Kakitangan Maxis Berganding Bahu Untuk Menyumbangkan RM30,000 Kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

schedule 09 Apr 2019


SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 9 April 2019

Dengan semangat MaxisWay, kakitangan Maxis telah mengambil bahagian dalam acara Jogathon Amal Maxis pada awal hari Sabtu (6 April) bagi mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Menyumbang untuk tujuan yang baik dalam perjuangan melawan penyakit kanser, kakitangan Maxis telah berjaya mengumpul RM15,000, dan jumlah tersebut dipadan oleh syarikat, membawa jumlah keseluruhan sumbangan kepada RM30,000.

Jogathon Amal Maxis tahun ini telah dianjurkan sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April. Terbuka kepada semua kakitangan Maxis sebagai sebahagian daripada usaha Penglibatan Kakitangan, larian tersebut dikategorikan kepada tiga jarak, di mana setiap jarak memerlukan jumlah sumbangan minimum dari setiap kakitangan - RM50 untuk 5km, RM100 untuk 10km dan RM150 untuk 15km.

"Di Maxis, mencungkil potensi kakitangan tidak terhad pada kerja sahaja, tetapi ianya datang bersama dengan budaya dan semangat MaxisWay di mana kami sentiasa mewujudkan peluang untuk menyumbang kepada komuniti. Jogathon amal ini hanya salah satu contoh semangat ini yang telah disemai dalam syarikat sejak bertahun-tahun. Kami berharap sumbangan kepada NCSM akan dapat membantu inisiatif dan program mereka," kata Tricia Lim, Pemangku Ketua Sumber Manusia dan Organisasi Maxis.

"Pada bila-bila masa, terdapat lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia yang menghidap kanser - ia adalah punca kematian keempat negara. Di Malaysia, kanser sering dikesan atau didiagnosis pada tahap yang lewat, dengan lebih separuh daripada pesakit kanser didiagnosis pada tahap tiga atau empat. Kami ingin menegaskan kepentingan untuk sentiasa memberi pendidikan kepada orang ramai terhadap isu ini, dan kami juga menggalakkan pemeriksaan awal. Sebahagian daripada sumbangan yang kami terima akan disalurkan kepada usaha pendidikan tersebut, selain daripada jagaan dan sokongan komuniti, jadi kami bersyukur dengan inisiatif Maxis ini," kata Cik Clare Ratnasingham, Naib Presiden NCSM.

Untuk memeriahkan lagi acara tersebut, sesi memanaskan badan telah dijalankan oleh Peak Fitness, salah satu penaja acara tersebut, diikuti dengan cabutan bertuah serta penyerahan cek oleh Bakal Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut kepada Clare.

 


Kami Adalah Maxis

Kami adalah penyedia pekhidmatan komunikasi dan Internet terkemuka di Malaysia, yang membolehkan 11 juta individu, keluarga dan perniagaan untuk melakukan lebih dalam dunia “Sentiasa Berhubung”. Kini, semakin ramai pelanggan kami yang menggunakan pelbagai aplikasi terhubung, dan kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman Internet menyeluruh yang tidak dapat ditandingi – dalam menyediakan sambungan yang lebih maju ke hadapan, yang sentiasa terhubung serta penjagaan berteknologi yang hebat. Selain daripada menghubungkan orang ramai dengan perkhidmatan kami, kami komited dalam memanfaatkan teknologi baru untuk memberi kesan yang positif keatas masyarakat di mana kami beroperasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my

Tentang Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) adalah organisasi kanser bukan keuntungan pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pendidikan, penjagaan dan sokongan untuk orang yang menghidap kanser. Selama 50 tahun ini, ia memberikan sokongan kanser holistik kepada pesakit dan juga penjaga. NCSM menyokong pesakit dalam memahami serta menangani penyakit kanser dalam pelbagai fasa di lima pusat kanser - Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan, Pusat Perubatan Nuklear, Pusat Sumber dan Kesejahteraan, Klinik Berhenti Merokok dan Rumah Anak Harapan yang mempunyai cawangan di enam negeri, iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Untuk Maklumat dan Sokongan Kanser, sila hubungi 1-800-08-1000

Categories

People

Popular Posts

collections Photos

View our photo gallery

Photos
access_time 12 May 2018
collections eKelas seeing a more collaborative learning environment

It was a bright and breezy Saturday morning at Kampung Quop, Kuching, Sarawak. Daphne Xandria with 19 of her Year 6 school friends were heading to the Pusat Internet to have their first experience learning about fractions with eCikgu.

Community
eKelas
access_time 12 May 2018
Archives
Tags