Maxis Dan Etiqa Bekerjasama Untuk Menawarkan Program Insurans Berasaskan Penggunaan (UBI) Yang Komprehensif

schedule 15 Nov 2017

 

Maxis dan Etiqa bekerjasama untuk menawarkan program insurans berasaskan penggunaan (usage based insurance - UBI) yang unggul bagi pelanggan mereka. Dengan memanfaatkan kekuatan Maxis mDrive sebagai penyelesaian penjejakan kenderaan yang terbukti dan tawaran insurans am premium yang luas di Etiqa, program UBI ini akan menawarkan perniagaan peniimatan kos yang lebih dan kecekapan perniagaan.

mDrive adalah penyelesaian penjejakan kenderaan yang mudah dan mampu dimiliki yang mengoptimumkan kecekapan dan produktiviti melalui pemantauan maklumat penting kenderaan, seperti lokasi kenderaan mereka, perbatuan dan kesihatan enjin. Penyelesaian ini juga boleh memberi gambaran tentang pola tingkah laku pemandu apabila ditanda aras terhadap piawaian antarabangsa bagi pemanduan yang selamat. Dan kini, penyelesaian ini juga dilengkapkan dengan UBI.

mDrive bersama dengan program UBI ini membolehkan perniagaan menikmati manfaat berikut:

  • Ketenangan fikiran - Perniagaan boleh memantau lokasi kenderaan mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja dan memastikan ia berada di tempat yang sepatutnya. Dengan menjejaki kenderaan mereka, perniagaan dapat memastikan penghantaran barangan dan perkhidmatan yang tepat pada masanya, dengan itu, meningkatkan kepuasan pelanggan.
  • Kecekapan perniagaan – Memantau dan menganalisa tingkah laku pemandu secara umumnya menggalakkan pemandu lebih berhati-hati di jalan raya. Dengan memandu lebih selamat, peluang kemalangan dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan keselamatan jalan raya dan juga mengurangkan gangguan kepada operasi perniagaan kerana kenderaan kekal dalam keadaan yang terbaik.
  • Penjimatan kos – Perniagaan dengan kenderaan yang dijejaki biasanya akan memastikan pemandunya tidak mengambil risiko di jalan raya, contohnya mengurangkan kelajuan pemanduan mereka. Hasil daripada pemanduan yang lebih selamat, mereka melihat manfaat tambahan dari segi pengurangan saman trafik dan juga pengurangan kos minyak. Dan dengan premium insurans yang lebih baik, perniagaan berpotensi menikmati penjimatan kos yang signifikan.

“Maxis mDrive telah mendapat sambutan yang baik dari pelbagai perniagaan kerana ia merupakan penyelesaian tunggal yang boleh disesuaikan dengan kenderaan syarikat dan boleh diskala dengan mudah pada harga yang berpatutan. Sekarang, dengan manfaat tambahan kupayaaan skor pemandu UBI yang sedia ada, Maxis membolehkan perniagaan menikmati penjimatan kos dengan premium insurans yang lebih rendah dari Etiqa. Kerjasama ini selaras dengan matlamat kami dalam menyediakan penyelesaian perniagaan inovatif yang memberi nilai lebih yang akan membantu perniagaan beroperasi dengan lebih cekap,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis.

Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Ageas Holdings Berhad, syarikat induk Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad berkata, “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Maxis dan mempunyai peluang untuk menjadikan jalan raya di Malaysia sebuah tempat yang lebih selamat untuk semua. Pemanduan yang selamat kini boleh menjadi realiti, dan oleh kerana pemanduan kenderaan perniagaan boleh dijejaki dan dipantau kini bermakna mereka akan lebih berhati-hati apabila mereka memandu. Di bawah program ini, Etiqa menawarkan insurans UBI yang unik hanya untuk pelanggan mDrive, dimana mereka akan menikmati kadar premium yang lebih baik. Selagi mereka mengekalkan tingkah laku pemanduan yang baik dalam tempoh satu tahun, tawaran tersebut akan dilanjutkan.”

Untuk maklumat mengenai mDrive dengan UBI, lawati http://www.maxis.com.my/mdrive

Categories

Enterprise

Popular Posts

Archives
Tags