Iklan Hari Ibu Maxis Menunjukkan Bagaimana A.I. Tidak Boleh Menggantikan Sentuhan Peribadi Manusia

schedule 15 May 2017


Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence - A.I.) merupakan topik yang hangat, terutamanya bagaimana ia bakal mengubah kehidupan manusia di masa hadapan. Ini termasuk soalan mengenai bagaimana mesin, atau mungkin robot, boleh mengambil alih peranan yang sebelum ini dipegang oleh manusia.

Menuju tahun 2020, firma penyelidikan teknologi Gartner menganggarkan bahawa 85% daripada interaksi pelanggan akan diuruskan tanpa manusia , dengan beberapa saintis terkemuka dunia A.I. meramalkan bahawa mesin mampu mengakali manusia sebelum 2030.

Memandangkan A.I. sedang hangat diperbincangkan, Maxis mengambil keputusan untuk melancarkan iklan Hari Ibu yang memberi tumpuan kepada topik ini, dengan bertanya satu soalan yang menarik – mampukah A.I menggantikan M.I. (Mother’s Instinct atau Naluri Ibu)? Saksikan iklan ini: https://www.youtube.com/watch?v=VsADQHZn4Sg

“Iklan ini bermula dengan idea untuk menjalankan promosi kesetiaan yang mudah melalui MyMaxis App sempena Hari ibu - untuk membolehkan semua pelanggan kami ‘melayan ibu bak permaisuri, istimewa daripada Maxis secara percuma’. Tetapi oleh kerana A.I. kini merupakan topik perbincangan yang hangat, seperti bagaimana robot dan mesin mampu menggantikan manusia, kami mengambil kesempatan untuk berkongsi sesuatu yang baharu dan menarik tentang Kepintaran (yang boleh dicontohi oleh mesin) berbanding Naluri (Ibu lebih mengetahui). Kami gembira dengan hasil iklan ini dan juga dengan sambutan baik dari rakyat Malaysia terhadap video ini,” kata Bernard Lee, Ketua Komunikasi Pasaran Maxis.

Antara tawaran istimewa Hari Ibu yang boleh dinikmati termasuk tawaran percuma dari pelbagai peniaga, dari makan, memanjakan, membeli-belah untuk hiburan. Ini termasuk:

  • Kumpulan Dorsett: Bufet Beli 2 Percuma 1 @ Victoria Brasserie (Dorsett Grand Labuan), Terazza Brasserie / Restoran Maharaja (Dorsett Grand Subang)
  • Eu Yan Sang: Beli 2 Percuma 1 Sarang Burung YEN Secret
  • Chimp Bunga: Percuma 2 pek Ferrero Rocher bagi setiap jambak bunga yang dipesan (dengan pembelian minimum RM130)
  • Haagen-Dazs: Beli 1 Percuma 1 satu sudu ais krim
  • Kumpulan Hilton: Bufet Beli 2 Percuma 1 @ Makan Kitchen (DoubleTree by Hilton KL), Paya Serai (Hilton PJ), Vasco (Hilton KL), Waterfront Café (Hilton Kuching), Urban Kitchen (Hilton KK)
  • Kaodim: Bunga hatbox percuma dengan apa-apa perkhidmatan pembersihan menyeluruh
  • Mandara Spa: Beli 1 Percuma 1 untuk mana-mana pakej
  • SK-II: Rawatan intipati muka percuma 75ml dengan pembelian 160ml
  • Sothy’s: Beli 1 Percuma 1 untuk mana-mana rawatan muka
  • Sunway Lagoon: Beli 2 Percuma 1 tiket kemasukan dewasa
  • Traveloka: Kupon percuma bernilai RM100 (dengan urus niaga minimum RM300 untuk tempahan hotel)
  • dan banyak lagi

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Microsoft MOU

In line with its ambition to be the leading ICT and solutions provider for Enterprise customers, Maxis is proud to announce its collaboration with Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd (Microsoft) through a Memorandum of Understanding (MoU), committing to use their respective expertise, technology and capabilities to create innovative digital solutions for organisations in Malaysia. Concurrently, the collaboration makes Maxis the first telco in Malaysia to offer fixed line voice calls with Microsoft Teams unified communications, as part of Microsoft’s Modern Workplace solutions.

Enterprise
access_time 28 Jan 2020
brochures 5G eKelas Photo Group

Showcasing the potential of 5G in education, Maxis demonstrated its 5G use case, the virtual reality (VR) experience for Science learning in its eKelas programme to Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia at Pusat Internet IOCC today. The VR learning experience by Maxis is the only 5G use case in the education vertical being piloted under the 5G Demonstration Projects in Langkawi.

Community
access_time 20 Jan 2020
Archives
Tags