maxis

Maxis Bantu Mangsa Banjir Jadikan Periuk Pemanas Air Sebagai Pengecas Telefon

schedule 22 Mar 2016

 

Jika anda fikir mendidihkan air pada dapur gas konvensional hanya baik untuk membuat secawan kopi atau teh, cuba anda fikirkan lagi.

Bagaimana jika periuk pemanas air anda mampu bertindak sebagai pengecas telefon sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik sementara? Bagi penduduk Kampung Tabaekang dan Kampung Slabi di Serian, Sarawak, yang mengalami gangguan bekalan elektrik sementara akibat banjir baru-baru ini, mereka dapat berbuat demikian.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu penduduk tempatan, Maxis telah melawat keluarga-keluarga yang terlibat untuk mengagihkan 100 kotak bekalan untuk mangsa banjir, termasuk Maxis S.O.S Power Pot, iaitu satu peranti mudah alih yang menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik. Ini membolehkan pengguna untuk mengecas telefon mereka sambil memanaskan air dengan hanya menyambungkan kabel USB ke periuk.

Dengan menggunakan peranti inovatif ini, penduduk dapat terus berhubung dan berkomunikasi dengan pasukan mencari dan menyelamat, termasuklah dengan orang tersayang yang berada di luar kawasan bencana banjir.

“Telefon mudah alih sudah menjadi sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian terutamanya apabila dalam keadaan kecemasan. Oleh itu, teknologi seperti Maxis S.O.S Power Pot mampu segalanya. Kami amat berbesar hati kerana dapat meringankan beban keluarga ini, sentiasa memastikan mereka terhubung dan mambuat panggilan kecemasan, terutamanya dalam situasi seperti ini,” kata Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis.

Untuk melihat apa yang berlaku di Serian, saksikan video ini: https://youtu.be/KESPW6MKttI

Categories

Community

Popular Posts

brochures Maxis Biggest Sale

Come celebrate the festive season with Maxis Biggest Sale! For the month of December 2019 until 29 February 2020, Maxis and Hotlink customers can enjoy awesome promotions on smartphones, with even more deals to come. Literally Maxis’ biggest sale for the year, there is something for everyone!

Lifestyle
access_time 04 Dec 2019
brochures Fibre 5G-Ready

Upon approval from Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to trial 200MHz of 3.5GHz C-band spectrum, Maxis successfully achieved 2.96Gbps for single user peak speeds, recording a new high at two of its trial sites in Subang Jaya recently. The new record further reinstates the position of Maxis being in the forefront of technology leadership for the nation’s 5G development.

Network
access_time 07 Jan 2020
brochures Allo signing

Maxis and Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB), will collaborate to provide greater access to fibre connectivity to more people and businesses in Cyberjaya and Bangsar South in the Klang Valley and Jasin in Malacca. Maxis and Allo today signed and exchanged an Access Agreement for the provision of High Speed Broadband (HSBB) Network Services

Enterprise
access_time 12 Dec 2019
Archives
Tags