Kongsi Hadiah Cahaya Dengan Maxis Deepagrams, Hologram Deepavali Pertama Seumpamanya

schedule 12 Oct 2017

 

Bersempena Deepavali ini, kita menyalakan rumah untuk meraikan dan berkongsi kemenangan cahaya ke atas kegelapan, dan kebaikan ke atas kejahatan. Tahun ini, Maxis memperkenalkan Deepagrams, paket wang yang berubah menjadi cahaya hologram menggunakan telefon mudah alih. Lebih daripada hadiah wang, Maxis Deepagrams adalah cahaya hologram pertama seumpamanya yang boleh dikongsi. Untuk mengetahui bagaimana paket ini berfungsi, saksikan video ini: https://youtu.be/hImQ-kITn_I.

“Deepavali ini, kami ingin menjadikan setiap paket wang menjadi hadiah cahaya. Deepagrams membolehkan para pengguna berkongsi cahaya dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini menggunakan teknologi. Paling penting sekali, cahaya ini menjadi hadiah yang membawa kegembiraan kepada orang yang paling bermakna kepada kita,” kata Tai Kam Leong, Ketua Penjenamaan dan Kerjasama.

 

Setiap paket wang Maxis Deepagram dilengkapi dengan prisma telus khas. Pasang prisma tersebut; imbas kod QR yang terletak di belakang paket dengan telefon pintar anda; letakkan prisma di atas telefon pintar anda dan saksikan cahaya hologram yang menjelma.

Para pelanggan boleh mendapatkan Maxis Deepagrams ini dari mana-mana Pusat Maxis di seluruh negara mulai hari ini sehingga stok masih ada.

Categories

Lifestyle
Community

Popular Posts

Archives
Tags