayat bateri yang panjang. Teknologi ini akan meningkatkan Data Besar dan membolehkan analisis data yang canggih untuk membantu membuat keputusan seperti dalam potensi penjimatan kos, meningkatkan kecekapan serta peluang perniagaan yang baru.

Untuk memulakan projek ini, Maxis, sebagai rakan kongsi IoT pilihan Vodafone di Malaysia akan memanfaatkan kolaborasi yang sedia ada syarikat tersebut dengan mendapat akses kepada pengalaman globalnya dalam penggunaan NB-IoT di beberapa negara. Vodafone boleh menawarkan pelanggan dan rakan kongsinya akses kepada rangkaian NB-IoT antarabangsa yang terbesar di dunia dan Maxis akan dapat manfaat sepenuhnya. Vodafone juga akan menyokong Maxis dalam membangunkan ekosistem NB-IoT mereka melalui perkongsian pengetahuan dan akses kepada teknologi tersebut. Dengan menggunakan platform pasaran Vodafone, Maxis akan dapat memberikan teknologi yang terbukti di pasaran untuk perniagaan Malaysia yang ingin melaksanakan perkhidmatan NB-IoT dalam operasi mereka.

"Terdapat banyak peluang pengunaan NB-IoT terutamanya di sekitar analisis data besar dan dalam membolehkan kes-kes penggunaan nyata. Pelancaran ini akan menggalakkan pembangunan ekosistem rakan kongsi, pemaju serta pelanggan yang akan menawarkan lebih banyak lagi peluang untuk perusahaan, untuk mengurus dan mengoptimumkan aset, persekitaran, pengunaan tenaga, serta keselamatan kakitangan mereka, dan membuka peluang untuk pelaksanaan perkhidmatan yang baru di pasaran Malaysia. Ini adalah langkah yang signifikan bagi kami kerana ia menetapkan piawaian penggunaan penyelesaian IoT," kata Paul McManus, Ketua Perusahaan Maxis.

Pada masa ini, NB-IoT Maxis sedang diuji dalam beberapa industri untuk pelbagai kegunaan teraju yang dapat meningkatkan kecekapan dan membolehkan model perniagaan baru. Ini termasuk pemeteran pintar dan pemantauan alam sekitar. Terdapat juga penyelesaian dalam Makmal Inovasi Maxis IoT yang merangkumi pencahayaan pintar, pemantauan tempat letak kereta, penggera asap dan banyak lagi. Semua ini berpotensi untuk membuka peluang baru bagi pihak berkepentingan utama seperti pihak kerajaan, majlis negeri serta perniagaan Malaysia dalam bidang pertanian, utiliti, Bandar Pintar, dan sebagainya. Maxis bersedia untuk bekerjasama dengan para pelanggan untuk memahami kesusahan mereka, serta meningkatkan kecekapan perniagaan dan menyelesaikan masalah-masalah mereka melalui penyelesaian NB-IoT.

Untuk memecut penerimaan, Maxis telah menubuhkan Makmal Inovasi IoT-nya pada tahun 2018 untuk berfungsi sebagai jambatan antara pelanggan perusahaan dan pengeluar peranti serta pembekal penyelesaian. Di sini, kemudahan ujian percuma membantu penyedia penyelesaian perusahaan memasuki pasaran lebih cepat dan membolehkan pelanggan mengesahkan penyelesaian mereka sebelum digunakan di pasaran. Maxis juga akan membantu memecut penerimaan NB-IoT melalui pensijilan peranti dan penyelesaian. Makmal ini digunakan sebagai pameran pengalaman untuk pelanggan perusahaan bagi melihat demonstrasi penyelesaian NB-IoT yang diuji sepenuhnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NB-IoT Maxis, sila layari www.business.maxis.com.my/NB-IoT

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE