Satu penyelesaian Komunikasi Yang Lengkap, Maxis ONEBusiness Office, Untuk PKS Di Sabah Dan Sarawak

schedule 30 Jan 2018


Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak kini boleh menikmati Maxis ONEBusiness Office, satu penyelesaian yang lengkap untuk semua keperluan sambungan perniagaan mereka. Penyelesaian tersebut ditawarkan dengan panggilan dan SMS tanpa had, data yang boleh dikongsi dan fleksibiliti untuk memilih dari pelbagai peranti 4G. Lebih penting lagi, ia memastikan bahawa pekerja sentiasa bersambung sama ada mereka berada di luar atau dalam pejabat.

Dengan Maxis ONEBusiness Office, PKS akan mendapat:

  • Tiga talian mudah alih dan satu Jalur Lebar Tanpa Wayar Tetap pada harga RM320 dengan panggilan dan SMS tanpa had
  • Sehingga 135GB data yang boleh dikongsi supaya syarikat dapat menyesuaikan peruntukan data untuk memenuhi keperluan setiap pekerja
  •  Pilihan peranti 4G terkini
  • Pilihan untuk menambah sehingga 11 talian tambahan pada hanya RM48 setiap talian dan menikmati data sebanyak 5GB dengan panggilan dan SMS tanpa had bagi setiap talian
  •  Pilihan untuk menambah Internet Fiber ONEBusiness pada harga istimewa sebanyak RM168 (tawaran masa terhad sehingga 31 Mac)

“Di pasaran yang semakin digital hari ini, ia adalah penting bagi PKS untuk dilengkapi dengan penyelesaian perniagaan yang relevan untuk terus berdaya saing. Dengan ONEBusiness Office kami, PKS di Sarawak akan mempunyai akses kepada penyelesaian perniagaan yang menyeluruh tanpa perlu berasa bimbang tentang menguruskan berbilang akaun. Ini membolehkan mereka lebih berfokus kepada mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu, ONEBusiness disokong oleh rangkaian No. 1 4G negara,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis.

“Penggunaan data di kalangan para pelanggan di Sarawak dan Sabah adalah antara yang tertinggi di negara ini. Oleh itu, penyelesaian ini yang memberikan data yang begitu banyak amat menarik kepada PKS yang ingin mengoptimumkan kos mereka. Dan dengan pengembangan berterusan rangkaian 4G di Sarawak, lebih banyak perniagaan akan dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi di pejabat dan juga di luar,” kata Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis.

Rangkaian 4G LTE terkemuka Maxis adalah yang terluas di Malaysia dan kini telah mencapai 89% daripada penduduk negara. Di Kuching dan Kota Kinabalu, Maxis mempunyai lebih daripada 98% liputan 4G dan lebih daripada 80% di kawasan-kawasan luar bandar. Khususnya di Sarawak, rangkaian 4G LTE Maxis kini terdapat di Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Bau, Lundu, Sematan, Padawan, Saratok, Niah, Betong dan Serian, Sri Aman, Mukah, Samarahan, Limbang, Lawas, Sarikei, Bintangor, Kanowit, Kapit and Samalaju. Bandar-bandar utama dengan liputan fiber termasuk Kuching, Bintulu, Sibu, Miri dan Lanang. Liputan fiber akan diperluaskan ke bandar-bandar lain pada masa akan datang. Untuk menyemak ketersediaan fiber, sila lawati kami di http://bit.ly/2bybiux

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Maxis ONEBusiness Office, sila layari kami di www.maxis.com.my/onebusinessoffice atau hubungi kami di 1700-81-8881.

Categories

Enterprise

Popular Posts

Archives
Tags