Hotlink RED, Pek Prabayar Baharu Yang Mempertingkatkan Pengalaman Anda Dengan Internet Tanpa Had Untuk Aplikasi Kegemaran Anda

schedule 19 Jan 2018

Hotlink mempertingkatkan pengalaman Internet pelanggan dengan pelancaran pek prabayar terkini, Hotlink RED. Pasaran prabayar kini penuh dengan tawaran yang memberi banyak data, tetapi ia selalunya ditawarkan bersama pelbagai batasan, terutamanya bagi had laju dan penggunaan. Dengan Hotlink RED, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman Internet berkelajuan tinggi tanpa had dan tanpa sebarang batasan.

“Dengan pelancaran pek Hotlink RED terbaharu kami, kami ingin memberi pelanggan kuasa dan kebebasan untuk mengalami Internet dengan cara yang mereka gemari, tanpa berasa bimbang tentang batasan masa atau penggunaan. Selain itu, mereka boleh menikmati pek ini di rangkaian terpantas 4G No. 1 serta 10GB Facebook berkelajuan tinggi setiap bulan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis

Butir-butir Hotlink RED

Berharga RM10, Hotlink RED dilengkapi dengan kredit RM5, 300MB Internet berkelajuan tinggi dan menawarkan pelanggan:

• 10GB Facebook berkelajuan tinggi tanpa batasan

• Pas Internet mudah alih dari serendah RM3 untuk 2GB

• Boosters Sosial & Chat tanpa had untuk aplikasi kegemaran mereka dengan sebarang pembelian pas MI pada aplikasi Hotlink RED

• Tawaran terbaik HotlinkMU setiap hari di aplikasi Hotlink RED

• Kadar IDD dan IDD Hot bundle terbaik

Bersempena dengan pelancaran ini, Hotlink juga telah mempertingkatkan pas Internet dengan lebih banyak kuota data:

Hotlink RED baharu boleh dibeli di semua pengedar Hotlink, Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai hari ini. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf kepada pelan Hotlink RED boleh berbuat demikian melalui aplikasi Hotlink RED. Mereka hanya perlu pergi ke ‘More’, memilih 'My Account’ dan memilih 'Change’ di sebelah 'Rateplan’. Selain itu, mereka boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih mereka.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Hotlink RED di www.hotlink.com.my.

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Gamuda Land and Maxis Collaborate for Nation’s First Maxis-delivered 5G Township towards a Smart Sustainable City

Paving the way to future-proof its townships, renowned developer Gamuda Land and Maxis, Malaysia’s leading converged communications and digital services company, have formed a strategic partnership to appoint Maxis as the preferred connectivity and solutions provider to create Malaysia’s first Maxis-delivered 5G township for Gamuda Cove, Gamuda Land’s latest township development, when 5G is eventually launched in the country.

Enterprise
access_time 12 May 2018
Archives
Tags