Maxis Merekodkan Suku Ke-Empat Yang Kukuh Dan Momentum Positif Menuju 2017

schedule 08 Feb 2017

 

Maklumat Penting:

  • Keuntungan Selepas Cukai meningkat 14% kepada RM544 juta
  • Hasil perkhidmatan meningkat 0.5% kepada RM2,165 juta
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) meningkat 5.5% ke RM1,183 juta
  • Penerajuan yang jelas dalam liputan rangkaian 4G LTE
  • Mengisytiharkan dividen interim ke-empat sebanyak 5 sen bersih sesaham

Maxis merekodkan suku ke-empat yang kukuh dan mengakhiri tahun dengan prestasi operasi dan kewangan yang baik, dengan tarikan yang tinggi bagi perkhidmatan data utama, walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar. Pada tahun 2016 secara keseluruhan, Maxis terus meningkatkan hasil, keuntungan dan bahagian pasaran, disokong oleh purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang lebih tinggi, penggunaan 4G dan data yang kukuh, dan rangkaian 4G LTE terkemuka dalam industri.

 

Suku Ke-empat, Tahun-ke-Tahun – Suku ke-empat 2016 Berbanding Suku Ke-empat 2015:

  • Hasil perkhidmatan meningkat 0.5% kepada RM2,165 juta dengan prestasi pascabayar dan prabayar yang stabil
  • Hasil prabayar kekal pada RM1,024 juta dengan Internet Mudah Alih memacu momentum
  • Pascabayar mencatatkan hasil sebanyak RM1,004 juta, dengan momentum perolehan yang kukuh, dipacu oleh Pelan MaxisONE dan Zerolution
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) meningkat 5.5% ke RM1,183 juta
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat 14.0% kepada RM544 juta

 

Tahun Sepenuhnya, Tahun ke Tahun – Tahun Penuh 2016 Berbanding Tahun Penuh 2015:

  • Hasil perkhidmatan menurun 0.8% ke RM8,455 juta
  • EBITDA bertambah baik sebanyak 1.3% kepada RM4,484 juta
  • PAT meningkat 0.2% kepada RM1,963 juta

 

  Suku ke-empat 2016
(RM’juta)
Suku ke-empat 2015
(RM’juta)
Perubahan
(%)
Tahun 2016
(RM’juta)
Tahun 2015
(RM’juta)
Perubahan
(%)
Haasil Perkhidmatan 2,165
2,155
0.5
8,445
8,520
(0.8)
EBITDA
1,183
1,121
5.5
4,484
4,425
1.3
PAT
544
477
11.0
1,963
1,960
0.2
Perbelanjaan Modal 448
635
- 1,185
1,304
-

 

  • Pek Hotlink FAST yang dilancarkan pada suku kedua telah melangkaui 1.5 juta pengguna dan terus menarik pengguna Internet Mudah Alih ARPU yang tinggi. Hasilnya, penembusan Internet
  • Mudah Alih meningkat kepada 59% (suku ketiga 2016: 55%) dan ARPU prabayar yang lebih tinggi pada RM42 (suku ketiga 2016: RM41) sebulan
  • Dalam tempoh 12 bulan lalu, langganan asas MaxisONE telah meningkat dua kali ganda kepada 1.7 juta dengan purata bulanan ARPU sebanyak RM138, jauh lebih tinggi daripada purata
  • ARPU pascabayar sebanyak RM102 sebulan pada tahun lalu. MaxisONE Share terus menjadi pemangkin yang kukuh dalam memacu port-in tambahan dengan lebih daripada satu pertiga daripada pelanggan MaxisONE mempunyai akaun berkongsi (share line)
  • Penggunaan data terus meningkat. Purata penggunaan setiap pelanggan meningkat kepada hampir 4.0GB sebulan daripada 1.5GB tahun lalu
  • No. 1 dalam rangkaian 4G LTE, meliputi 88% daripada penduduk, paling luas di negara ini:
  • - Bagi tahun penuh 2016, kami telah melabur sebanyak RM1.2 bilion dalam perbelanjaan modal terutamanya untuk meningkatkan liputan dan kapasiti, khususnya bagi rangkaian 4G kami untuk menyampaikan pengalaman rangkaian yang terbaik

 

Komen Dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“2016 merupakan tahun yang mencabar, tetapi baik bagi Maxis. Walaupun kami menghadapi persaingan harga yang sengit dalam pasaran, kami merekodkan prestasi yang kukuh dengan memberi pelanggan kami tawaran nilai yang unik dan menarik. Para pelanggan kami kini menikmati kombinasi data tambahan pada harga yang berpatutan, melalui rangkaian yang terbaik dan kami amat bangga kerana telah merekodkan kepuasan pelanggan yang paling tinggi pernah dicatatkan. Secara keseluruhannya, 2016 merupakan tahun dimana kami mencapai prestasi yang baik dengan momentum yang kukuh menuju ke 2017."

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan tahun penuh 2016 Maxis, sila klik di sini:
https://youtu.be/yQbqgvrRuSA

Categories

Corporate

Popular Posts

Archives
Tags