Maxis Memberi Ganjaran Kepada Para Pelajar eKelas Yang Paling Cemerlang


Hari ini, Maxis eKelas meraikan satu lagi kejayaan dalam memperkasakan pembelajaran digital dengan memberi Anugerah Gemilang eKelas yang pertama kepada para pelajar yang telah menunjukkan peningkatan yang terbaik dalam pelajaran mereka. Anugerah ini, yang dilancarkan pada bulan November tahun lalu, terbuka kepada semua pelajar yang telah menyertai program eKelas yang disampaikan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

Dimiliki oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), PI1M adalah sebuah pusat Internet yang terletak di kawasan pendalaman untuk memberi akses komunikasi kepada komuniti berdekatan. Maxis mempunyai 118 PI1M di bawah jagaannya di seluruh negara. Setakat ini, 45 PI1M di 10 negeri telah menyertai program eKelas.

Tan Sri Dr. Halim Shafie, Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, “Bagi pihak MCMC, saya memuji usaha Maxis dalam membawa eKelas, program pembelajaran digital kepada PI1M, sejajar dengan aspirasi MCMC untuk menjadikan PI1M sebagai pusat pembelajaran bagi komuniti setempat. Hari ini, teknologi dan Internet telah mengubah cara anak-anak kita berkomunikasi dan mengakses maklumat. eKelas memainkan peranan dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dan hari ini Maxis memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan peningkatan dalam pelajaran mereka. Ini sememangnya akan memberi galakan kepada pelajar lain.”

“Kami telah mengambil langkah-langkah yang penting dalam eKelas dan pelancaran Anugerah Gemilang eKelas menandakan satu lagi pencapaian dalam perjalanan eKelas. Kami akan terus memperluas dan mengembangkan program ini, dengan matlamat ia akan menghasilkan kejayaan akademik bagi pelajar. Dengan memberikan mereka akses kepada cara pembelajaran baharu melalui tutorial video dan portal, cita-cita kami adalah untuk membantu pelajar eKelas memenuhi potensi mereka dan mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran,” kata Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis.

Untuk layak mendapat anugerah ini, pelajar dikehendaki mencapai minimum satu peningkatan gred dalam tiga mata pelajaran yang diajar dalam program eKelas iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ini berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar sebagai penilaian asas dan keputusan peperiksaan akhir tahun atau keputusan PT3 bagi pelajar Tingkatan 3.

Daripada 11 pelajar yang dipilih untuk menerima Anugerah Gemilang eKelas, tiga daripada mereka menunjukkan peningkatan dalam ketiga-tiga subjek tersebut. Untuk mengiktiraf pencapaian mereka, satu majlis khas telah diadakan di Menara Maxis pada hari ini, dimana setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai bernilai RM1,200 yang akan didepositkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia, serta pek permulaan sekolah.

Lapan lagi pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam dua mata pelajaran dan mengekalkan gred yang sama dalam satu mata pelajaran lain. Mereka masing-masing dianugerahkan sumbangan wang tunai bernilai RM600 ke Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia mereka dan juga menerima pek permulaan sekolah.

Antara penerima anugerah tersebut ialah Muhammad Aqil Danial bin Ramzu Nazri, seorang pelajar Tingkatan 2 dari PI1M Kg Semuba di Kota Bahru, yang menunjukkan peningkatan gred dalam ketiga-tiga subjek tersebut. “eKelas amat membantu saya dalam pelajaran. Guru-guru yang mengajar kami berpengalaman dan nota yang diberi padat dan lengkap. Saya sangat gembira kerana telah dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah, terutamanya kerana ia membuat ibu bapa saya begitu gembira!” katanya.

Seorang lagi penerima anugerah, Thirunyanam A/L Thamby Raja, seorang pelajar Tingkatan 4 dari PI1M Kg Muhibbah, Puchong, berjaya meningkatkan keputusannya dalam dua mata pelajaran. “eKelas telah memberi saya motivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Nota yang saya terima daripada guru eKelas telah membantu saya menjadi lebih fokus. Saya amat teruja kerana telah dipilih sebagai salah satu penerima anugerah. Terima kasih Maxis!” katanya.

Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Program ini disampaikan di PI1M.

Sejak pelancarannya, eKelas kini mempunyai lebih dari 4,000 pelajar dari segi populasi kelas dan juga yang berinteraksi dalam portal eKelas. Matlamat kami adalah untuk memberi akses portal ini kepada 10,000 pelajar menjelang akhir tahun 2018.

Portal eKelas dilancarkan tahun lalu, dimana pelajar mempuyai akses kepada sumber pembelajaran berasaskan awan, yang membolehkan mereka belajar mengikut tempo masing-masing. Pelajar boleh menguruskan pembelajaran mereka dan pada masa yang sama, bekerjasama untuk menimba ilmu. Portal ini adalah tambahan kepada tutorial langsung, dimana pelajar dapat berinteraksi dengan guru melalui penstriman video.

Selain eKelas, Maxis juga menjalankan aktiviti-aktiviti amal pada musim perayaan dan memberi bantuan bencana alam. Di samping itu, Maxis menggalakkan kakitangan untuk menyumbang masa, tenaga dan kemahiran mereka untuk aktiviti-aktiviti ini.

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE