Maxis Fibrenation meningkatkan pengalaman fiber melalui pakej kelajuan pantas baru dan peranti mesh WiFi yang pertama

 

Berikutan kejayaan kempen Fibrenation pada Ogos tahun lepas, Maxis meneruskan usaha untuk meningkatkan pengalaman jalur lebar fibernya dengan penawaran tiga kelajuan Internet paling pantas yang baru mulai hari ini – iaitu 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps – untuk para pengguna serta perniagaan, sebagai tambahan kepada pelan 30Mbps dan 100Mbps yang sedia ada. Selain dari kelajuan baru itu, Maxis juga ingin memastikan bahawa para pelanggan dapat menikmati pengalaman WiFi yang lebih baik dengan penawaran fiber terkininya, yang dibina untuk setiap keperluan pelanggan, berdasarkan saiz kediaman atau pejabat mereka dan jumlah penggunaan Internet masing-masing. 

Pelan fiber tersebut boleh dilanggan bersama dengan peranti mesh WiFi untuk liputan yang lebih baik dan isyarat WiFi yang kuat di setiap bilik dalam kediaman atau pejabat. Penggunaan mesh WiFi boleh disesuaikan dari segi pemasangan dan penempatan di sekitar kediaman atau pejabat, supaya pengalaman WiFi dapat dinikmati untuk keperluan yang berbeza. Pelanggan yang mengambil pelan fiber kediaman 500Mbps atau 800Mbps masing-masing dapat menikmati dua peranti mesh WiFi secara percuma, manakala ketiga-tiga pelan perniagaan baru datang dengan dua peranti mesh bagi setiap pelan, serta sistem sekuriti Internet untuk melindungi pengguna daripada laman ‘phishing’ dan ‘malware’. Pengalaman WiFi yang lebih baik juga dilengkapi dengan khidmat pemasangan percuma oleh ‘Maxperts’ yang akan memastikan servis WiFi dioptimumkan untuk membina pengalaman WiFi yang lebih baik bagi semua kediaman dan perniagaan Malaysia.

Dengan pelan kelajuan yang baru, pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pakej kediaman dan perniagaan yang berpatutan yang ditawarkan seperti dalam jadual-jadual di bawah:

FIBER KEDIAMAN

FIBER PERNIAGAAN


“Pada tahun lepas, kami mempunyai misi untuk memberi akses fiber kepada semua orang melalui kempen Fibrenation kami. Hari ini, misi ini masih diterusan bukan hanya dengan penawaran kelajuan fiber paling pantas, tetapi yang pentingnya, untuk memberikan pengalaman WiFi yang lebih baik kepada semua pelanggan. Kita hidup dalam dunia di mana sambungan berkelajuan tinggi adalah sesuatu yang dijangkakan, kerana kita banyak menggunakan kandungan dan perkhidmatan digital. Oleh itu, komitmen kami kepada pelanggan adalah untuk menunjukkan bagaimana kelajuan baru yang hebat ini dapat dioptimumkan dengan perkhidmatan dan penyelesaian yang tepat dengan kehendak mereka,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Untuk melengkapkan pelan kelajuan ini, Maxis juga memperkenalkan ONEBusiness Voice, sebuah pelan yang menukarkan suara tetap perniagaan kepada suara IP pelbagai talian berasaskan awan. ONEBusiness Voice juga dilengkapi dengan pakej suara dengan harga berpatutan dengan panggilan dan perkakas percuma (alat penyesuai telefon analog  dan telefon pejabat), yang dapat membantu syarikat-syarikat menjimatkan bil telefon pejabat sehingga 40% dan mengurangkan kos perkakas seperti PABX. ONEBusiness Voice sangat bermanfaat kerana kelajuan baru tersebut juga akan menyokong perniagaan yang mempunyai bilangan kakitangan yang semakin meningkat, serta memenuhi keperluan mereka dalam penggunaan aplikasi yang lebih kompleks, disokong oleh kebolehpercayaan bersama downtime sifar dengan sandaran 4G tanpa wayar 'Sentiasa Terhubung'.

“Sambungan berkelajuan tinggi, sekuriti, dan kecekapan kos – ini adalah tiga faktor utama yang memainkan peranan penting untuk kesinambungan dan pertumbuhan perniagaan. Tawaran fiber perniagaan baru kami yang berkelajuan pantas adalah tepat pada waktunya, lebih-lebih lagi dengan peningkatan penggunaan teknologi yang lebih canggih dan perkhidmatan berasaskan awan. Kelajuan fiber baru merupakan faktor utama dalam memberikan perniagaan pengalaman VoIP yang terbaik, jadi ia adalah amat sesuai dengan pelan suara baru yang kami telah perkenalkan pada hari ini, untuk memastikan bahawa pelanggan perniagaan boleh menikmati sambungan berterusan sambil menjimatkan kos,” kata Paul McManus, Ketua Perusahaan Maxis.

Untuk segera mendaftar pelan baru ini atau mendapat maklumat lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis, sila layari www.maxis.com.my/fibrenation. Untuk pelan fiber perniagaan, sila layari https://business.maxis.com.my/onebusinessvoice

Archives
Tags

Popular
Posts

Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE
Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis, the leading converged solutions company in Malaysia, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Penang State Government to be the State’s trusted technology partner. The MoU, which was signed today by both parties, was witnessed by Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, the Chief Minister of Penang.

TELL ME MORE
Jendela

Telecommunications Operators Committed to JENDELA to Deliver Seamless Digital Connectivity for all Malaysians

Telecommunications operators Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad and TIME dotCom Berhad (collectively ‘the Industry’), are fully committed to partner with the Government and make connectivity a basic utility to fast-track Malaysia’s transition into a high-income digital society. The Jalinan Digital Negara (JENDELA) action plan announced recently by the Prime Minister of Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, will be the platform to achieve these aspirations by accelerating the country's digital connectivity through widespread deployment of mobile, fibre and fixed wireless access, and paving the way to 5G, under the 12th Malaysia Plan (2021–2025).

TELL ME MORE