maxis

Kakitangan Maxis Bantu Mengaktifkan Fiber Berkelajuan Tinggi Baharu Di Kediaman Dan Perniagaan Seluruh Negara

schedule 11 Oct 2018


Berikutan pelancaran pelan jalur lebar fiber paling berpatutan dan tanpa risau pada bulan Ogos lalu, Maxis telah menerima lebih daripada 40,000 pelanggan baharu dan sedia ada yang melanggan pakej-pakej baharu sejak fasa pendaftaran pelancaran awal. Sebagai sebahagian daripada proses pemasangan, lebih kurang 600 kakitangan Maxis telah berkumpul untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Fibrenation Box Swap’ untuk menyokong sambutan baik terhadap pelan-pelan ini dengan melawat 1,500 kediaman dan perniagaan di seluruh negara. Dalam tempoh dua hari yang akan datang, kakitangan Maxis akan membantu pelanggan menaik taraf router Wi-Fi untuk pengalaman Internet yang lebih baik.

Proposisi jalur lebar fiber Maxis yang unik ini - tanpa sekatan dan ‘Sentiasa Terhubung’ - memberikan pengalaman Internet terunggul, disokong oleh rangkaian fiber berkelajuan tinggi yang lebih maju dan perkhidmatan yang lebih baik. Kedua-dua pelan fiber baharu bagi pengguna dan perniagaan menawarkan kelajuan sehingga 100Mbps dan pada harga sehingga 65% lebih rendah berbanding pelan-pelan sebelum ini. Pelan perniagaan adalah yang paling berpatutuan di pasaran.

Disertai oleh Maxperts, iaitu pasukan pakar Internet Maxis sendiri, kakitangan telah memulakan lawatan ke rumah dan premis perniagaan para pelanggan awal hari ini untuk menukar semua router Wi-Fi band tunggal (single band) kepada router dwi-band yang mampu memaksimumkan peningkatan kelajuan pada Wi-Fi. Untuk perniagaan, router baharu ini dilengkapi dengan Internet sandaran tanpa wayar 4G automatik sedia ada melalui SIM terbenam, untuk memastikan mereka sentiasa tersambung, dan termasuk router gred perniagaan yang sudah bersedia untuk permintaan masa depan, yang akan membolehkan peningkatan kelajuan tambahan apabila ia tersedia. Terdapat juga pilihan fleksibel tambahan untuk memilih pelbagai penyelesaian tambahan berdasarkan keperluan khusus perniagaan mereka.

Router baharu ini akan dipasang tanpa caj tambahan. Oleh itu, pelanggan sedia ada yang ingin menukar pelan mereka akan dikontrak semula selama 24 bulan dan bukannya secara automatik. Semua pelanggan sedia ada boleh beralih ke pelan baharu ini dengan mengisi borang web di www.maxis.com.my/fibrenation.

“Apabila kami melancarkan pelan baharu kami sebulan lalu, matlamat kami adalah untuk membuka era jalur lebar fiber baharu yang boleh diakses kepada lebih banyak kediaman dan perniagaan di Malaysia. Kami terkejut dengan sambutan dan momentum sejak pelancaran pelan ini yang melebihi jangkaan kami, dengan sambutan positif dari pelanggan dan minat yang menggalakkan dari perusahaan dan PKS. Oleh kerana minat yang tinggi, kami sedang meningkatkan sumber dan kakitangan kami berusaha untuk membantu mempercepatkan proses pemasangan dan menyediakannya kepada pelanggan secepat mungkin. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan berharga mereka.

“Kami percaya fiber mempunyai masa depan yang baik dan kami optimistik dengan potensi pertumbuhan yang signifikan. Kami mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana telah memudahkan pengurangan harga borong jalur lebar, yang sememangnya tepat pada masanya dan mengupayakan jumlah langganan yang positif bagi pakej-pakej baharu ini. Kami kini satu-satunya pencari akses untuk jalur lebar fiber di negara ini, dan kami terus bekerjasama dengan pihak Kerajaan dan pembekal akses untuk mendapatkan akses kepada kelajuan yang lebih tinggi, yang akan mengupayakan kami untuk menyediakan lebih lagi pelan baharu kepada para pelanggan,” kata Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Sementara itu, Maxis akan terus melabur dalam mengakses rangkaian fiber sedia ada di Malaysia dan membinanya sendiri di mana mungkin.

Sesiapa sahaja boleh mendaftar dan melanggan pelan-pelan ini dengan melawat www.maxis.com.my/fibrenation, dan mengisi borang web. Untuk melihat bagaimana router yang dinaik taraf ini memberikan pengalaman Internet yang lebih baik, saksikan video ini.
 

Categories

Lifestyle
Enterprise

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags