Strategi pertumbuhan konvergens Maxis berjalan lancar, keuntungan kembali teguh pada suku pertama

schedule 26 Apr 2019


Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan prestasi teguh untuk suku pertama tahun 2019 dan melonjak kembali dari impak yang dialami daripada kos satu-kali pada suku akhir tahun lepas yang berkaitan dengan strategi pertumbuhannya. Strategi pertumbuhan tersebut berjalan lancar, dengan momentum yang merangsangkan ke arah matlamat untuk menjadi syarikat perkhidmatan digital konvergens yang terkemuka di Malaysia.

Strategi Pertumbuhan Baru untuk Penyelesaian Konvergens
Pada suku yang lepas, Maxis telah mengumumkan perubahan yang signifikan terhadap strategi jangka panjangnya, menetapkan asas untuk menjadi pemain penyelesaian konvergens utama di Malaysia dan haluan pembangunan dalam tempoh 5 tahun akan datang untuk membantu syarikat mencapai matlamat tersebut.

Terdapat tiga bidang tumpuan:

Dengan keupayaan kesalinghubungan mudah alih dan tetap yang unggul, Maxis akan memenuhi gaya hidup digital setiap orang– menjangkau lebih banyak individu, kediaman dan perniagaan melalui penawaran konvergens yang meliputi lebih banyak perkhidmatan dan penyelesaian. Sepanjang suku pertama, Syarikat telah menunjukkan kemajuan dalam usaha, termasuk menyediakan perkhidmatan NB-IoT yang pertama, kelajuan jalur lebar fiber baru dan mencapai keputusan yang kukuh untuk penyelesaian konvergens yang sedia ada, MaxisONE Prime.

Kedua, Maxis akan memanfaatkan teknologi dan rangkaiannya, serta keupayaan dalam data besar dan analitik untuk memberikan pengalaman peribadi kepada pelanggan. Usaha ke arah ini termasuklah memacu digitalisasi yang berterusan dan mengembangkan titik sentuhan pelanggan .

Ketiga adalah menggerakkkan evolusi budaya organisasi untuk mencapai tahap inovasi dan kecekapan yang lebih tinggi. Salah satu inisiatif utama yang dilaksanakan pada suku pertama adalah rombakan organisasi, proses dan struktur selaras dengan strategi. Untuk melaksanakan strategi ini dalam proses operasi, Maxis memobilisasikan kakitangannya ke arah tumpuan pelanggan yang berbeza, serta membentuk struktur organisasi yang baru untuk membina kapasiti dan keupayaan. Transformasi ke arah merealisasikan cita-cita konvergens ini diperkuatkan oleh dua transformasi yang berjaya dilaksanakan Maxis sebelum ini, khususnya di sekitar perubahan budaya dan digitalisasi.

Sorotan kewangan Tahun-ke-tahun – Suku pertama 2019 vs Suku pertama 2018

Prestasi keseluruhan syarikat pada suku pertama 2019 menunjukkan perniagaan teras berdaya tahan dan EBITDA, margin EBITDA dan keuntungan yang sihat.

  • Terus berkembang dan memimpin pasaran dalam pasca bayar, dengan peningkatan pendapatan sebanyak 1.5% kepada RM1,000 juta daripada RM985 juta:
    • Pertumbuhan pelanggan yang kuat dengan peningkatan seramai 349k pelanggan dari suku pertama 2018 ke suku pertama 2019, dengan jumlah keseluruhan pelanggan mencapai 3.3 juta orang.
    • ARPU teguh sebanyak RM88 selari dengan jangkaan, didorong oleh pertumbuhan Hotlink Postpaid Flex.
    • Hotlink Postpaid Flex dan Flex PLUS menarik pelanggan yang mementingkan perbelanjaan, termasuk migrasi dari prabayar.
    • Mencatatkan pertumbuhan pelanggan fiber yang kukuh dalam suku pertama, pertambahan sebanyak 31ksambungan fiber dari suku keempat 2018, membawa jumlah keseluruhan kepada 280 ribu pelanggan.
  • Pendapatan perkhidmatan menurun sebanyak 1.7% kepada RM1,947 juta dalam suku pertama 2019. Tidak termasuk pendapatan borong yang sebahagian besarnya adalah hasil daripada perjanjian perkongsian rangkaian, pendapatan perkhidmatan naik sebanyak 0.9% Tahun-ke-tahun, mencerminkan perniagaan teras asas yang stabil. Keputusan ini juga dipengaruhi oleh penurunan mandat MCMC dalam kadar penamatan khidmat mudah alih dan oleh itu mengurangkan pendapatan penamatan mudah alih.
  • Dalam pasaran yang menurun, perniagaan prabayar adalah stabil selaras dengan jangkaan dan peningkatan penggunaan analisis data besar untuk tawaran dan ganjaran yang disegmenkan dan diperibadikan. ARPU prabayar stabil pada RM40 disebabkan oleh penembusan 4G yang tinggi, meningkatkan penggunaan Internet Mudah Alih dan pelanggan nilai tinggi berpindah ke aras permulaan pelan Hotlink Postpaid Flex .
  • EBITDA dinormalkan adalah RM953 juta, dengan margin kukuh pada pendapatan perkhidmatan sebanyak 48.9% untuk suku pertama 2019; didorong oleh tumpuan berterusan terhadap segmen menguntungkan dan inisiatif pengoptimuman kos. Penurunan 6.6% dari suku pertama 2018 disebabkan oleh faktor-faktor termasuk penurunan pendapatan borong dari penamatan perjanjian perkongsian rangkaian, pelaburan berterusan dalam Fibrenation dan mobilisasi peluang pertumbuhan perniagaan Perusahaan.
  • Keuntungan selepas cukai dinormalkan suku pertama 2019 menurun 20.8% kepada RM404 juta berbanding RM510 juta pada tahun lalu, sejajar dengan penurunan dalam EBITDA.  
  • Perbelanjaan modal adalah RM127 juta berbanding dengan RM107 juta pada suku yang sama tahun lepas. Pelaburan berterusan dalam perbelanjaan modal telah dibuat untuk mengekalkan rangkaian unggul kami, di samping menawarkan liputan, kelajuan dan kualiti yang terbaik.
  • Pertumbuhan perbelanjaan modal sebanyak RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun seperti yang diumumkan pada suku lepas adalah kebanyakkannya didorong oleh pelanggan perusahaan, yang akan ditingkatkan secara berkala.
  • Aliran tunai bebas yang lebih kukuh pada RM264 juta, meningkat sebanyak 60.0% Tahun-ke-tahun.
  • Mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 5 sen bersih sesaham.

Sorotan utama pada suku pertama 2019:

  • Pertumbuhan dan penggunaan data yang kuat, dengan purata penggunaan data dicampur lebih tinggi pada 11.7GB sebulan dalam suku pertama 2019, yang mana ianya 7.1% lebih tinggi dari suku sebelumnya.
  • Kepimpinan dalam 5G – Memeterai MoU dengan Huawei untuk program loncatan 5G dan memulakan percubaan langsung 5G yang pertama di negara ini, merekodkan kelajuan muat turun hampir kepada 3Gbps dengan peralatan ujian pengguna (peralatan mudah alih prototaip).
  • Meningkatkan pasukan Perusahaan dengan sumber bakat tambahan seramai 100+ orang untuk menyokong produk dan tawaran saluran paip yang semakin meningkat. Perkhidmatan awan dan IoT Maxis pada beberapa suku terakhir ini memberi kepercayaan kepada momentum pasaran perkhidmatan ICT yang sedang pesat membangun.
  • Berterusan menikmati kelebihan penggerak pertama signifikan dalam jalur lebar fiber – Menambah 31,000 pelanggan baru dalam suku pertama, pemindahan asas fiber yang sedia ada kepada pelan baru yang hampir selesai, dengan Maxperts membawakan Pengalaman Peribadi yang Tidak Ditandingi.
  • Pemasaran Segmen Yang Lebih Kukuh – Pengukuhan pemasaran peribadi yang disasarkan adalah suatu pemacu yang penting dalam mencipta nilai bagi pelanggan, dan terus mendorong penembusan dan tawaran peribadi dalam aplikasi. Penggunaan aplikasi yang kuat dengan 55% pengguna Internet Mudah Alih di aplikasi Hotlink RED, dan 39% pelanggan pasca bayar di aplikasi MyMaxis.
  • Kepuasan pelanggan yang tinggi dengan skor Titik Sentuh NPS meningkat lagi kepada +55 mata.
     


Komen dari Gökhan Ogut, Bakal Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Kami gembira dengan kemajuan dan prestasi perkembangan perkhidmatan pada suku pertama. Prestasi suku pertama adalah stabil berikutan pemulihan pantas dari suku keempat 2018. Kami kini mula mencapai jangkaan cita-cita kami, membina momentum secara sistematik dalam melaksanakan strategi pertumbuhan baru kami. Pengambilan perkhidmatan konvergens, fiber, dan perusahaan dari pelanggan adalah kuat, dengan keputusan yang melebihi jangkaan kami. Dari segi kakitangan pula, kami telah merombak organisasi supaya kesemua mereka dapat menumpu kepada matlamat yang sama. Terdapat semangat yang tinggi dalam syarikat, dan walaupun kami telah banyak berusaha pada suku pertama ini, ini hanyalah permulaan buat masa depan yang menarik bagi Maxis.”

Categories

Corporate

Popular Posts

brochures Qaseh Maxis-Celcom RAN

Celcom Axiata Berhad (Celcom) and Maxis Berhad (Maxis) today signed a Memorandum of Understanding (MoU) to explore a potential partnership for efficient deployment of Malaysia’s 5G infrastructure, further supporting the development of the nation’s digital ecosystem. The collaboration will also enable both telcos to explore possible business opportunities in relation to 5G key strategic areas to deliver the best 5G innovation to benefit the people and businesses in Malaysia as soon as the necessary spectrum is made available.

Network
access_time 25 Nov 2019
brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags