Miliki Vivo Y81i Dengan Hanya RM1 Dan Nikmati 10GB Data Internet Berkelajuan Tinggi Dengan Pelan Baru Hotlink Postpaid Flex Plus

schedule 06 Dec 2018


Berikutan kejayaan pelan Hotlink Postpaid Flex yang mendapat sambutan tinggi sejak ianya dilancarkan awal tahun ini, Hotlink kini menjadikan proses untuk menaiktaraf pelan ke pascabayar lebih mudah dengan pelancaran pelan terbarunya, Hotlink Postpaid Flex Plus yang ditawarkan bersama sebuah telefon mudah alih dan lebih banyak data.

Pelanggan yang mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus kini boleh memiliki telefon mudahalih Vivo Y81i dengan hanya RM1 atau Vivo Y85 pada harga RM199, bersama dengan bayaran pendahuluan untuk kedua-dua peranti. Dengan hanya RM60 sebulan, pelan tersebut menawarkan 10GB data Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G terpantas di Malaysia, termasuk panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

“Bagi kebanyakan pelanggan, menaiktaraf dari prabayar ke pascabayar merupakan satu pengalaman yang berlainan bagi mereka. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, sama ada harga peranti atau pelan itu sendiri. Hotlink Postpaid Flex Plus menawarkan satu penyelesaian bagi kerumitan yang dihadapi ini, kerana kami menawarkan pelanggan peluang yang mudah untuk memiliki telefon mudahalih terbaru Vivo serendah RM1, di samping menikmati data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB termasuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dalam rangkaian 4G terpantas. Dengan menjadikan proses peralihan pelan ke pascabayar lebih mudah, kami menumpukan kepada pelanggan dari produk dalam pelan yang kami tawarkan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Pelanggan boleh mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus dan Hotlink Postpaid Flex di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai hari ini.

Hotlink Postpaid Flex bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB. Pelan ini memberi pelanggan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf sendiri pelan Internet mereka berdasarkan apa yang mereka mahu. Ini termasuk pelbagai pas Internet dan aplikasi tanpa had; aplikasi sosial chat, dan muzik - serendah RM5. Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Postpaid Flex, lawati www.hotlink.com.my/pascabayar.
 

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Gamuda Land and Maxis Collaborate for Nation’s First Maxis-delivered 5G Township towards a Smart Sustainable City

Paving the way to future-proof its townships, renowned developer Gamuda Land and Maxis, Malaysia’s leading converged communications and digital services company, have formed a strategic partnership to appoint Maxis as the preferred connectivity and solutions provider to create Malaysia’s first Maxis-delivered 5G township for Gamuda Cove, Gamuda Land’s latest township development, when 5G is eventually launched in the country.

Enterprise
access_time 12 May 2018
Archives
Tags