Pengalaman Tanpa Risau Untuk Semua Keperluan Telefon Anda Dengan Maxis Zerolution360


Sama ada untuk menyemak dan membalas e-mel, perbankan, membeli-belah, perkhidmatan e-hailing atau mendapatkan arahan navigasi, telefon mudah alih adalah alat komunikasi yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kini, kehilangan akses kepada telefon mudah alih adalah sesuatu yang bukan sahaja menyusahkan, tetapi tidak boleh lagi diterima.

Hari ini, Maxis memperkenalkan cara yang baharu untuk menggunakan peranti dengan pelancaran Zerolution360, program keahlian telefon yang menawarkan pelanggan pengalaman 360 yang lengkap dan tanpa risau untuk semua keperluan peranti mereka - dari saat mereka mendaftar dan menggunakan telefon mereka, serta proses penyelenggaraan dan menaiktaraf pada masa hadapan.

Dengan Zerolution360, pelanggan boleh memilih mana-mana telefon utama terbaharu yang disediakan dan pelan MaxisONE yang mereka inginkan, tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa kad kredit, serta pelan perlindungan yang komprehensif - untuk pengalaman peranti yang menyeluruh. Antara manfaat utama yang ditawarkan termasuk gantian peranti menyeluruh segera bagi telefon yang dicuri atau rosak, perlindungan peranti penuh serta naiktaraf telefon percuma setiap dua tahun dengan pilihan naiktaraf tahunan (dengan bayaran). Pelanggan yang mendaftar untuk program keahlian ini tidak perlu mendaftar ke pelan kontrak kami.

“Tidak boleh dinafikan bahawa telefon mudah telah menjadi sesuatu yang amat penting kepada kehidupan seharian kita; ia adalah sebuah alat yang menghubungkan kita kepada hal-hal berkaitan dengan kerja atau untuk urusan peribadi. Oleh itu, kehilangan akses ke peranti kami dalam keadaan apa pun adalah sesuatu yang tidak lagi boleh diterima. Melalui Zerolution360, kami menyediakan pelanggan pengalaman dan proses penyelenggaraan peranti tanpa risau yang menyeluruh, bukan hanya dengan memberi mereka kebebasan dan fleksibiliti untuk memiliki peranti dengan cara yang mereka inginkan, tetapi menawarkan pengalaman tanpa risau dimana mereka boleh menjalankan kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar ke Zerolution360:

Pelanggan boleh memilih dari pelbagai jenis telefon utama dengan bayaran bulanan yang berpatutan (bayaran berbeza bergantung kepada harga peranti). Mereka juga boleh memilih antara dua pakej perlindungan, Asas dan Premium. Dengan pakej Premium, iaitu bayaran tambahan sebanyak RM10 sebulan, pelanggan akan mendapat khidmat pembaikan keutamaan dengan masa pembaikan yang lebih pantas, telefon pinjaman sementara, dan penggantian skrin percuma sekali.

Untuk mendaftar ke Zerolution 360, lawati mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zerolution 360, saksikan video ini https://youtu.be/x2ekonEIA00 atau lawati www.maxis.com.my.

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE