Maxis Memperkasakan Komuniti Dengan Pembelajaran Digital Melalui Program Komuniti, eKelas

 

Beberapa bulan selepas melancarkan program jangkauan komuniti baharunya, eKelas, Maxis terus membawa pembelajaran digital lebih dekat lagi kepada komuniti dengan pelancaran portal eKelas pada hari Ahad lalu. Majlis pelancaran tersebut telah diadakan semasa Karnival eKelas di Putrajaya, dan dihadiri lebih daripada 700 tetamu termasuk para pelajar eKelas dan ibu bapa mereka.

Program Maxis eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Fokusnya adalah pada tiga subjek - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas menawarkan persekitaran pembelajaran campuran untuk pelajar – iaitu kombinasi pengajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Program ini dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), iaitu Pusat Jalur Lebar Komuniti yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan yang kurang mendapat liputan.

Lebih 2,400 pelajar sedang mengambil bahagian dalam tutorial langsung yang disampaikan melalui 20 PI1M di bawah jagaan Maxis di seluruh negara. Dengan pelancaran portal eKelas ini, para pelajar mempunyai akses kepada sumber kandungan pembelajaran berasaskan-awan, yang membolehkan mereka belajar mengikut tempo masing-masing. Pelajar boleh menguruskan pembelajaran mereka dan pada masa yang sama, bekerjasama untuk menimba ilmu.

Antara ciri utama portal eKelas termasuk:

  • Perjalanan pembelajaran peribadi - Pelajar dapat mengubah suai sendiri perjalanan pembelajaran mereka dan mempunyai pilihan untuk mengakses kandungan yang menarik minat mereka.
  • Interaksi komuniti - Portal ini memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar dan guru lain. Forum perbincangan, blog, dan butang perkongsian adalah antara alat komunikasi yang disediakan untuk pelajar.
  • Mengiktiraf pencapaian – Ia adalah penting bahawa pelajar mempunyai perasaan pencapaian untuk memastikan mereka sentiasa bermotivasi. Ciri papan pendahuluan yang disediakan dalam portal ini akan menampilkan markah yang dikumpul oleh para pelajar.

Berucap di majlis tersebut, YBhg Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital‎, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), berkata, “Teknologi dan Internet mengubah cara kita berkomunikasi dan mengakses maklumat. Oleh itu, ia penting bagi kita untuk memastikan keterangkuman digital untuk semua rakyat Malaysia. Oleh itu, amatlah menggembirakan bahawa Maxis menggunakan PI1M di bawah jagaannya untuk memberi manfaat kepada komuniti dan memberikannya makna yang lebih besar melalui pendidikan digital. Dan dengan pelancaran portal eKelas hari ini, Maxis membolehkan lebih ramai lagi pelajar untuk menikmati pembelajaran digital.”

“Pencapaian terkini kami dalam program eKelas adalah portal eKelas. Portal ini menawarkan kandungan yang memperkasa pelajar untuk belajar berdasarkan tahap pemahaman masing-masing. Ia menggalakkan mereka untuk berdikari. Kami akan memberi ganjaran kepada para pelajar yang telah menunjukkan peningkatan dalam keputusan akademik mereka melalui program Geran Pelajar baharu kami,” kata Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda.

Dengan pelancaran portal eKelas ini, Maxis bercadang untuk mengembangkan eKelas secara berperingkat kepada 25 lagi PI1M. Ini bermakna Maxis akan menyampaikan program kepada sejumlah 45 PI1M di seluruh negara dengan sekurang-kurangnya 10,000 pelajar mengakses portal ini menjelang tahun 2018.

Saksikan video ini untuk maklumat lanjut mengenai portal eKelas: http://bit.ly/Maxis-eKelas-Portal

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis eKelas, sila layari www.maxis.com.my/en/about-maxis/corporate-responsibility/maxis-ekelas.html

Archives
Tags

Popular
Posts

Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE