maxis

Ookyo, Satu-Satunya Pelan Prabayar Digital Di Malaysia Yang Menawarkan Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Had Untuk Aplikasi Pilihan Anda

schedule 17 Apr 2018


Mulai hari ini, SEMUA pelanggan ookyo akan menikmati Internet tanpa had untuk 4 aplikasi pilihan mereka - tanpa sebarang sekatan atau syarat - sepanjang hari, setiap hari. Anda sekarang boleh memilih 4 aplikasi daripada lebih daripada 100 aplikasi, dan juga menikmati data berkelajuan tinggi tambahan sebanyak 5GB serta panggilan dan SMS tanpa had, dari hanya RM30 sebulan.

Di samping itu, pengguna boleh menikmati kelajuan terpantas, kerana ookyo dikuasai oleh Maxis 4G. ookyo adalah 100% pelan prabayar digital, dimana keseluruhan perkhidmatan dan pengalaman boleh diuruskan sendiri dengan mudah dari aplikasi ookyo, termasuk pendaftaran, pengurusan aplikasi, perkhidmatan pelanggan dan pembayaran. Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran melalui debit langsung dan memilih untuk memperbaharui pelan mereka secara automatik.

“Apa yang membuatkan ookyo sangat menarik adalah ia memberi pengguna kawalan sepenuhnya untuk menikmati Internet mengikut keinginan mereka. Pelan ookyo baharu ini seiring dengan kehendak pasaran. Kini, terdapat pelbagai aplikasi yang baharu dan popular yang sentiasa muncul, dan kami ingin memberi pengguna kebebasan untuk memilih 4 aplikasi kegemaran mereka. Mereka juga mempunyai fleksibiliti untuk menukar pilihan mereka pada bulan seterusnya. ookyo merupakan satu-satunya pelan prabayar digital yang memberi tawaran ini. Jika aplikasi kegemaran anda tidak termasuk dalam senarai kami, sila beritahu kami. Kongsikan melalui aplikasi ookyo dan kami akan cuba masukkannya dalam senarai kami,” kata Maybel Chan, Ketua ookyo.

Dengan ookyo, anda akan menikmati:
Dengan ookyo, anda akan menikmati: – Anda tidak terhad kepada aplikasi 'popular' sahaja. Kini, pilih dari lebih dari 100 aplikasi, termasuk YouTube. Senarai ini sentiasa dikemas kini, berdasarkan permintaan pelanggan.
Internet berkelajuan tinggi tambahan sebanyak 5GB termasuk dalam pelan ini, untuk kegunaan Internet anda yang lain
Panggilan dan SMS tanpa had untuk hanya RM8 sebulan
Tambah Internet tanpa had untuk lebih dari 100 aplikasi – Jika 4 aplikasi tidak mencukupi, dengan hanya serendah RM3 sebulan, pelanggan boleh menikmati Internet tanpa had untuk aplikasi lain, seperti penstriman video, permainan, filem, muzik, dan banyak lagi
Kredit Google Play percuma – Nikmati 10% kredit Google Play dengan setiap Ringgit yang dibelanjakan di kedai ookyo. Kredit ini boleh digunakan di mana-mana sahaja di Google Play Store termasuk pembelian in-app serta pembelian filem, buku dan majalah di Play Store.
Rangkaian yang boleh dipercayai – ookyo dikuasakan oleh Maxis 4G, dan ini bermaksud pelanggan boleh menikmati pengalaman Internet yang amat pantas dan lancar. ookyo boleh digunakan melalui kedua-dua rangkaian 3G dan 4G.
Pengguna boleh mendaftar ke ookyo secara digital. Mereka hanya perlu mendaftar di laman web ookyo (www.ookyo.com.my), atau memuat turun aplikasi ookyo dari Google Play Store. SIM percuma akan dihantar kepada mereka tanpa caj.

Untuk maklumat lanjut tentang ookyo, saksikan video ini: https://youtu.be/K8P86ACBo_8

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags