Maxis Mengumpul Dan Menyumbang lebih RM60,000 Kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia


Dengan semangat wajar dan penuh harapan, lebih daripada 160 kakitangan Maxis berkumpul awal pagi Sabtu untuk mengambil bahagian dalam Jogathon Amal Maxis di Lake Gardens. Misi utama: Mengumpul dana dan mewujudkan kesedaran untuk Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF). Menyumbang untuk tujuan yang baik, kakitangan Maxis telah mengumpul lebih RM30,000, dan jumlah tersebut dipadan oleh Maxis, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM61,550.

Jogathon Amal tersebut terbuka kepada semua kakitangan Maxis dan dikategorikan kepada tiga jarak, dan setiap jarak memerlukan jumlah sumbangan minimum - RM50 untuk 5km, RM100 untuk 10km dan RM150 untuk 15km. Pelbagai lagi aktiviti memeriahkan acara tersebut, termasuk sesi dari Ministry of Burn serta Zumba.
 


“Terdapat kira-kira 40,000 pesakit buah pinggang di Malaysia, dan jumlah ini meningkat sebanyak 20% setiap tahun. Matlamat utama kami adalah untuk mendidik masyarakat Malaysia mengenai kegagalan buah pinggang, dan memberi nasihat kepada pesakit tentang apa yang perlu dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan. Walau bagaimanapun, kos untuk dialisis adalah tinggi. Oleh itu, kami amat bergantung kepada sumbangan yang benar-benar membantu kami,” kata Chua Hong Wee, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.

“Hidup di Maxis agak luar biasa. Kami mempunyai kakitangan yang bersemangat, dan kami menggalakkan mereka untuk menyumbangkan masa dalam aktiviti-aktiviti yang akan membantu mereka yang memerlukannya. Kakitangan kami bukan sahaja berdedikasi terhadap kerja mereka, tetapi juga mempunyai semangat tanggungjawab sosial yang mengagumkan. Kami amat bangga kerana mempunyai peluang untuk mengumpul dana dan terutama sekali, melebihi sasaran kami iaitu sebanyak RM40,000. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu NKF dan mewujudkan kesedaran yang lebih besar mengenai kegagalan buah pinggang,” kata Adzhar Ibrahim, Ketua Sumber Manusia dan Organisasi, Maxis.

Saksikan video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai misi NKF.

 

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Gokhan Ogut

Bringing out the best in us

It’s been nearly three months since Malaysia stepped into a new realm of life and business, and as the entire nation works together hand in hand to flatten the Covid-19 curve, I applaud the Government’s efforts in ensuring the safety and wellbeing of the people. The announcement of all the Economic Stimulus Packages very early on to cushion the impact on the livelihoods of Malaysians, were timely in the hope of bringing much relief to the people. We remember especially those who have lost their lives – our thoughts and prayers are with their loved ones.

TELL ME MORE