Bulan Kemerdekaan Ini, Sokong Pemuliharaan Haiwan Terancam Melalui Projek ‘Endangered Malaysians’ Maxis


Bagi ramai rakyat Malaysia, hidupan liar seperti orang utan, tapir dan harimau (lebih dikenali kepada kami sebagai simbol kebangsaan, Harimau Malaya) adalah sebahagian besar daripada budaya kita, terutamanya dalam cerita-cerita rakyat tempatan. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, haiwan-haiwan ini semakin berkurangan dan hampir pupus. Ini bermaksud pemuliharaan mereka pada masa ini adalah amat penting.

Sempena bulan kemerdekaan ini, Maxis telah bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk meraikan SEMUA rakyat Malaysia dengan menyokong pemuliharaan haiwan terancam di Malaysia melalui projek Endangered Malaysians. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Maxis telah bekerjasama dengan Huawei dan jurugambar terkemuka Malaysia* untuk mengabadikan dan meraikan haiwan ini - sebagai rakyat Malaysia - melalui kuasa teknologi dan fotografi.

TFoto-foto tersebut akan dikongsi di laman web dan laman Facebook Maxis sebagai sebahagian daripada ikrar #KitaRakyatMalaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memainkan peranan dalam melindungi haiwan-haiwan terancam ini.

Berikut adalah cara untuk berkongsi ikrar anda:

  1. Lawati www.maxis.com.my/KitaRakyatMalaysia
  2. Klik pada butang “Make A Pledge” di laman web
  3. Tunggu sehingga munculnya pop-up dengan pilihan untuk berkongsi foto dan ikrar pada profil Facebook anda
  4. Ikrar tersebut akan disertakan dengan hashtag rasmi, #KitaRakyatMalaysia
  5. Untuk setiap ikrar, Maxis akan mendermakan RM1 kepada PERHILITAN ke arah usaha pemuliharaan mereka

“Sempena bulan kemerdekaan ini, kami mendefinisikan semula apa yang dimaksudkan sebagai rakyat Malaysia. Oleh kerana haiwan-haiwan terancam ini juga adalah rakyat Malaysia dan harus dilindungi, kami ingin meraikan mereka menggunakan teknologi dan fotografi dengan cara yang bermakna untuk memberi impak,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis.

“Bilangan haiwan-haiwan ini di hutan semakin berkurangan, oleh itu, ia amat penting untuk kita mengambil tindakan sekarang dan menyokong pemuliharaan mereka. Maxis gembira dapat bekerjasama dengan PERHILITAN dan Huawei untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu ini dan melibatkan rakyat Malaysia menerusi projek kami ini,” tambah Tai.

Melalui projek ini, Maxis juga mewujudkan kesedaran tentang pemuliharaan haiwan di kalangan generasi muda. Melalui program eKelas, Maxis menganjurkan bengkel seni untuk pelajar eKelas serta menghasilkan kandungan yang berkaitan untuk portal eKelas. Maxis eKelas adalah program tanggungjawab sosial utama Syarikat yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan komuniti luar bandar. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.

Maxis merupakan inovator yang konsisten dalam menggunakan teknologi untuk menyokong usaha-usaha yang bermakna. Pada tahun 2016, Maxis bekerjasama dengan EPIC Homes dan peruncit-peruncit atas talian terkemuka dalam projek Kongsi Home, untuk mengubah e-dagang kepada e-amal. Sebagai sebahagian daripada projek tersebut, rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli bahagian-bahagian rumah secara atas talian, yang kemudiannya digunakan untuk membina rumah bagi komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik. Pada tahun yang sama, Maxis membantu mangsa banjir untuk terus berhubung melalui penggunaan S.O.S. Power Pot, sebuah alat mudah alih yang menukar tenaga haba kepada elektrik. Ia mengupayakan para pengguna mengecas telefon mereka apabila mendidihkan air dengan hanya menyambungkannya ke kabel USB alat tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Endangered Malaysians, saksikan video ini atau lawati www.maxis.com.my/KitaRakyatMalaysia. Anda juga boleh menyertai kami untuk acara eksklusif di IPC Shopping Centre, dari 24 Ogos hingga 2 September, 10 pagi hingga 10 malam. Maxis akan mengadakan pameran visual mengenai haiwan terancam dan renjer taman dari PERHILITAN juga akan memberikan ceramah kepada para pengunjung.

Archives
Tags

Popular
Posts

Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE
Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis, the leading converged solutions company in Malaysia, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Penang State Government to be the State’s trusted technology partner. The MoU, which was signed today by both parties, was witnessed by Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, the Chief Minister of Penang.

TELL ME MORE
Jendela

Telecommunications Operators Committed to JENDELA to Deliver Seamless Digital Connectivity for all Malaysians

Telecommunications operators Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad and TIME dotCom Berhad (collectively ‘the Industry’), are fully committed to partner with the Government and make connectivity a basic utility to fast-track Malaysia’s transition into a high-income digital society. The Jalinan Digital Negara (JENDELA) action plan announced recently by the Prime Minister of Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, will be the platform to achieve these aspirations by accelerating the country's digital connectivity through widespread deployment of mobile, fibre and fixed wireless access, and paving the way to 5G, under the 12th Malaysia Plan (2021–2025).

TELL ME MORE