maxis

Maxis FlexiDeals Menawarkan Pilihan Hebat Peranti 4G Percuma Untuk Memperkasakan Perniagaan Anda

schedule 24 Mar 2017


Hari ini, Maxis mengumumkan pelancaran Business FlexiDeals, satu promosi yang unik dan terhad khas untuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat. Ia menawarkan pemilik perniagaan penyelesaian menyeluruh yang terbaik, berharga berpatutan dan lengkap dengan tawaran pemilikan peranti terbaik secara percuma.

Di samping itu, Business FlexiDeals membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana memenuhi permintaan bagi penumpuan mudah alih tetap. Dengan menggabungkan pilihan yang terbaik untuk setiap jenis perniagaan, antara tawaran khas yang boleh dinikmati semasa promosi ini adalah:

  • FlexiShare: Pelan kumpulan pertama di Malaysia yang membolehkan perkongsian data dengan kakitangan. Beli data secara pukal dan peruntukkan sewajarnya berdasarkan keperluan kakitangan anda. Kongsi dari serendah 75GB sebulan sehingga 1,500GB. FlexiShare juga kini ditawarkan bersama FlexiFund, yang boleh digunakan oleh syarikat untuk menebus peranti, bila-bila masa dalam tempoh 24 bulan.

  • Mobile Office: Membolehkan perniagaan untuk sentiasa diakses oleh pelanggan walaupun dari luar pejabat, dengan talian tetap profesional 1700 yang juga ditawarkan bersama ciri hunting line. Pakej ini ditawarkan bersama tiga talian mudah alih dan Unity Hotline Lite, dan untuk masa yang terhad, pelanggan boleh menjimatkan sehingga RM1,700 bagi sebuah telefon pintar 4G.

  • Pro@MyBusiness: Berikan syarikat anda imej perniagaan yang profesional dengan e-mel profesional, domain, penyimpanan awan dan sambungan yang kukuh.

  • FlexiExtras: Tambah penyelesaian perniagaan yang inovatif (mDrive, mPOS atau Office 365 Business Essentials) dari hanya RM1 bagi 3 bulan pertama.

Komunikasi amat penting, terutamanya untuk perniagaan. Kami ingin menyokong pertumbuhan perniagaan di Malaysia dengan memperkasakan mereka dengan penggunaan teknologi. Semakin banyak PKS sudah mula menggunakan peranti pintar untuk aplikasi perniagaan berasaskan awan yang lebih canggih. Melalui FlexiDeals, Maxis menyediakan pelbagai penyelesaian perniagaan yang boleh digunakan pada peranti 4G untuk semua jenis perniagaan, supaya ia dapat membantu mereka meningkatkan mobiliti dan membebaskan masa untuk lebih produktif,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis.

Pelanggan perniagaan juga akan dapat menikmati Internet fiber yang kukuh di pejabat dengan tawaran Zero Downtime Business Fibre, bermula dari RM191 sebulan.

Business FlexiDeals boleh didapati mulai 24 Mac hingga 30 Jun 2017. Pemilik perniagaan juga boleh mengunjungi Pusat Maxis terpilih di Ipoh, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang antara 27 dan 31 Mac untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Business FlexiDeals, lawati www.maxis.com.my/flexideals

Categories

Lifestyle

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags