Cadangan Penempatan Persendirian Saham Biasa Baharu Maxis, Pada Harga Terbitan Yang Akan Ditentukan Kelak

schedule 19 Jun 2017

Seperti yang telah kami umumkan kepada Bursa Malaysia petang tadi, Maxis bercadang untuk menerbitkan 300 juta saham baharu Maxis secara penempatan persendirian kepada pelabur, yang akan dijalankan melalui satu latihan pembinaan tempahan (book-building) pada hari ini. Terma dan syarat terperinci bagi penempatan saham tersebut hanya dapat ditentukan setelah selesainya pembinaan tempahan (book-building) itu nanti. Kami menjangkakan penempatan persendirian ini akan selesai pada akhir bulan Julai 2017.

Langkah penjanaan dana ekuiti ini dijangka mengukuhkan kedudukan kewangan Kumpulan Maxis dan akan memberikan kami fleksibiliti untuk membiayai yuran penguntukan spektrum masa depan dan strategi pertumbuhan.

Pengumuman lanjut akan dibuat selepas tamatnya latihan book-building pada hari ini.

Sila rujuk kepada kenyataan Bursa Malaysia di sini: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5463885

Categories

Corporate

Popular Posts

Archives
Tags