maxis

Perkembangan Yang Kukuh Bagi Maxis, Keuntungan Bersih Suku Ketiga Meningkat 22% Ke RM514 Juta

schedule 19 Oct 2016

 

Maklumat Penting:

  • Hasil perkhidmatan meningkat 2.8% ke RM2,113 juta dari suku kedua
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) meningkat 13.2% ke RM1,139 juta dari suku kedua
  • Penerajuan yang jelas dalam liputan rangkaian 4G LTE
  • Mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 5 sen bersih sesaham

 

Suku ke Suku – Suku ketiga 2016 berbanding Suku kedua 2016:

  • Hasil perkhidmatan meningkat 2.8% kepada RM2,113 juta dipacu oleh prestasi prabayar yang kukuh
  • Hasil prabayar meningkat 6.6% kepada RM1,022 juta
  • Pascabayar menambah 18,000 pelanggan baru, hasil stabil dengan penurunan sedikit pada RM960 juta berbanding RM975 juta
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) meningkat 13.2% ke RM1,139 juta
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat 22.1% kepada RM514 juta

 

Tahun ke Tahun – Suku ketiga 2016 berbanding Suku ketiga 2015:

  • Hasil perkhidmatan sebanyak RM2,113 juta, 1.9% lebih rendah daripada suku ketiga 2015
  • EBITDA bertambah baik sebanyak 2.5% kepada RM1,139 juta
  • PAT meningkat 0.8% kepada RM514 juta

 

Suku ketiga yang kukuh:

  Suku ketiga 2016 (RM’juta)
Suku kedua 2016 (RM’juta)
Perubahan (%) Suku ketiga 2016 (RM’juta)
Suku ketiga 2015 (RM’juta)
Perubahan (%)
Hasil Perkhidmatan
2,113
2,055
2.8
2,113
2,154
(1.9)
EBITDA
1,139
1,006
13.2
1,139
1,111
2.5
PAT
514
421
22.1
514
510
0.8
Perbelanjaan Modal
249
333
  249
316
 


Perkembangan dipacu oleh usaha yang diperkuatkan dalam memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:

  • Liputan 4G LTE terluas di negara ini, meliputi 88% daripada penduduk dan disokong oleh lebih daripada 13,000 km gentian
  • Permintaan yang tinggi untuk kelajuan menyaksikan langganan untuk pelanggan gentian rumah melampaui tahap kemasukan meningkat dua kali ganda dari tahun lalu
  • Titik sentuh Perkhidmatan Pelanggan kami telah mencapai keputusan yang lebih baik dalam menguruskan penyelesaian yang segera, mencapai resolusi di kenalan pertama yang tinggi sebanyak 90% dan kepuasan pelanggan paling tinggi yang pernah dicatatkan
  • 60% daripada semua interaksi pelanggan kami kini dilakukan di platform digital dan jagaan diri
  • Memperluaskan tawaran untuk keluarga dengan MaxisONE Kid (jam yang mempunyai ciri-ciri keselamatan) dan Pocket WiFi

 

Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Kami telah mengalami perkembangan operasi dan kewangan yang kukuh pada suku ini. Sekali lagi, memang menakjubkan menyaksikan bagaimana penggunaan data telah meningkat dengan ketara. Amat jelas bahawa rakyat Malaysia sukakan data. Berbanding purata penggunaan data sebanyak 2.5GB sebulan pada suku yang lalu, para pelanggan kami kini menggunakan 3.1GB sebulan secara purata, terutamanya dipacu oleh penggunaan video.

Kami telah mendapat sambutan yang hebat dari naiktaraf data untuk pelanggan Pelan MaxisONE (MOP) kami dan DataPool yang diperkenalkan pada suku yang lalu. Dalam tempoh 12 bulan yang lalu sahaja, kami telah menambah lebih dari 800,000 pelanggan MOP, dengan asas pelanggan yang kini menghampiri 1.5 juta. Bagi prabayar pula, Hotlink FAST semakin membuahkan hasil dan menarik pelanggan ARPU yang tinggi. Lebih daripada 1 juta pelanggan telah pun menikmati pelan yang kaya dengan data ini, hampir dua kali ganda lebih banyak berbanding suku yang lalu.

Kualiti adalah sesuatu yang kritikal bagi ramai rakyat Malaysia, begitu juga pengalaman pelanggan yang terbaik. Oleh kerana itu, kami sentiasa memperkuatkan lagi penerajuan kami dalam 4G, dan telah membuat pelaburan yang lebih banyak dalam rangkaian kami berbanding syarikat telekomunikasi lain. 

Kami juga mencatatkan perkembangan yang baik ke arah cita-cita kami untuk mendigitalkan Maxis sepenuhnya, untuk menyampaikan pengalaman digital yang terbaik kepada pelanggan kami.”

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan suku ketiga 2016 Maxis, sila klik di sini:
https://youtu.be/x8U3fRlRMJ8

Categories

Corporate

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Hotlink Rewards, Free Prizes Every Day

Everybody loves prizes! So, in conjunction with its first anniversary since launching last November, Hotlink Rewards is making it super easy for Malaysians to click and be rewarded. Hotlink customers stand a chance to take home Oppo phones, GoPro Hero 7 cameras, Sony PlayStation 4 Pro consoles, Pensonic air fryers and RM500 Shopee e-vouchers, by just logging into the Hotlink RED App and redeeming the respective ‘Free Prizes Every Day’ deal from now until 31 December.

Lifestyle
access_time 02 Dec 2019
Archives
Tags