Maxis 4G LTE Menyampaikan Pengalaman Video HD Terbaik Di YouTube Di Kesemua 14 Negeri

schedule 27 Mar 2017


Maxis telah muncul sebagai syarikat telekomunikasi yang secara konsisten menyampaikan penstriman video definisi tinggi (HD) yang lancar, mengikut YouTube Video Checkup. Ia adalah satu laman web khas yang dilancarkan secara rasmi minggu lalu hanya di Malaysia, dan menyediakan pengguna YouTube dengan skor syarikat-syarikat telekomunikasi yang berbeza di kawasan tertentu berdasarkan kualiti main semula (playback) YouTube.

Keputusan bagi prestasi rangkaian Maxis menunjukkan penerajuan yang jelas di seluruh negara:
 

“Rakyat Malaysia sukakan Internet dan kami percaya dalam menggembirakan pelanggan kami dengan memberikan mereka pengalaman Internet mudah alih yang terbaik. Inilah sebabnya Maxis terus membuat pelaburan yang besar untuk mengukuhkan infrastruktur rangkaian kami supaya pelanggan boleh menikmati pengalaman 4G yang berbeza pada telefon mereka. Keputusan ini menunjukkan bahawa penstriman video HD adalah lebih baik dengan 4G No.1 Maxis,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi Maxis.

Beliau menambah, “Kami gembira bahawa alat diagnostik seperti ini telah dilancarkan. Ia menyediakan ketelusan pengalaman rangkaian yang berbeza, dan memberikan pengguna langkah yang jelas dan boleh dipercayai berdasarkan data YouTube yang dikumpulkan dari pengalaman sebenar pengguna.”

Rating (penilaian) tertinggi untuk kelajuan buffer melalui Maxis 4G LTE di kesemua 14 negeri tidak berbelah bagi:

Menurut YouTube, rating 4.0 bintang adalah markah yang paling tinggi buat masa ini, kerana 4.5+ bintang dikhaskan untuk teknologi masa depan yang menyokong video jalur lebar yang lebih tinggi seperti Realiti Maya (virtual reality) dan video 360 darjah.

Peningkatan penggunaan video telah mendorong permintaan yang semakin tinggi untuk data mudah alih Maxis, yang telah meningkat dua kali ganda daripada 1.5GB tahun lalu kepada 4.0GB sebulan pada tahun 2016. Terdapat juga pertumbuhan yang besar dalam penembusan peranti 4G, yang meningkat kepada 43% daripada jumlah pelanggan Maxis pada tahun 2016. Trafik Maxis 4G meningkat 7 kali ganda pada 2016, yang digunakan khususnya untuk penstriman video yang berkualiti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Google, “Hari ini, kebanyakan penonton YouTube di Malaysia menonton video khususnya dari telefon pintar mereka, dengan dua pertiga daripada masa tontonan YouTube Malaysia adalah dari peranti mudah alih. Kebanyakan tontonan on-the-go ini adalah daripada pengguna yang menggunakan pelan data mudah alih. Momentum pertumbuhan bagi trend ini kelihatan kuat, dimana tontonan mudah alih di Malaysia meningkat sebanyak 84% berbanding tahun lalu.”

Bagaimana untuk menggunakan alat Video Checkup:

Lawati www.youtube.com/videocheckup.
Anda akan lihat laman web yang mudah dengan tiga tab, bersama dengan item-item berikut:
BANDING: Masukkan lokasi yang anda inginkan. Senarai operator di kawasan anda akan muncul, dengan markah mereka berdasarkan 5 bintang. Skor mewakili live video berkualiti yang anda boleh harapkan apabila anda menonton YouTube menggunakan pembekal mudah alih tertentu di kawasan tertentu.
TEROKA: Peta haba pengalaman playback YouTube melalui operator rangkaian di kawasan anda.
BELAJAR: Menerangkan penarafan bintang dan istilah dengan lebih terperinci.

Sekali lagi, rangkaian 4G LTE terkemuka industri Maxis telah terbukti memberikan liputan dan kelajuan yang terbaik untuk pengalaman Internet yang hebat. Maxis juga telah dinamakan Pembekal Telco & Rangkaian LTE Terbaik oleh Lowyat.NET Community Choice Awards Malaysia selama dua tahun berturut-turut, dan Rangkaian Terbaik bagi tahun 2016 oleh MCMC Wireless & Wired Broadband Services.

Categories

Network

Popular Posts

Archives
Tags