Kanak-Kanak Tanpa Telefon Pintar Kini Boleh Terus Berhubung Dengan Ibu Bapa Mereka Dengan MaxisONE Kid

Maxis menjadikannya lebih mudah bagi ibu bapa untuk terus berhubung dengan anak-anak mereka dengan MaxisONE Kid, satu pelan pascabayar direka khas yang dilengkapi dengan telefon pintar khas untuk kanak-kanak. Menggunakan jam tangan MaxisONE Kid, ibu bapa boleh memantau lokasi anak-anak mereka dan berkomunikasi dengan mereka secara mudah walaupun anak-anak mereka tidak memiliki telefon pintar.

Satu ciri istimewa yang terdapat dalam jam MaxisONE Kid adalah fungsi GPS, yang dapat membantu mengesan dan menghantar lokasi dan pergerakan masa nyata kanak-kanak ke sebuah aplikasi yang terdapat pada telefon pintar ibu bapa. Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk menguruskan senarai kenalan anak mereka, menetapkan amaran untuk dihantar apabila kanak-kanak memasuki zon selamat dan berbahaya, menghantar mesej teks, membuat panggilan dan menerima gambar yang diambil dari jam pintar kanak-kanak.

Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk “matikan” fungsi panggilan dan berbual semasa waktu sekolah untuk memastikan tiada gangguan semasa kanak-kanak berada di sekolah. Aplikasi ini juga memaparkan hayat bateri jam tangan pintar dan juga bilangan langkah yang diambil oleh kanak-kanak tersebut pada siang hari.

“Kebanyakan kanak-kanak kecil tidak memiliki telefon pintar, dan ini menyebabkan terdapatnya jurang hubungan antara mereka dan ibu bapa mereka. Akan adanya masa dalam satu hari apabila kanak-kanak itu jauh daripada ibu bapa mereka, sama ada apabila mereka di sekolah atau sedang bermain dengan kanak-kanak lain. Selaras dengan rancangan kami untuk terus memperkenalkan penyelesaian yang bermakna khas untuk keluarga, MaxisONE Kid menyediakan ibu bapa dengan ketenangan fikiran, kerana anda tahu bahawa walaupun anak-anak anda tidak berdekatan, anda masih akan terhubung dengan mereka. Dan ini semuanya dibolehkan oleh liputan rangkaian terkemuka Maxis,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Dengan MaxisONE Kid, anda akan menikmati:

Pengesanan pintar - Laporan lokasi masa nyata yang tepat dan sejarah lokasi anak-anak anda. Anda juga boleh melaraskan kekerapan lokasi anak anda dikemaskini dalam peta.
Panggilan tanpa had - Buat panggilan tanpa had ke 10 nombor pilihan anda pada mana-mana rangkaian. Ini membolehkan ibu bapa untuk mengawal nombor yang boleh ditelefon oleh anak mereka dan siapa yang boleh menelefon anak mereka.
Keselamatan pintar - Mod mendengar jauh (keupayaan untuk mendengar persekitaran anak anda) dan fungsi panggilan SOS satu sentuhan sekiranya berlaku kecemasan.
Ciri-ciri tambahan yang menarik – Fungsi panggilan dua hala dengan kamera 0.3MP dan pedometer yang sudah terbina dalam telefon tersebut.
Kongsi penjagaan - Tetapkan sehingga 4 penjaga yang boleh memantau lokasi kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengetahui di mana anda boleh mendaftar untuk MaxisONE Kid, sila layari www.maxis.com.my/onekid

Archives
Tags

Popular
Posts

Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

Maxis launches three new scholarships in building future technology and innovation leaders

In its commitment to building tech-savvy and forward-thinking leaders, Maxis has launched three new scholarships to support the aspirations of bright and deserving young individuals. Candidates can apply for the Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship, Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship and the Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship. Due to the overwhelming response received from applicants, the initial submission deadline of 31 August has now been extended to 14 September to allow more students to apply.

TELL ME MORE
Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis is Penang’s Trusted Technology Partner for Smart State ambitions

Maxis, the leading converged solutions company in Malaysia, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Penang State Government to be the State’s trusted technology partner. The MoU, which was signed today by both parties, was witnessed by Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, the Chief Minister of Penang.

TELL ME MORE
Jendela

Telecommunications Operators Committed to JENDELA to Deliver Seamless Digital Connectivity for all Malaysians

Telecommunications operators Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad and TIME dotCom Berhad (collectively ‘the Industry’), are fully committed to partner with the Government and make connectivity a basic utility to fast-track Malaysia’s transition into a high-income digital society. The Jalinan Digital Negara (JENDELA) action plan announced recently by the Prime Minister of Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, will be the platform to achieve these aspirations by accelerating the country's digital connectivity through widespread deployment of mobile, fibre and fixed wireless access, and paving the way to 5G, under the 12th Malaysia Plan (2021–2025).

TELL ME MORE