Sukarelawan Maxis Menanam 200 Pokok Dalam Satu Hari Sebagai Sebahagian Daripada Inisiatif Green-Up

 

schedule 28 Aug 2018


Berbekalkan alat, but dan matlamat bersama untuk meminimumkan jejak karbon mereka, 40 kakitangan Maxis baru-baru ini menuju ke Hutan Simpan Raja Musa di Selangor untuk menanam 200 pokok, sebagai sebahagian daripada inisiatif Maxis Green-Up .

Adzhar Ibrahim, Ketua Sumber Manusia Maxis, yang turut mengambil bahagian dalam acara tersebut, berkata, “Kakitangan Maxis amat berdedikasi terhadap kerja mereka, dan turut mempunyai dedikasi yang sama terhadap usaha-usaha tanggungjawab sosial. Melalui M Squad, program sukarelawan dalaman Maxis, kami memberi peluang kepada semua kakitangan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan inisiatif yang bermakna, dan berkhidmat kepada masyarakat. Kami bangga melihat mereka mengambil bahagian dalam acara penanaman pokok ini dan memaparkan semangat Green-Up masing-masing!”

Maxis Green-Up adalah inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan amalan hijau di kalangan kakitangan. Antara aktiviti Maxis Green-Up yang telah diperkenalkan pada tahun ini termasuk ikrar untuk tidak menggunakan straw plastik, pengumpulan e-waste dan bengkel upcycling, di mana kakitangan diajar bagaimana untuk menukar bahan buangan menjadi barang buatan sendiri yang menarik.

Categories

Community

Popular Posts

Archives
Tags