Maxis Melancarkan NeXT M1

schedule 03 Mar 2017


Anda mungkin telah mendengar mengenai sebuah peranti baharu yang diperkenalkan di pasaran Ya, ia memang benar. Hari ini, Maxis mengumumkan kemasukannya ke dalam pasaran telefon pintar 4G dengan melancarkan peranti berjenama sendiri dipanggil NeXT M1, telefon 4G berkuasa yang menawarkan pengalaman pemilikan yang tidak dapat ditandingi dan pelan yang sedia diguna. Pelanggan boleh menikmati tawaran telefon pintar yang paling lengkap ini tanpa bayaran pendahuluan untuk hanya RM78 sebulan.

NeXT M1 boleh didapati melalui Maxis Online Store (https://store.maxis.com.my), serta semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis (MEP) di seluruh negara mulai esok, 3 Mac.
Dengan tawaran lengkap NeXT M1, para pelanggan akan menikmati:

  • Telefon NeXT M1 berkuasa - telefon pintar 4G yang mempunyai ciri-ciri canggih, dengan skrin 5.5-inci pada resolusi HD, kamera belakang 13MP, dan cip pemprosesan lapan-teras

  • Data dan panggilan minit sedia untuk diguna - 4GB data dan 50 minit panggilan percuma

  • Penjagaan muktamad - jaminan 24 bulan, penggantian segera dan perlindungan skrin selama 6 bulan
     


“Walaupun Maxis terkenal dengan membawa telefon dan peranti terbaik dengan pelan-pelan yang terbaik, kami ingin memberi pasaran sederhana (mid-range) satu tawaran yang menarik juga. Dengan peranti berjenama kami sendiri, NeXT M1, kami menawarkan manfaat yang setanding dengan telefon perdana seperti jaminan 24 bulan, penggantian segera dan perlindungan skrin pada harga berpatutan. Telefon pintar berkuasa ini juga dilengkapi dengan minit dan data percuma – ini merupakan satu pengalaman telefon yang sememangnya paling lengkap,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

 


NeXT M1 juga akan ditawarkan kepada pelanggan MaxisONE Business dan FlexiShare mulai akhir bulan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran NeXT M1, sila layari www.maxis.com.my/next
 

Categories

Lifestyle

Popular Posts

Archives
Tags