Maxis Meningkatkan Keuntungan Bagi Suku Pertama 2017

Tahun ke tahun – Suku pertama 2017 berbanding Suku pertama 2016:

  • Hasil perkhidmatan stabil sebanyak RM2,129 juta berbanding RM2,122 juta tahun lalu, disokong oleh pelanggan dengan purata hasil setiap pengguna (average revenue per user - ARPU) yang tinggi
  • Mengekalkan momentum pascabayar dan prabayar walaupun menghadapi persaingan harga yang sengit
    1. Hasil pascabayar sebanyak RM989 juta berbanding RM997 juta tahun lalu, dengan asas pelanggan yang kukuh menghampiri 1.8 juta langganan MaxisONE dengan ARPU bulanan tinggi sebanyak RM121. Menambah 826,000 langganan MaxisONE baharu
    2. Hasil prabayar sebanyak RM1,005 juta berbanding RM1,008 juta pada suku pertama tahun lalu dengan tarikan ARPU Internet mudah alih berterusan yang baik
  • Pelaburan bagi kecekapan masa depan dan pelarasan sekali memberi impak kepada perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation - EBITDA). EBITDA dinormalkan direkodkan sebanyak RM1,118 juta berbanding dengan RM1,156 juta tahun lalu. Margin EBITDA (di atas hasil perkhidmatan) terus kuat pada tahap 52.5% Keuntungan selepas cukai (profit after tax - PAT) meningkat 5.4% kepada RM510 juta daripada RM484 juta
  • Mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak lima sen sesaham

 

Prestasi kewangan yang stabil walaupun menghadapi persaingan berfokuskan harga:

  Suku pertama 2016 (RM’juta) Suku pertama 2017 (RM’juta) Tahun ke Tahun (%)
Hasil Perkhidmatan 2,122
2,129
0.3
EBITDA Dinormalkan
1,156
1,118
(3.3)
PAT Dinormalkan
484
510
5.4
Perbelanjaan Modal 159
162
 

 

Memperkuatkan usaha dalam memberi pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:

  • Momentum yang kukuh yang berterusan dalam penggunaan 4G LTE bagi seluruh asas pelanggan kami. Kami kini mempunyai 5.2 juta peranti LTE pada rangkaian kami, meningkat daripada 3.2 juta tahun lalu
  • Penggunaan purata 4G LTE kini mencapai 6.5GB sebulan, jauh lebih tinggi daripada purata penggunaan sebanyak 2.6GB sebulan tahun lalu
  • Rangkaian 4G LTE No. 1, paling luas di negara dengan liputan penduduk sebanyak 88%. Maxis terus menerajui dalam menyediakan rangkaian yang terbaik:
    1. Maxis adalah penyedia jalur lebar tanpa wayar terpantas di negara berdasarkan keputusan penilaian Perkhidmatan Kualiti (QoS) jalur lebar wayar dan tanpa wayar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tahun 2016. Keputusan purata yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan di semua kawasan-kawasan utama di seluruh negara menunjukkan bahawa Maxis menawarkan kelajuan muat turun yang terpantas berbanding semua pembekal perkhidmatan yang lain
    2. Dikenal pasti sebagai syarikat telekomunikasi yang secara konsisten menyampaikan penstriman video definisi tinggi (HD) yang lancar, menurut laman web YouTube Video Checkup
  • Sebanyak RM162 juta telah dilaburkan bagi perbelanjaan modal, RM1.2 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan modal 2017
  • Melancarkan Business FlexiDeals bagi pelanggan PKS dan korporat untuk menyediakan pemilik perniagaan penyelesaian perniagaan menyeluruh yang terbaik dengan penawaran unik untuk memiliki pelbagai peranti secara percuma
  • Melancarkan peranti berjenama sendiri iaitu NeXT M1, telefon 4G berkuasa yang menawarkan pengalaman pemilikan yang tidak dapat ditandingi dan pelan yang sedia diguna

 

Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Suku ini merupakan suku yang baik dan kukuh bagi Maxis dengan momentum asas yang positif. Data terus meningkat dan kami memadankan permintaan ini dengan pengalaman rangkaian berprestasi tinggi. 2017 adalah tahun yang amat penting bagi kami, di mana Maxis akan berusaha sedaya upaya untuk mendigitalkan perniagaan kami untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.”

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan suku pertama 2017 Maxis, sila klik di sini:https://youtu.be/ONoot81XrVk

Archives
Tags

Popular
Posts

Retransformation

Maxis calls on organisations to rethink Digital Transformation Strategy through Retransformation

Maxis is calling on organisations in Malaysia to rethink and reevaluate their digital transformation strategies.

TELL ME MORE
Always Be Ahead in a changing world

Maxis makes commitment to enable customers to Always Be Ahead in a changing world

In a time of constant change across the world, driven especially by advancements in technology, Maxis today unveiled its new brand purpose: To bring together the best of technologies to help people, businesses and the nation to Always Be Ahead in a changing world. The new brand purpose was launched in conjunction with Maxis’ 25th anniversary and the upcoming Merdeka celebrations, to signify the intertwining of Maxis’ and Malaysia’s past, present and future journey together in this rapidly evolving digital age.

TELL ME MORE
Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE