Raikan Merdeka Dengan 60 GIF Bertema Malaysia - Pertama Di Dunia Dengan Hotlink Malaysiamoji!

 
  • Hotlink memperkenalkan 60 GIF bertema Malaysia yang menggambarkan ungkapan Malaysia yang biasa digunakan seperti 'nasi lemak', 'OTW', dan 'kaotim'.
  • Hotlink adalah yang pertama menawarkan GIF dengan istilah dan ungkapan Malaysia di laman web penjana GIF antarabangsa
  • GIF tersedia di semua peranti telefon pintar melalui Facebook mulai hari ini

SIARAN MEDIA

Untuk siaran segera

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2017

'Nasi lemak sebungkus!’ ‘Sudah kaotim, bro!’ Ini merupakan antara ungkapan yang biasa digunakan dalam perbualan harian kami dengan rakan-rakan dan keluarga. Tidak kira latar belakang atau umur masing-masing, kita semua berkongsi satu bahasa umum yang difahami oleh semua rakyat Malaysia.

Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 dan untuk meraikan keunikan Malaysia, Hotlink telah memperkenalkan Malaysiamoji, satu set 60 GIF khas yang menggambarkan ungkapan atau gerak isyarat Malaysia yang merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Hotlink adalah yang pertama di negara ini untuk menawarkan GIF yang mempunyai tag Malaysia tersendiri. Ini bermaksud apabila pengguna mencari kata kunci yang berkaitan dengan Malaysia, GIF Hotlink Malaysiamoji akan menjadi antara hasil utama.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan adat resam, tetapi apa yang istimewa adalah bagaimana kita berkomunikasi antara satu sama lain. Dan oleh kerana sebahagian besar daripada kita sekarang suka berbual dan berkongsi di media sosial, kini Hotlink memberi cara yang lebih baik untuk meraikan keunikan Malaysia pada Hari Merdeka ini dengan pelbagai GIF yang kita semua boleh fahami. Selain itu, kami kini membawa Malaysia ke seluruh dunia dengan menawarkan GIF ini di platform antarabangsa,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Ungkapan seperti 'muka sepuluh sen', 'power of the hand' dan 'tolong' adalah antara GIF yang akan menjadi sebahagian daripada koleksi Malaysiamoji, yang boleh didapati di laman web penjana GIF. GIF Malaysiamoji akan tersedia di semua peranti telefon pintar melalui Facebook, mulai hari ini. Untuk menggunakan Malaysiamoji, pergi ke ruang komen Facebook anda, klik GIF dan cari #hotlinkmalaysiamoji.

Untuk menyaksikan video muzik Hotlink Malaysiamoji, klik sini: http://bit.ly/2iIHGhJ. Anda juga boleh melawat https://www.facebook.com/hotlink/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis logo

Maxis offers three-month free access on Hotlink Postpaid 60 plans for healthcare frontliners

As the nation journeys through a recovery phase of Covid-19 and life under the new normal, the efforts and dedication of healthcare frontliners have still not gone unnoticed. Recognising their needs of essential connectivity, Maxis is offering a promotion dedicated for healthcare workers across 86 public and private hospitals nationwide with a three-month free access for its Hotlink Postpaid 60 plan. Each activated SIM card comes with 10GB data, plus free 10GB for YouTube, and unlimited calls and SMS to all networks.

TELL ME MORE
Paul McManus

Maxis identified as a Technology Solutions Provider by MDEC to help SMEs restart their businesses

Maxis has been identified as a Technology Solutions Provider (TSP) by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the RM500 million SME Digitalisation Grant under Budget 2020.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis hosts its first fully virtual AGM as health and safety of all remain top priority

Maxis today reached a historic milestone when it hosted its 11th Annual General Meeting (AGM) in full virtual proceedings today for the first time, where the meeting was conducted via live streaming and online voting. Maxis thanks its shareholders for their positive reception as well as for their virtual attendance and participation. Shareholders approved all the ordinary resolutions proposed at the AGM. Maxis also records its appreciation to the Securities Commission for the Guidance and FAQs on the conduct of virtual general meetings.

TELL ME MORE