Maxis Memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Fiber Pantas Pada Harga Berpatutan Untuk Semua Kediaman Dan Perniagaan Di Malaysia

schedule 20 Aug 2018


Menerajui era baharu untuk mengarus perdanakan jalur lebar fiber, Maxis hari ini melancarkan pelan jalur lebar fiber pada harga yang paling berpatutan dan tanpa risau untuk pengguna am dan perniagaan. Proposisi tanpa sekatan, ‘Sentiasa Terhubung’ Maxis ini menawarkan pelanggan pengalaman Internet terunggul, disokong oleh rangkaian fiber pantas yang lebih maju serta perkhidmatan yang lebih baik.

Pelan fiber baharu untuk pengguna am dan perniagaan ini ditawarkan pada kelajuan sehingga 100Mbps, pada harga 36% - 65% lebih rendah berbanding pelan-pelan sebelum ini. Bagi pengguna am, pelan 100Mbps ditawarkan pada harga RM129 sebulan, dan 30Mbps pada harga RM89 sebulan. Sementara itu, pelanggan perniagaan boleh menggunakan pelan 100Mbps pada hanya RM139 sebulan, dan 30Mbps untuk RM99 sebulan, termasuk pilihan perkhidmatan gred perniagaan yang 'Sentiasa Terhubung' dan pelbagai manfaat tanpa risau.

Pelan baharu fiber kediaman menawarkan Internet tanpa had, dan mengupayakan pengguna untuk menikmati sebanyak mana akses Internet yang mereka inginkan, dan juga router dwi-band untuk memaksimumkan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi. Selain itu, pelan ini juga menawarkan perkhidmatan Maxperts, pakar-pakar Internet yang memastikan pengalaman fiber bermula dengan sebaik mungkin dan tetap baik dengan pemasangan yang menyeluruh dan sokongan jaminan. Kelajuan yang baharu ini mengupayakan penstriman resolusi tinggi, penggunaan peranti serentak, permainan (gaming) tanpa gangguan, dan banyak lagi. Pelan 100Mbps ini juga menawarkan panggilan suara tanpa had dan telefon DECT percuma, manakala pelanggan yang mendaftar untuk pelan 30Mbps boleh memilih tawaran ini.

Proposisi baharu fiber perniagaan menawarkan pelbagai manfaat gred perniagaan – sambungan ‘Sentiasa Terhubung’ untuk kesinambungan perniagaan yang lengkap dan sokongan teknikal Maxperts. Selain itu, perniagaan juga akan menikmati router kelas perniagaan yang sudah bersedia untuk permintaan masa depan, yang akan mengupayakan peningkatan kelajuan tambahan apabila ia tersedia, dengan pilihan fleksibel tambahan untuk memilih pelbagai penyelesaian tambahan berdasarkan keperluan tertentu perniagaan. Pakej 100Mbps adalah tawaran lengkap untuk semua jenis perniagaan dan juga panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.

“Proposisi tanpa risau adalah sesuatu yang konsisten dalam semua produk dan penyelesaian kami, dan Maxis akan terus memberi komitmen kepada semua pelanggan jalur lebar kediaman kami. Melalui pelan yang amat berpatutan, tanpa syarat dan sekatan ini, kami pada dasarnya telah memulakan satu era baharu bagi perkhidmatan jalur lebar fiber yang boleh diakses oleh lebih banyak lagi kediaman di Malaysia. Kami kini menuju terhadap penyelesaian bersepadu, dan kami mempunyai keupayaan untuk menawarkan kedua-dua perkhidmatan tetap dan mudah alih penyelesaian sambungan yang lengkap kepada pelanggan jalur lebar kami,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

“Dalam dunia digital, sambungan adalah sesuatu yang amat penting bagi semua jenis perniagaan, terutamanya bagi PKS dan PKS mikro yang beroperasi dalam persekitaran yang sangat kompetitif. Ini bermakna mereka memerlukan ketenangan fikiran bahawa mereka mempunyai sambungan yang ‘Sentiasa Terhubung’ dan boleh dipercayai, sepanjang masa. Oleh kerana lebih banyak perniagaan kini bergantung kepada penggunaan web dan perkhidmatan awan, sambungan fiber dari Maxis menawarkan penyelesaian terbaik untuk perniagaan supaya mereka dapat beroperasi dan berkembang dengan penuh keyakinan. Pelan fiber perniagaan kami adalah penyelesaian yang terbaik untuk menyediakan masa depan perniagaan Malaysia, kerana ia mengupayakan mereka untuk berfokuskan kepada apa yang paling penting kepada mereka, iaitu menjalankan perniagaan mereka dengan jaminan bahawa sambungan mereka tidak akan terganggu. Asas teknologi ini cukup fleksibel untuk menyokong mereka selaras dengan keperluan masa depan mereka,” kata Paul McManus, Ketua Perusahaan Maxis.

Sesiapa sahaja boleh membuat pra-pendaftaran dengan serta-merta untuk pelan-pelan ini. Lawati www.maxis.com.my/fibrenation, dan isi borang web. Pelanggan sedia ada Maxis juga boleh mendaftar kepada pelan baharu ini dengan mengisi borang web. Pelan-pelan baharu ini akan ditawarkan mulai 13 September 2018.

“Kami percaya bahawa jalur lebar mempunyai masa depan yang cerah dan kami melihat potensi pertumbuhan yang ketara di pasaran ini. Kami mengalu-alukan usaha Kerajaan untuk mengupayakan industri menawarkan lebih banyak pilihan dengan harga yang kompetitif kepada pengguna am dan perniagaan. Sementara itu, kami juga akan terus melabur dalam mengakses rangkaian fiber sedia ada di Malaysia dan membinanya sendiri di mana mungkin. Kami menjangka akan mendapat akses kepada kelajuan lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang dan apabila ini sudah tersedia, kami akan menawarkan pelan baharu kepada para pelanggan,” kata Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Untuk maklumat lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis, layari kami di www.maxis.com.my/fibrenation

Categories

Lifestyle
Enterprise

Popular Posts

Archives
Tags